Saturday, November 29, 2008

Tic TAG toE

Oh sori berbanyak-banyak sori daku pohonkan kepada rakan taulan di dunia maya ini.. terlalu asyik dengan dunia luar, lalu aku terlepas pandang nukilan blog-blog hebat kamu semua.. setelah baca punya baca.. ada tag pula dari cikenit.

Justeru..

-PIC REMOVED-

Ini profile pic untuk mespes.. kate mespeeesss.. kena la gaya lebis-lebis ye tak? Hahaha.. Gambar baru bangun tidur di tengahari di musim sejuk... tapi pic angle macam ni memang tak boleh blah kan? Aku tahu.. hahaha.. *Ish geli pulak tengok

-PIC REMOVED-

Ini gambar manusia boring takde kerja.. pergi bercuti-cutian.. gambar bersama ozi dan wombat aku rasakan sangat seksi juga.. uhuhu..

-PIC REMOVED-

Ini pula gambar minum pepsi.. tiada gambar yang paling sepsi melainkan gambar minum pepsi.. ye ke pepsi tu? Ke coke? Entah..

*

Banyak cerita nak tulis nih.. tapi nanti-nanti la.. see you in the next episode!

Thursday, November 27, 2008

Kegilaan yang kesekian kali..

Aku baru sedar sudah lama tidak update blog ini. Banyak pula perkara kena settle. Banyak benda kena belajar.

Satu hari aku mahu post satu entri pasal satu benda ini. Sedang gila benda ini sekarang. Salam ketemu lagi.

Monday, November 24, 2008

Tertekan..

Aku ini bukan mudah tertekan.. kerana selalu tuhan maha kuasa tolong aku..

Kalau pasal kerja atau tanggungjawab. Biasa bukan masalah besar. Empat hari bekerja professional sudah kena “Ini fucking report apa yang kau bagi aku nih?”, itu masa aku belum pandai. Fresh grad. Kena sound depan workers lain. Tertekan? Tidak.

“Ini sahaja wakil company kamu? Kamu siapa? Engineer? Huh! Kamu tahu yang lain-lain ini semua manager? Kamu tahu?”, sambil dahi ini dituding jari pegawai besar di Terengganu, semasa salah seorang workers aku kantoi main ganja. Mana menang tangan aku nak jaga semua, di tempat kerja dan di rumah? Dimarahi begitu. Tertekan? Tidak.

“Mobilize out our machine!”, arahan bos besar Singapura. Sedang projek sedang peak semasa TurnAround. Kerana client banyak songeh, bos aku sudah merajuk dan menyampah. Aku menyabarkan. Cuba deal baik-baik. “I just want to wish you good luck”, itu sahaja ‘pertolongan’ dari bos KL. “I hope you can survive.. thank you ya.. thank you thank you thank you…” letak phone. Itu bos JB. Aku tertekan? Tidak.

*

Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya.. Aku bukan lagi rebung.. Anak kecil ibarat kain putih.. aku sudah bertompok hitam sana sini.. aku pernah buat dosa.. malah selalu.. namun doa aku agar tuhan ampuni aku selalu.. walau dosa tetap aku lakukan..

-PIC REMOVED-

Nampak baik? Jangan tertipu.. dalam hati siapa tahu..
Dalam songkok siapa nampak? Aku cuba untuk tidak blonde lagi..

**

Mungkin benar kata orang memang ada ujian sebelum berkahwin. Tabah dan kuatkan aku ya tuhan..

*sepatutnya aku gembira, Actual Research Proposal telah berjaya aku siapkan, tunggu di submit mungkin esok lusa dan fasa pembetulan sahaja

Friday, November 21, 2008

Buku & Sahabat..

Semalam lepas jumaat baru dapat buku Aku Terima Nikahnya nukilan Hasrizal Abdul Jamil.. tak silap sudah seratus pages lebih aku baca.. kot.. Ustaz ni dulu sekolah agama kat Ipoh selama lima tahun (sama).. duduk Manjoi (sama).. terkenal dengan ceramahnya di mana-mana (tidak sama)..

Aku pernah sekali memberi tazkirah di khalayak ramai.. itupun kerana tugasan untuk pelajar-pelajar senior memberi tazkirah selepas solat Asar.. aku ingat masa itu.. aku kena datang awal, saf agak depan, sehabis bacaan doa.. semua orang tertunggu-tunggu.. aku berjalan menyusuri saf dan baris lalu menyampaikan tazkirah:

Ata’ muruu nannaas sabil birrii watansau na anfusahum wa antatluu nal kitaaba afalaa ta’qilun..

“Marilah kita mengasihi saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri” (Indirect translation)

Wabilalhitaufiq walhidaayah wassalammualaikum warah matullah..

Aku terus blah keluar musolla.. beberapa seconds kemudian barulah ada yang keluar.. heh! Tak sampai satu minit tazkirah hari ini.. tidak puas! Mungkin itu suara hati mereka..

Cerita pasal sahabat, baru-baru ini aku ada contact seorang partner regu badminton masa wakil sekolah under 18 dulu.. tak hebat pon kami.. sampai peringkat ape-ape je.. malam itu kami YM (kerana line internet tidak clear untuk calling-calling). mamat ini aku panggil Zul atau lebih senang dikenali dengan nama Zul Roden si sahabat lama.. Goro dan Mazlee mesti kenal..

Hayagriva - Thy Lord of Shadow, Cradle of Filth – Nymphetamine (adalah lagu black metal yang beliau email setelah kupinta beberapa hari lalu).. aduh.. teringat abang polisi yang datang ke rumah mencari tokan zine black 2004 dulu.. mase itu aku suka pakai baju Vociferation Eternity.. naseb baik abang itu hanya sekadar menasihati.. Encik Talib, kami hanya suka lagu, bukan mengikut amalan black metal yang bukan-bukan.. paling-paling pon head banging itu saja.. ade black metallist yang berubah jadi orang bagus.. aku contohi AbangBen.. aku silent reader je kat blog die.. seorang otai kaguman aku sejak 90an..

Lupa, Zul Roden ni dulu juga penggunting rambut yang hebat.. aku ingat masa kantoi rambut form five dulu.. aku suruh alter ikut suka.. dia klon style rambut cikgu disiplin.. botak kat atas.. Zul dan rakan-rakan mencabar aku ke dewan makan dengan gaya begitu.. hahahaha.. gelak guling-guling..

Zul Roden adalah seorang Civil Engineer tersohor di Johor sekarang ini..

*

Contradict dengan buku Heat and Cold Storage with PCM, from Mehling H. & Cabeza LF. Sekarang turn aku untuk baca buku ini di kalangan SEC Group Members.. bila la nak khatam agaknya.. semangat sikit!

Wednesday, November 19, 2008

Penutup Kelemahan.. mungkin..

Hari ni semangat nak datang opis awal.. semalam cuti sempena hari lahir sultan negeri atas angin.. tiada mood untuk ke office. Pergi jalan-jalan sama rakan.. itu semalam..

Tadi pagi aku rasa sangat seksi. Minah saleh sorang ini asyik pandang-pandang dada ini dalam tram.. aku tak pakai butangkah? Eh round neck tshirt mana ada butang! Emm.. am I that sexy? Cih! Perasan lebih.. mungkin minah tu tertarik dengan tulisan di dada ini.. “Whole, mentally or emotionally sound”. Menarik aku rasa maksud dia.

Tapi pagi tadi juga, aku masih tidak dapat datang awal.. wallet buruk aku gagal dihubungi.. kalau telefon selular itu memang biasa tidak ketemui, minta kawan-kawan tolong miscall.. heh!

Selain itu, ada beberapa lagi masalah peribadi aku ini.. dalam banyak-banyak benda.. aku paling susah ingat jalan.. tapi kalau sendirian berkelana biasa memang aku sampai.. Cuma jalan mana.. rahsia. Jadi aku beli alathebatini semalam setelah berniat dari tahun lepas. Gara-gara menemani kawan mencari Flash untuk DSLR yang menjadi kegilaan remaja dan orang tua di alam maya pada ini.. ini dapat bantu aku senang pergi jalan-jalan!

Beb! Ko ade nampak tak Garmin Nuvi 250 baru aku? Ape tu? GPS baru aku.. Ko ade GPS ke? Ade.. baru beli.. Yang ko pegang tu ape? Haa. Naseb baik ko nampak.. saje nak tunjuk kat ko.. WHAT THE HXXX! Hahaha..

Monday, November 17, 2008

Teka-teki bergambar..

Wahai orang-orang bijak pandai. Tahukah kamu, gambar apakah di bawah ini?

Jawapan mungkin tepat kamu orang:-

Oil & Gas powerplant
OPTIMAL plant at Terengganu
Piping set on plant
Flow pipe & heat exchanger complete with insulation
Monkey ladder, platform & handrail
Pressure valves
Scaffolding pipe
N2 purging hose
Safety waterline & valve
.
.
.
.

So dapat ke tak teka jawapan yang paling tepat ni?
Aku dah agak korang tak tahu punye lah.. confident ah!

Jawapan: ini ialah gambar background laptop am.

Ceh!

*tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bekerja..

Sunday, November 16, 2008

Comelnya perempuan itu..

Selamba je perempuan itu pegang-pegang bahu aku.. siap senyum-senyum lagi.. aku senyum balik.. segan pulak aku dekat mak dia..

Dia cuba ajak bersembang.. aku pulak tak faham.. dengan slang lagi.. senyum je la aku..

Mak dia sound dia.. jangan dok usik-usik aku.. macam tak berkesan jer kat minah nih.. dok buat jugak.. siap tarik-tarik lengan baju aku.. aduhai.. aku cium jugak dia ni karang..

Mak dia tarik tangan dia.. tak kasi kacau aku.. tapi kaki dia pulak dok kuis-kuis kat peha aku.. nak goda aku la tuh.. aku asyik senyum je dalam tram tadi..

*

Kalaulah dia kacau aku pagi tadi, mesti semangat gila aku pergi office.. kan tak pasal-pasal aku balik awal hari ini..

Tapi baby girl yang sebelah aku tadi memang cute betol.. rasa nak lambung-lambung je. Dua tahun kot, cakap pon tak pandai lagi.. haih rindu la kat anak-anak acu, anak raden..

Saturday, November 15, 2008

Nakal la ko am.. tak sangka aku!

Mula-mula belajar modify motor, tukar carburetor.. pakai la Z punya la.. pakai TS100 kemudian TS125.. lepas tu belajar tukar-tukar main inject.. jet angin.. mainjet 85 tukar 90.. angin 27.5 tukar-tukar angin 30, 22.5.. tengok setting brapa jauh nak main.. sekilo, dua kilo setengah, atau empat kilo track highway angsana, depan ito, highway machap.. ipoh main jalan kuala kangsar, depan taman anda.. ade polis, pandai-pandai nak hidup.

Mula-mula ingat piston besar memang terbaik.. sampai piston Z pon ada yang try.. tapi last-last piston 100 Kriss je maximum.. campshaft mesti potong, highcamp aku tak galakkan sebab lambat pick up.. belah minyak grind lebih sikit.. timing valve minyak longgar boleh gerak atas bawah, valve exzos dapat goyang kiri kanan memang cantek.. head potong 1.5mm piston kicap kena potong kawah, sebelah valve exzos korek dalam sket..

Magnet kalau nak lay pon boleh, tapi kalau da ade magnet cub CDI pon dah oke.. clutch casing jangan lay banyak sangat, setengah mm pon da cukup.. nak ringan lagi.. lay crankshaft.. setengah mm je kiri kanan jangan banyak.. alang-alang turun enjin, tukar la bearing high speed ke.. aku layan bearing ori je.. point orang tak tau: letak 1mm washer kat tepi shaft gear box.. motor anda akan jadi ringan.

Spring clutch pakai Yamaha Sport punya spring potong setengah mm.. baru menangkap sket masuk gear nanti. Alat tempat tekan rantai kecik @ timing chain kena grind sket kat bawah tu.. baru mantap sikit.. bunyi tak bising.. exzos korang suka la nak pakai yang cemana pon.. aku layan cub standard punya belah tengah tukar kon 3 bijik masuk bearing FAG.. NTN pon oke.. baru ade bunyi pipit mase lepas minyak.. dulu mula-mula paip depan pon tukar besar.. tapi main sekilo ngam la.. baik paip standard je depan tu lebih cantek..

Api kalau nak modify pakai coil hebat warna warni pon pakai la gua tak kisah.. gua pakai coil atas standard je tapi dua bijik pasang sesiri.. coil api bawah pakai coil Suzuki RG atau Panther lagi best.. sejengkal jauh pon ape biru nangkap lagi bai!

Sprocket kalau untuk dua setengah kilo atau empat kilo lebih.. kalo ikut setting kat atas ni tadi la.. depan 15 belakang 29, 30, 31.. aku maintain 15-30 je. Korang nak pakai empat bijik siap gear empat tukar gear tiga Fame, atau nak main gear lima motor Singapore or Thailand.. itu lo punya suka.. Gear aku lebih suka maintain tiga bijik jer.. pickup cantek long pon ade.. jangan lu nak poyo motor sume barang alloy.. moto gua nampak standard side mirror kiri kanan ade box belakang lagi..

Kalu betul berhajat meh masuk line.. gua bukan mao main duit atau aper.. itu bukan cara gua.. gua saja jer nak kasi lu orang panas.. nak merembat jom la.. kalah, lu orang lari bogel keliling taman, berani?


*rindu masa silam lagi..

Friday, November 14, 2008

Gembira Berterusan Semoga..

Alhamdulillah.. setakat ini kerja yang aku usahakan selama ini diterima ketua-ketua. tapi ini belum versi sempurna. incomplete. petang itu, lebih kurang pukul 4 lebih, Martin ini datang ke meja bersembang-sembang. berkenaan cuti panjang yang telah aku maklumkan pada mereka melalui email. cuti sebulan lebih pada tahun hadapan. advance betul aku ini ya!

Setelah mengucapkan tahniah atas sebab utama percutian itu, Martin berkehendakkan first draft of my proposal. owh.. its a first draft, yet to be completed by december... its ok.. i just want to read em through to make sure you are on the right track.. oke i ll sent you by email. cheers.

Subject: Incomplete research proposal
Attachments: Research proposal draft 11_11_08.doc(180KB)

Hi, here is.

Regards,

Am,
Penyelidik Tabah,
Sustainable Energy Centre.


Replied:


Hi

Looks very good. Since it is broad there is no need for lots of
detail in every section, only in the area of heat transfer
improvement.


Regards,

Martin,
Research Engineer,
Sustainable Energy Centre.


Tungkus lumus aku hari-hari mendapat keredhaan dan restu tuhan. insyaAllah.. harap dengan bantuan tuhan, bulan dua belas ini boleh submit the final draft. means that i ll be three months advance from due. i hope it can be endorsed as soon as possible.. insyaAllah.

Many plans to be implemented ahead! the proposed project ll be something.. for the world!


morale: baca tulis baca tulis kerja kerja kerja.. letih? layan blog.

Bahagia sampai akhir hayat..


Ini bukan ahli keluarga saya.. saya mendapat artikel ini dari sebuah emel yang telah di forward kepada saya.. Ini gambar pasangan comel Pak Atan 75 dan isterinya 74.. mereka memang saling sayang menyayangi.. ke mana sahaja mereka berjalan berpimpinan tangan.. sentiasa ada gurau senda.. tawa-tawa manja.. sungguh bahagia mereka kelihatan.. walau usia lepas separuh abad.

Harap-harap kami juga boleh kekal manja tertawa keanak-anakan gembira selamat bahagia sampai ke hujung umur kami.. Peace!

-PIC REMOVED-

p/s: mimik muka semasa bergambar memang trademark saya.. abaikan..

Thursday, November 13, 2008

Perfume apakah yang best?

Sejak hari itu aku asyik berlari-lari je.. nak ke train berlari.. ke musolla.. balik office.. nak ke mana-mana asyik berlari.. petang-petang sampai rumah main bola sendirian di stadium mini..

*

Hari itu bangun seperti biasa.. tengok cermin.. eh apa betul yang aku lihat ini memang aku? Kenapa menyerupai nangka berbungkus? Holy Sstarstarstar! Maybe sebab busy sangat la konon sampai tak perasan dimension out! Patutlah semua jeans sudah ketat.. tiga 501 dan levis black itu yang aku sangat sayang.. wrangler lusuh itu lagi-lagi lah..

**

Aku hanya perlu 3 hari senaman extreme berbantu diet terkawal biasanya.. untuk mengembalikan bentuk badan ideal. Tapi itu dulu.. sekarang senaman extreme agak limited. Nanti-nantilah kurus..

***

Perfume sudah habis.. jadi petang ini mahu cari-cari yang baru.. “Biar gemok, pendek, hitam, botak, tapi bau wangi”.. itu motto hidup aku jam ini.
Kamu orang yang pakai perfume bau yang best-best tolong beritahu jenis apa.. juga adik-adik lelaki, abang, ayah, tok korang, pakwe jugak.. apa bau yang best tolong propose.. petang ni nak usha-usha.

So far aku sudah pakai , Hugo Boss ape la yang botol bulat tu, Armani Black, Davidoff ECHO, Tommy Hilfiger-True Star Man, Dunhill Desire Blue dan beberapa lagi yang aku sudah lupa.. aku suka bau-bau fruit.. yang lembut-lembut sahaja.. Thanks! *sayang masa nak pergi cium semua bau kat kedai tu..

Tuesday, November 11, 2008

Kucing dan ikan!

Kalau aku bawa seekor kucing melayu jantan, pastu aku kahwin campurkan dengan kucing Aussie betina.. mesti anak die cumil kan? Kata kacukan..

Pastu mase anak die balik Malaysia nanti.. speaking pon mesti ade accent n slang Aussie sket.. pastu kucing-kucing tempatan mesti cakap, “Alah poyo la tu, speaking konon!” hahaha

Terfikir; kamu orang rase bahasa kucing Malaysia dengan kucing Australia sama tak?

**

Tahukah kamu? Salah seekor binatang yang namanya bertukar2 mengikut tempat adalah Ikan Betutu @ Ikan Bandaraya.. kalau di ipoh, ikan ini dipanggil Ikan DBI, kalau di Kota bharu Ikan MBKB, kalau di KL Ikan MBKL.. multiple identity disorder ke hape ikan ini?

p/s: hari ini hati sungguh senang!

Teka-teki bahasa melayu..

Itu hari aku teringat akan satu perkataan melayu hebat.. STRUKTUR.

Aku rasa ini satu-satunya perkataan melayu yang pakai enam konsonan dan dua vocal.. ke ada lagi? Sila beritahu cepat supaya aku tak dimalukan semasa bagi teka-teki ini pada cucu-cucu aku nanti.

Itu saja.

**

Aku pernah kasi satu teka teki suatu masa dahulu.. Hadiah lumayan ditawarkan, tarikh tutup penyertaan selepas tiga hari. Tiada jawapan betul atau hampir tepat diutarakan.

Seorang nelayan mendayung sampan ke tengah lautan. Sedar-sedar nelayan ini mati dihempap sesuatu dari langit (hint: terjatuh dari kapal terbang). Apakah benda tersebut?

Aku yakin walau aku buka soalan ini sampai dua ratus tiga puluh satu hari selepas tahun depan pun, nescaya tiada siapa yang dapat menjawab dengan betul. Yakin. Cubalah.. jangan tengok ans kat bawah dulu.

Ans: piano *gaya Imuda. Piirah! belom ape-ape da tengok jawapan..

Monday, November 10, 2008

Ghindu kome wooiiii!

Ini dua orang aku sangat jeles..



Atas ini, Imna adik aku di hari perkahwinan beliau..

Sebelah bawah, acara mimik muka.. bersama Amni kakak aku di masa bujangnya..
Deme dah kahwin.. teman je belom.. Ate cemane?


-PIC REMOVED-


Yang sebeno-benonyer.. Teman rindu bebeno ke kome bedue niee..

Saturday, November 8, 2008

Romansa Cinta~

Ini mungkin entri paling awal stakat ini.. walau tadi malam tidur lewat.. pagi ini bangun awal.. tidak mampu sambung tidur di pagi Ahad ini.. otak ini tidak mampu aku kawal.. ligat ia berfikir.. risau.

Bulan ini pada tahun lepas.. adalah bulan ujian untuk aku dan pasangan ku.. aku menjalani peperiksaan akhir tahun untuk master di sini.. sedang beliau di uji tuhan dengan pertarungan nyawa di sana.

Sana.
Kau dan rakan baikmu sungguh gembira. Kedatangan ibu dan ayah beliau untuk ke Lumut sangat dialu-alukan kau berdua. Mahu melihat sendiri sekolah tempat kamu dan anaknya praktikal itu. Tidak putus-putus SMS darimu menceritakan keindahan alam dan keseronokan itu. “satu hari nanti kita datang ke sini bersama-sama ya”ajakan kamu. InsyaAllah..

Sini.
Aku bersiar-siar bersama rakan-rakan. Baru tamat peperiksaan. Menemani seorang kawan membooking tiket pulang ke Malaysia. Kami semua sangat gembira, kecuali seorang. Aku. Rasa tidak sedap hati. Lewat di Singapore Airlines booth, aku mahu SMS kamu. Ah! Telefon lah! Hello? Hellooo? Err hello err maaf cik ini baru saja mengalami kemalangan.. jawab encik polis. Allahu Akbar!

Beb, ko apasal? Takde pape.. awek aku excident.. hah teruk ker? Tak tau.. Assalammualaikum makcik.. err makcik dah tahu cerita? Waalaikumsalam. Sudah.. Jangan risau, tiada apa-apa. Makcik dan pakcik dalam perjalan pergi hospital ni.

Ya Allah ampunilah dosa ku ini.. aku mohon ya Allah.. selamatkanlah beliau.. *aduh sangat tak suka rasa ini, mata ini sudah bergenang, tekak rasa kembang..

Aku ini nampak kuat.. hati kering.. tidak kisah itu ini.. tiada rasa.. tapi ujian tuhan kali itu sangat…

Sana.
Pakcik, beliau bagaimana, oke kah? insyaAllah oke.. tiada apa-apa. Cuma cedera ringan.. Alhamdulillah.. sekarang mereka dipindahkan ke Hospital Ipoh. Aku hairan, kenapa perlu perlu pindah-pindah hospital. Ragu-ragu.

Sini.
Kuat aku ini.. kuat.. tapi.. Pagi itu aku menangis.. iya bukan bergenang.. bukan.. seperti mana biasa kanak-kanak kecil, aku menangis. Cuma bezanya aku tidak terisak-isak.. Cuma suaraku tersekat-sekat membaca surah.. seumur hidup aku.. itu kali pertama.. aku rasa begitu takut.. lemah.. totally berserah kepada Allah.. agar tabahkan hati aku. Aku baru mendapat khabar kawan baik kamu itu telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ayahanda beliau sedang nazak dan akhirnya pergi menemani anak wanita tunggalnya.. Cuma tinggal ibunya yang patah kaki dan tangan.. dan kamu..

Sana.
Warga ipoh telah kuberitahu. Semua datang melawat.. keluargaku.. aunty ku.. rapat benar dengan kamu.. sayang kamu.. mereka tahu rasa hati ini..

Sini.
Aku sudah rasa tidak tenteram. Tiket pulang lagi dua minggu.. bantulah aku tuhan.. ampunilah dosaku.. berkali-kali aku memohon.. Miracle! Kedudukan kamu di kerusi sebelah pemandu adalah yang paling berisiko tinggi dalam pertembungan berdepan. Kuasa tuhan. Kamu cuma retak tulang bahu dan tidak sedarkan diri. Syukur. Walau dapat berkata-kata lemah di dalam telefon. Kamu asyik menyatakan kerisauan terhadap rakan baikmu. Meruntun-runtun hati ini. Kamu belum diberitahu..

Sana.
Aku pulang ke tanahair. Beberapa perkara penting perlu aku selesaikan di Ipoh sebelum pergi bertemu kamu. Aku tahu kamu fahami aku. Fobia dan sedih itu kamu tanggung sendiri. Nanti kita ketemu. Ini gambar kamu pertama kali selepas kejadian itu. Walau mimik itu tampak anak-anak, perasaan aku berbaur-baur melihat gambar ini.

**

Hari ini kamu bakal ke Ipoh untuk seminar posting. Harap kamu bahagia dan selamat sentiasa. Aku doa dari jauh. Ampunilah dosaku ya Allah.. Aku positif! InsyaAllah..

Mari dengar lagu bahagia.. positif..

Romansa Cinta - SAMSONS

Friday, November 7, 2008

Kepala hotak anda!

Saya ada masalah mengawal otak saya.. sedangkan otak saya bukan genius.. saya juga bukan sangat pandai kerana masa rajin saya tidak banyak.. saya tidak percaya dengan keputusan ujian IQ dalam internet.. score bukan kerana genius tapi kerana saya memang pandai tembak!

‘Angah sebenarnya akan lagi terer dari along@Amni kalau angah rajin’ (Imna 1999).

Ada satu perkara masih berlegar-legar dalam batu jemala saya buat masa ini.. berkenaan SMS balasan dari seorang kawan tua dari tanahair. Saya memang begini. ‘Lo ini memang, hari ini lo kata oke nanti 2 3 hari lu sebut balik’ (Rambo, 2005).

SMS itu saya mulakan: Jebat (bukan nama sebenar), kereta ko x laku. Ktorg nk hntr wreckers. Ni lg 1 saman ko www.dadadada... Balas Jebat: ‘WA ALAIKUM SALAM’. Buatlah apa2 yg patut, jangan sampai menyusahkan korang sangat dahlah. Satu nasihat saya, pengemis tepi jalan pun kita kena beri salam, inikan pula orang yang lebih tua dari kita. Tersentap saya. Dengan ketawa pahit saya tunjukkan SMS itu pada rakan saya. Tersenyum beliau. Ingatkan nak cakap terima kasih ke.. kena sound pulak gua! SMS balik Ala bro, terasa la pulak. Ktorg tgh repair keta ni. Maaf zahir batin. Salam. Senyap.

Orang kita sangat sensitif, maaf saya cakap. Dulu masa Jebat di sini. Menumpang di sini, besar tapak tangan saya tadahkan. Jangan ungkit semua pertolongan kami. Tapi kau balik tinggalkan kereta buruk itu tanpa roadtax dan bersaman pula, minta tolong untuk kami jualkan? Kamu ingat semudah itu? Ucaplah terima kasih atas masa kami yang sangat limited ini.. tapi saya memang patut bagi salam dulu..

Pasal otak, memang susah untuk saya tukar cara cakap. Saya sedang belajar itu. Dulu saya memang kasar, masa kerja carut2 itu biasa. Sampai saya tidak kenal lagi yang bagaimana bakal mengguriskan perasan dunia sebenar. Perlu berlatih itu!

BZZZTT!

Otak saya kata:-

  1. nak makan dengan berselera kena ada masakan yang berwarna-warni. *macam budak2
  2. kalau lauk banyak, saya akan makan sejenis lauk sekali hidangan, satu-persatu. *jadi makan kena tambah2 nasi la kalau lauk banyak jenis.
  3. kalau makan roti dengan butter, jangan lipat. Makan keliling dulu buat bulat. Pastu gigit sikit-sikit sampai jadi bulat kecil baru ngap!
  4. kalau kacau air dalam cawan pakai sudu, pakai tangan kanan, kacau ikut lawan jam. *macam lain je dengan orang lain.
  5. kalau mimpi, selalu kawal, otak baik saya selalu kata: jangan.. dosa… *kadang rasa rugi bila mimpi dengan wanita cantik.
  6. kalau letih, duduk. Tidak kisah di mana-mana saya akan duduk. Biar orang kata apa.
  7. kalau ada makanan yang sedap dalam fridge, selalu lah buka pintu fridge itu.
  8. kalau dah buat sesuatu, buat sehabis baik, kasi settle!

*confirm saya sedang bosan, tulis panjang-panjang (dapat turunkan wajah itu jauh ke bawah lalu ke belakang supaya terlindung hahaha)

Wednesday, November 5, 2008

Tag gambar pula! Mace-mace la demo nih!

Malam tadi baru perasan.. sudah kena tag dengan kawan.. itu jadi entri sebelum ini.

Memang biasa pagi-pagi, on pc dulu di office ini.. check email.. on lagu.. jenguk-jenguk blog sekejap.. Baca blog kawan-kawan sedar-sedar sudah kena tag lagi satu.. capture gambar sendiri, jangan make up2, jangan sikat-sikat, jangan tukar pakaian, tanpa edit.. ringkasnya, dengan yang sedia ada.

Jadi ini dia.. abaikan kulit muka yang merah-merah itu, abaikan kulit muka yang mengelupas itu, abaikan ketidakdisiplinan aku bertshirt dan berjeans ke office, abaikan rambut yang tidak bersikat itu.. hahaha!


-PIC REMOVED-


Ayam goreng betol! Gua nak berselindung lama sikit pon tak boleh! Apa pun gua memang lebih senang begini..

Tag BUKAN Matrix Kuala Pilah..

Starting time : 2228 hour

current songs: vociferation eternity.. shuffle dalam winamp ini..

Name : nama

Sisters : Seorang kakak dan seorang adik.. aku selalu disalah ertikan sebagai sangat sweet sehingga selalu diambil kesempatan.. tidak pasal-pasal kau kena pukul kerna cuba menodai aku, sampai berhenti universiti ketakutan..

Brothers : tiada

Shoe size : 7.5

Height : Lowered, stable and sporty.. kata racing..

Weight: kalau 60kg pon orang dah tanya; kau hisap dadah ke wei?

Where do you live: SA

Have you ever been on a plane: pernah beberapa kali sahaja..

Swam in the ocean: kalau petang-petang boleh lah.. pagi kalu.. start dengan rosy cheek lepas itu sunburn kemudian kulit ketat di malam hari, esok mngelupas.. macam sekarang nih! Aduh pedih2 ni..

Fallen asleep at school: start form 2.. dan kelas petang jumaat..

Fell off your chair: pernah.. tapi setakat ini belum pernah jatuh teruk.. nasib baik saya auto..

Sat by the phone all night waiting for someone to call: tidak pernah.. biasa the phone sat by, waiting for me to wake up.. alarm..

Saved e-mails: sangat perlu ini..

What is your room like: aku sangat suka kekemasan, namun hari-hari kemas adalah sangat kurang..

What’s right beside you: 3D Optical Mouse with FCC standard.. made in China.. what?

What is the last thing you ate: kismis.. Sultanas Sundried.

Ever had...Chicken pox?: Pork mana boleh makan.. chicken wing la biasa bakar letak madu.. hulamek!

Sore throat: hanya apabila selsema berpanjangan..

Broken nose: hidung tidak pernah.. yang patah jari kelinking kanan. Yang retak buku lali 2 2, yang lekuk lekuk tulang kering dan dagu..

Do you believe in love at first sight: dulu tidak.. setelah itu? refer saja ini

Like picnics: masa kejadian sahaja.. sebelum dan sesudah kurang minat..

Who was/were...The last person you danced with: tidak kenal.. jangan ungkit kisah lama please..

Last made you smile: baca blog kema.. hade ke haku pon kena tag!

You last yelled at: tadi petang.. sesudah siap kerja..

Today did you...Talk to someone you like: line problem la petang tadi nak la sangat2..

Kissed anyone: yes.. a lots.. family maa..

Get sick: jarang.. tapi kalau kena.. lama.. kaki ini pun belum sembuh.. 14 ini ada tournament.. tidak main kali..

Talk to an ex: dulu la..

Miss someone: tiada letih untuk ku ungkapkan..

Who do you really hate: saudara yang baru aku SMS tadi.. ingatkan hendak dibalas terima kasih.. kena sound pula.. ces selampit betul!

Do you like your hand-writing: aku suka.. walau belum pernah ada yang kata cantik..

Are your toe nails painted: pasti tidak.. kalau inai belakang cerita..

Whose bed other than yours would you rather sleep in: alaa.. mana boleh cakap..

Are you a friendly person: bergantung keadaan.. biasanya iya.. tapi kalu kamu kerek segunung tinggi.. kamu pupus dari dunia aku..

Do you have any pets: tiada..

Do you sleep with the TV on: agak selalu.. kadang-kadang pasang TV niat untuk tidur..

What are you doing right now: mahu siapkan kerja sebelum December.. prepare for joining international group on January..

Can you handle the truth: tidak suka pahit..

Are you closer to your mother or father: mak la.. ayah.. garang weh..

Do you eat healthy: I eat almost everything.. walau perut tidak tahan betik dan susu segar dan makanan pedas lajak..

Do you still have pictures of you & your ex: aa.. err.. emm.. next!

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: cikgu

Are you loud or quiet most of the time: Loud if I got point.. quite if I know nothing or when someone’s lying..

Are you confident: sort of..

5 things I was doing 10 years ago

1) fight onto science class..

2) menduduki peperiksaan untuk lesen L

3) cuba bertaubat setelah melakukan kesalahan besar lalu tertangkap..

4) retire from being pelari pecut.. sedang semua orang sudah berkaki panjang.. aku lambat..

5) start pakai sampin warna hijau muda, seluar sekolah jahit style jeans, bawah nak besar tak boleh blah!

5 things I would do i f I were billionaire

1) pergi haji sesama keluarga..

2) bawa mak ayah along adik pergi jalan-jalan keliling dunia dengan jet peribadi berdriver wanita cantik

3) Upgrade motor dan kereta buruk haku.. biarlah! Aku still mahu pakai, so what!

4)Pastikan supaya beliau dapat sekolah yang beliau mahukan untuk posting nanti..

5) Special Order perfume Tommy Hilfiger – True Star Man.. hape lah susah sangat nak jumpa ni..

5 of my bad habits:

1) Kalau aku sedang fikir.. kau tegurlah dengan apa cara sekalipun aku tidak layan

2) Gelak/jerit/nyanyi kuat-kuat kala bosan terlampau, happy terlampau, atau marah sedikit.. kalau marah terlampau.. diam.

3) Terlalu berprotokol kata beliau.. Skema ke?

4) Ego lelaki jangan dilawan.. belai-belai sayang.. lembut ia mengikut kata.

5) Mengapa aku tidak suka membeli barang mekanikal yang baru adalah satu tanda tanya. suka modifikasi.. terkadang kos peng‘upgrade’an sangat tinggi.. dimarahi selalu!

3 places I've lived/living:

1) South Plympton

2) Broadview

3) Rosepark

5 persons that i wanna tag:

Many of them are so happy to try it.. but with time restriction, they can be exempted.

Even so, Interested Homosapien are welcome the most..

Sunday, November 2, 2008

Aktiviti Sosial..

Khamis, bayar saman atas kesalahan kepantasan Ustaz.

Masa: kira-kira 12 malam, sebelum menonton perlawanan bolasepak life di rumah kawan.
Kos: AUD202
Sebab: kelajuan 68km/h
Saksi: Speed Camera

Jumaat, balik office lambat sedikit gara-gara idea dan mood lambat tiba. Tidur rumah kawan, tukar angin. Main pingpong.

Masa: 18++
Tempat: Rumah atas kedai Pizza, Broadview

Sabtu, repair pintu depan kiri Ustaz. Alang-alang kereta lagi satu ini bakal di hantar ke wreckers, apa sahaja barang baik, ditukar ke Ustaz. Alih-alih tukar pintu belakang dua-dua, cermin tinted semua, penutup bonnet depan, speaker Clarion belakang, semua masuk ke Ustaz.

Masa: lepas Zohor, lepas beli barang-barang dapur dari Asian Groceries di Henley Beach Road
Tempat: Garaj rumah
Pekerja: Aku dan seorang rakan.
Kos: AUD0
Tenaga: Infiniti total.
Future plan: semua sportrim bakal dirembat jua.

Ahad, pergi ke pelabuhan berdekatan bersama rakan-rakan. Tengok Dolphin. Sebelum Cruise, jalan-jalan market. Tengok magic. Gelak-gelak kagum. Balik singgah Semaphore, picnic, layan-layan angin pantai, perjalanan pulang hanya aku dan Ustaz sahaja yang berjaga. Petang pingpong sekejap di Broadview, ditemukan dengan seorang Table Tennis King. Kalah set pertama.

Masa: 09++ hingga 15++
Kos: AUD4 untuk tiket (Sunday only), petrol AUD5 seorang, sandwich meehoon limau strawberry orange juice kuih bom segera (ihsan rakan-rakan bukan bujang)
Kepuasan: Total.
Energy left: 3.142%

Malam isya jemaah, drive pulang, tipon mak, along, adik, ayang,.. tidur.

Isnin, subuh 0600, tidur semula, 0813 jaga, tidur lagi, 0943 jaga, cergas, siap, pergi office, sekarang tulis blog kat office.

p/s: UStaZ ialah kereta Holden Astra 1.5, plat USZXXX