Monday, November 24, 2008

Tertekan..

Aku ini bukan mudah tertekan.. kerana selalu tuhan maha kuasa tolong aku..

Kalau pasal kerja atau tanggungjawab. Biasa bukan masalah besar. Empat hari bekerja professional sudah kena “Ini fucking report apa yang kau bagi aku nih?”, itu masa aku belum pandai. Fresh grad. Kena sound depan workers lain. Tertekan? Tidak.

“Ini sahaja wakil company kamu? Kamu siapa? Engineer? Huh! Kamu tahu yang lain-lain ini semua manager? Kamu tahu?”, sambil dahi ini dituding jari pegawai besar di Terengganu, semasa salah seorang workers aku kantoi main ganja. Mana menang tangan aku nak jaga semua, di tempat kerja dan di rumah? Dimarahi begitu. Tertekan? Tidak.

“Mobilize out our machine!”, arahan bos besar Singapura. Sedang projek sedang peak semasa TurnAround. Kerana client banyak songeh, bos aku sudah merajuk dan menyampah. Aku menyabarkan. Cuba deal baik-baik. “I just want to wish you good luck”, itu sahaja ‘pertolongan’ dari bos KL. “I hope you can survive.. thank you ya.. thank you thank you thank you…” letak phone. Itu bos JB. Aku tertekan? Tidak.

*

Kalau melentur buluh, biar dari rebungnya.. Aku bukan lagi rebung.. Anak kecil ibarat kain putih.. aku sudah bertompok hitam sana sini.. aku pernah buat dosa.. malah selalu.. namun doa aku agar tuhan ampuni aku selalu.. walau dosa tetap aku lakukan..

-PIC REMOVED-

Nampak baik? Jangan tertipu.. dalam hati siapa tahu..
Dalam songkok siapa nampak? Aku cuba untuk tidak blonde lagi..

**

Mungkin benar kata orang memang ada ujian sebelum berkahwin. Tabah dan kuatkan aku ya tuhan..

*sepatutnya aku gembira, Actual Research Proposal telah berjaya aku siapkan, tunggu di submit mungkin esok lusa dan fasa pembetulan sahaja

27 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Am. kan best klu sy mcm ni. tak mudah terusik dgn tengkingan atau apa je kata2 org. maintain macho 24-7. oh, sila jgn blonde. hitamnya rambut seorg Melayu Islam tu lebih menarik drpd karat si barat.

kpd wanitanakal, sila pergi jauh2 sebelum segerombolan tentera submarine russia bersenapangkan AK47 dtg mengejar. (apakah?)

*eh, mengomen hampir serenrak pula. selamat menikmati pagi hari dgn nyaman hati.

JatBee said...

chill am..stay cool..
setuju ngn sarah, kalo xcukup kapal selam, satu angkatan sukhoi saya back-up :D

laki cikgu kimia said...

SarahShukor, thanks sarah.. nasihat kamu selalu berselang seli dengan lelucon.. terubat sikit.

Jatbee, cepat lah datang back-up ako ramai-ramai.. :|

.: Sugar-cRave :. said...

aiyork...hurmm..mmg bt0l..sesungguhnya mmg byk dugaan sblm kawen ni..tenang keyh..(^^,)...

Shah CJ said...

kuatkan hati kamu. jgn mudah goyah dgn pujukan sorg wanita. ini cuma ujian yg kecil spy awk lbh jujur dlm hidup.. :)

aida said...

CriticalThinker: rilek2 je am..kamu kan si tenang..semoga dipermudahkan segala urusan kamu ya!

*jemput dtg ke rumah ye..kalau x..kirimkan doa kamu ya

laki cikgu kimia said...

mistakenidentity, doakan yang baik-baik ya..

cikgujawe, aku cuba tepis semua itu dengan bantuan tuhan.. insyaAllah.

Aida, aku doakan kamu bahagia di samping ketua keluarga itu.. tahniah sekali lagi aida.

Inah said...

waah..sudah siap research proposal kamu!! jeles :D

na.ni said...

mesti pempuan tu gedik thp ayam..
meh sini nk tolong pijak perut die..
haip!~

laki cikgu kimia said...

Inah, nak finalise hari ini.. petang boleh submit. harapnya tiada major correction..

kema, minta tolong kamu kali ini.. tolong pijak sampai nanges..

Rembo said...

gua nk lu tahu satu hakikat duniawi ini.

*nada berbisik
"dragon ball ada 7 biji kesemuanya."

laki cikgu kimia said...

iyelah datuk kame..

- G O R O - said...

Salam bro,

aku tahu ko tak tertekan..

Ko kan anak angkat dasuki. Mana boleh tertekan.

[MH] said...

salam bro,semua sudah selesai ya..

sama mcm blogger lain..sabar banyak2 bro..

betul juga kata cikgu jawe,jgn mudah makan pujukan wanita..

bro kan kuat!

Amin Ahmad said...

Am, kau cool. Aku suka. Aku akan belajar untuk itu :p Dulu zaman main gig memang nampak cool, tapi bila zaman buat kerja serius ni jadi keliru pula apa yg patut cool apa yg patut serius, hampeh!

Takpe, bila kau pilih untuk berubah, aku percaya kau akan tabah. Nak jadi berlian ni memang kena 'tekan' lama2 :p

Oh, tak paham aku ada orang yg mahu masuk line dlm hubungan org len. Cukuplah bgtau dia minat (yang ni aku x kisah sangat) tapi belajar la faham realiti. Kalau aku tau org dah ada bf, tarik diri lebih baik walaupun org kata loser. Hidup ada lebih banyak utk diberi kepada kita.

Good luck walaupun aku x kenal kau! hehe

Word verification: factam (ntah hapa2, haha)

laki cikgu kimia said...

Goro, anak angkat dasuki? manade.. rambut lain..

fathiyyah, aku ini memang kuat.. adeh..

PewarisReformasi, suka betul perbidalan kamu itu.. pasti kamu ini orang hebat.

Anonymous said...

tuhan sedang berbicara dgn ko tuh...sabar aja ya..

laki cikgu kimia said...

betol akim.. aku setuju.. semoga aku terus tabah.

Ain Mardhiah said...

chiam yang cool, semoga kamu maintain cool terus.. eh, dulu kamu nak tolong smackdownkan pakcik teksi psyco kan? meh skrg saya tolong kamu hantar bom kat palestin nih ke wanitanakal. menyemak je US hantar sini, baik hantar ke manusia takde keje macam dia.. kasi up sikit ngan team ks... kankan?? =P

kamu tahu kan orang yang paling gagah itu adalah orang yang selalu berjaya menahan marahnya.. jadi, keep being the most strongest man, chiam! kalau mahu berubah, jangan pandang belakang.. terus ke depan.. allahu ma'ak (semoga allah slalu bersama kamu..)

laki cikgu kimia said...

ainularina, baiklah.. terima kasih chinul.. *sahaja aku berubah menjadi orang yang paling gagah

Maryam said...

wah! wanitanakal itu.. urm tak malunya dia! jenis ni, orang kacau dia pun dia layan kot. huhu

tak apalah, sabar tu lebih menampakkan kegagahan :D.

FrH said...

rambut blonde kau dulu mmg mengejutkan aku suatu masa dulu .. hahaha

sila passing wanitanakal pada jejakanakal spt ermm rambo ke? xsesuai dgn kau yg taknakal nih .. ;)

laki cikgu kimia said...

Maryam, betul sabar lebih menampakkan kegagahan..

Farah, rambo tu taknakal.. nampak je macama "itu".. :\

Rembo said...

petik nama gua nampak!!!!

Nurul Nadiah said...

saya tahu awak kuat! heh.

chaiyo! =)

** jgn lupa jemput saya nanti tau =)

ihsan_huhu said...

fuh.. buleh wat drama 18 episode 4 seson nih

laki cikgu kimia said...

rambo, sahaja gua petik nama lo dalam E minor.

nadiayuna, iye-iye insyaAllah bakal dijempot.

ihsan_huhu, hah! tau takpe.. isk2