Friday, November 21, 2008

Buku & Sahabat..

Semalam lepas jumaat baru dapat buku Aku Terima Nikahnya nukilan Hasrizal Abdul Jamil.. tak silap sudah seratus pages lebih aku baca.. kot.. Ustaz ni dulu sekolah agama kat Ipoh selama lima tahun (sama).. duduk Manjoi (sama).. terkenal dengan ceramahnya di mana-mana (tidak sama)..

Aku pernah sekali memberi tazkirah di khalayak ramai.. itupun kerana tugasan untuk pelajar-pelajar senior memberi tazkirah selepas solat Asar.. aku ingat masa itu.. aku kena datang awal, saf agak depan, sehabis bacaan doa.. semua orang tertunggu-tunggu.. aku berjalan menyusuri saf dan baris lalu menyampaikan tazkirah:

Ata’ muruu nannaas sabil birrii watansau na anfusahum wa antatluu nal kitaaba afalaa ta’qilun..

“Marilah kita mengasihi saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri” (Indirect translation)

Wabilalhitaufiq walhidaayah wassalammualaikum warah matullah..

Aku terus blah keluar musolla.. beberapa seconds kemudian barulah ada yang keluar.. heh! Tak sampai satu minit tazkirah hari ini.. tidak puas! Mungkin itu suara hati mereka..

Cerita pasal sahabat, baru-baru ini aku ada contact seorang partner regu badminton masa wakil sekolah under 18 dulu.. tak hebat pon kami.. sampai peringkat ape-ape je.. malam itu kami YM (kerana line internet tidak clear untuk calling-calling). mamat ini aku panggil Zul atau lebih senang dikenali dengan nama Zul Roden si sahabat lama.. Goro dan Mazlee mesti kenal..

Hayagriva - Thy Lord of Shadow, Cradle of Filth – Nymphetamine (adalah lagu black metal yang beliau email setelah kupinta beberapa hari lalu).. aduh.. teringat abang polisi yang datang ke rumah mencari tokan zine black 2004 dulu.. mase itu aku suka pakai baju Vociferation Eternity.. naseb baik abang itu hanya sekadar menasihati.. Encik Talib, kami hanya suka lagu, bukan mengikut amalan black metal yang bukan-bukan.. paling-paling pon head banging itu saja.. ade black metallist yang berubah jadi orang bagus.. aku contohi AbangBen.. aku silent reader je kat blog die.. seorang otai kaguman aku sejak 90an..

Lupa, Zul Roden ni dulu juga penggunting rambut yang hebat.. aku ingat masa kantoi rambut form five dulu.. aku suruh alter ikut suka.. dia klon style rambut cikgu disiplin.. botak kat atas.. Zul dan rakan-rakan mencabar aku ke dewan makan dengan gaya begitu.. hahahaha.. gelak guling-guling..

Zul Roden adalah seorang Civil Engineer tersohor di Johor sekarang ini..

*

Contradict dengan buku Heat and Cold Storage with PCM, from Mehling H. & Cabeza LF. Sekarang turn aku untuk baca buku ini di kalangan SEC Group Members.. bila la nak khatam agaknya.. semangat sikit!

23 comments:

Mazlee Mazalan said...

yop bro.. whats up with zul roden?? hehe.... bile la nk pi adelaide ni...

Inah said...

hoho..selamat membaca during this weekend :)

to mazlee..sila2 mai adelaide :)

laki cikgu kimia said...

mazlee, meh la cepat.. sini ade beach *angkat2 kening sebelah

Inah, thanx.. jom pegi beach jugak! apa barang baca2 buku kat umah ujung minggu nih.. haha

Amin Ahmad said...

wah, aku suka pengalaman kamu. tentu ada yang lebih menarik untuk dikongsi ni.

laki cikgu kimia said...

terima kasih.. ade masa kita kongsi.. kalau ade yang mahu mendengar..

[MH] said...

salam
haha,kelaka bile bc citer yang gunting rmbut mcm guru disiplin tu..

zaman skola,zaman muda,zaman paling tk boleh lupa..

Ain Mardhiah said...

erk, chiam dengan gaya botak atas? haha~ kalau cenggitu kamu sekarang, sah-sah takde budak kecik nak datang dekat lagi .. hehe~

ihsan_huhu said...

senior aku pon dlu ade berbuat gile rambut botak tgh gk. tp lg gle siap g kelas sume...

n skola ktorg ade pompuan...

mmg otai n sengal!

laki cikgu kimia said...

fathiyyah, memang zaman sekolah zaman yang indah kan?

ainularina, botak tu tak la.. tapi uban da maken banyak rasenye nih huhu..

ihsan_huhu, tu la.. chegu disiplin ktorang tu siap ade name timangan "TOPS" alih bahasa dari SPOTlight.. mati la haku kalau terjumpe die hahaha..

aida said...

ha ha ha..zaman sekola mmg xleh nak lupela..

Amin Ahmad said...

zaman sekolah zaman yg innocent.. :p

macam aku di perlis ia mungkin indah dlm erti kata lain...budak kampung main selut bertemu dgn ragam org kota yang tak biasa susah..wah, di sana ada perkongsian cerita bumi semua manusia :)

aku suka je nak mendengar cerita sesiapa..ia buat aku menghargai kepelbagaian sebagaimana tagline blogku..

laki cikgu kimia said...

Aida, hahaha.. bile nak buka citer skolah anda pula?

PewarisReformasi, innocent la pulak yek? heheh..

Sarah Mohd Shukor said...

kalau tak disebabkan baca blog Joe, sy tak tau pun awk sekolah situ zaman muda2 dulu.

laki cikgu kimia said...

Siapa Joe itu Cik Sarah? rakan lama saya kah? saya kenal kah?

neldras said...

encik am.. siapa anda?? tak berapa nak kenal.. kalau kasi nama penuh mgkn ingat kot.. terbaca goro.. roden.. mcm familiar... x-sis??

laki cikgu kimia said...

neldras, nama saya nama.

akirasuri said...

Kamu ini kawan Incet Goro yang di Aussie ya? Oh!

Bagus pengalaman kamu.. Tidak mahu dibukukan? Hehe.. :)

Anonymous said...

Aku Terima Nikahnya..??

Wah mcm seronok utk di baca...

laki cikgu kimia said...

Akirasuri, aduh.. pengalaman sekelumit cuma itu.. tiada apa-apa..

Akim, memang seronok enchek! lima bintang.. satu bintang dua ratus..

- G O R O - said...

Salam.

Sekolah oh sekolah.

Aku bengang sebab aku kena gantung sekolah pasal kes yang aku tak libatkan diri 100% tue.

Ala, aku sepak budak tue 2-3 kali jer, nama aku pun naik.

Enjoice bro.

laki cikgu kimia said...

orogtikis, ha takde takde.. ko memang budak jahat! hahaha

l.i.f.e said...

hahaha sure comel!

laki cikgu kimia said...

hahaha cumil shangaaat!!