Thursday, August 19, 2010

Yang tak baik dijadikan sempadan..

Gua baru sahaja membasuh tangan kiri gua sebentar tadi. Sekarang masih lagi rasa nak terkucil. Tapi ku tahan, Jebat.

Entah apa masalah pula lah dengan abdomen gua kali ini.

Dua belas lima puluh tengahari. Sudah masuk waktu Zohor. Gua masih di depan PC. Tak tahu nak buat apa. Benarnya, gua haruslah pergi awal ke masjid menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, qabliah zuhur, atau sunat taubat misalnya. tapi tidak. Gua tegar di sini buat kerja bukan-bukan.

Gua sebenarnya bukan tak ada kerja. Banyak. Sampai kerja gua berbulan-bulan dulu pon gua macam kena repeat semula. Tapi biasalah. bak kata ‘Setan bertanduk merah yang tak kena ikat’ dalam diri gua, “Lek lek la Am.. Cari mood dulu. Lu macam tak biasa. Lu kalu da ada mood nanti kerja lu laju laa.. macam biasa laa..”. “Aku lepuk juga mamat ni karang”, bisik hati amarah ‘pari-pari putih berkepak.

Layankan. Gua saja layankan fikiran gua melayang-layang.

Dua belas lima puluh sembilan gua nak cargas pegi masjid.

Nasihat gua hari baik bulan baik ni, banyakkan baca Al-Quran, jaga mulut, telinga, mata, banyak beristghfar, jangan marah-marah.. dan jangan ikut perangai gua! Debush!

Thursday, August 12, 2010

Lintas langsung tanpa 'buffering' dari workshop!

Gua rasa lega sangat-sangat. Mushkil tahap pak belalang gua selama ini terungkai jua. Sebab kenapa flow rate gua tidak malar adalah kerana pump yang tersumbat.

Abis segala teori mak nenek semua gua keluarkan. Rupa-rupanya berkait rapat dengan ke’Choke’kan tersebut. Nyaris lagi gua ilang sabar dengan menjoin majlis barbeque tertutup workshop sebelah. Nyaris amat.

Demi meraikan kejayaan gua menumpulkan keruncingan masalah tadi, mari kita bermain teka-teki.


Seorang lelaki ensem naik ke tingkat atas workshop. Beliau adalah seorang muslim. Sudahlah muslim ensem pula. Saling tak tumpah macam wajah dalam cermin gua tengok tadi pagi.

Melewati bilik pantry, tertancap pandangan beliau ke arah sebuah Cookie Jar. Aneh. Bau yang sedap dari dalam Jar berbentuk kepala hanjing comel itu tidak menarik sedikit pon pada beliau.

Soalan: Kenapakah lelaki muslim itu tidak memakan biskut sedap didalam Jar kepala anjing tersebut?

Sila jawap.

.
.


Teeettt! Salah! Bukan sebab kepala hanjing, tapi sebab beliau berpuasa lah!
Heheh Selamat Berpuasa semua!



-bosan giler teka-teki kau kali ni Am.. lol

Sunday, August 8, 2010

Sinusoidal

Kalu diplot effort kerja gua atas kertas graf agak-agak ada macam sinusoidal graph gua rasa. Siap damped lagi. Cis! Ini tidak bagus!

Sonata musim salju agak extreme kali ini. Gua cuba mengaitkan hukum alam sebagai pembolehubah garisan effort gua tadi. Menyalahkan suhu rendah.

Efek gua berbadan ‘sedap’ rupanya masih belum membantu ke arah penebatan haba keluar masuk. Gua masih memerlukan baju tebal.

Atau sebenarnya alasan orang malas memang sentiasa ada…


Cerita lain.

Bini gua semakin lawo pulak bila makin berisi. Gua pulak semakin berisi semakin tunduk setelah semakin kenyang semakin mengantuk.

Melaram abis beliau ke Dinner malam tadi. Kain batik jadi tudung. Ala-ala tema malam tersebut. Ala-ala kampong..

-PIC REMOVED-

Malas gua nak letak gambar gua di sini. Bukan apa, ‘lebar’ sangat.

Sunday, August 1, 2010

Sedih..

Tuhan..

Tolong aku.. Aku tak sihat.. Aku lemah..

Hidung berair.. kepala sakit.. tekak gatal..






Kerja tak cantik.. aduuuuu...