Friday, November 7, 2008

Kepala hotak anda!

Saya ada masalah mengawal otak saya.. sedangkan otak saya bukan genius.. saya juga bukan sangat pandai kerana masa rajin saya tidak banyak.. saya tidak percaya dengan keputusan ujian IQ dalam internet.. score bukan kerana genius tapi kerana saya memang pandai tembak!

‘Angah sebenarnya akan lagi terer dari along@Amni kalau angah rajin’ (Imna 1999).

Ada satu perkara masih berlegar-legar dalam batu jemala saya buat masa ini.. berkenaan SMS balasan dari seorang kawan tua dari tanahair. Saya memang begini. ‘Lo ini memang, hari ini lo kata oke nanti 2 3 hari lu sebut balik’ (Rambo, 2005).

SMS itu saya mulakan: Jebat (bukan nama sebenar), kereta ko x laku. Ktorg nk hntr wreckers. Ni lg 1 saman ko www.dadadada... Balas Jebat: ‘WA ALAIKUM SALAM’. Buatlah apa2 yg patut, jangan sampai menyusahkan korang sangat dahlah. Satu nasihat saya, pengemis tepi jalan pun kita kena beri salam, inikan pula orang yang lebih tua dari kita. Tersentap saya. Dengan ketawa pahit saya tunjukkan SMS itu pada rakan saya. Tersenyum beliau. Ingatkan nak cakap terima kasih ke.. kena sound pulak gua! SMS balik Ala bro, terasa la pulak. Ktorg tgh repair keta ni. Maaf zahir batin. Salam. Senyap.

Orang kita sangat sensitif, maaf saya cakap. Dulu masa Jebat di sini. Menumpang di sini, besar tapak tangan saya tadahkan. Jangan ungkit semua pertolongan kami. Tapi kau balik tinggalkan kereta buruk itu tanpa roadtax dan bersaman pula, minta tolong untuk kami jualkan? Kamu ingat semudah itu? Ucaplah terima kasih atas masa kami yang sangat limited ini.. tapi saya memang patut bagi salam dulu..

Pasal otak, memang susah untuk saya tukar cara cakap. Saya sedang belajar itu. Dulu saya memang kasar, masa kerja carut2 itu biasa. Sampai saya tidak kenal lagi yang bagaimana bakal mengguriskan perasan dunia sebenar. Perlu berlatih itu!

BZZZTT!

Otak saya kata:-

  1. nak makan dengan berselera kena ada masakan yang berwarna-warni. *macam budak2
  2. kalau lauk banyak, saya akan makan sejenis lauk sekali hidangan, satu-persatu. *jadi makan kena tambah2 nasi la kalau lauk banyak jenis.
  3. kalau makan roti dengan butter, jangan lipat. Makan keliling dulu buat bulat. Pastu gigit sikit-sikit sampai jadi bulat kecil baru ngap!
  4. kalau kacau air dalam cawan pakai sudu, pakai tangan kanan, kacau ikut lawan jam. *macam lain je dengan orang lain.
  5. kalau mimpi, selalu kawal, otak baik saya selalu kata: jangan.. dosa… *kadang rasa rugi bila mimpi dengan wanita cantik.
  6. kalau letih, duduk. Tidak kisah di mana-mana saya akan duduk. Biar orang kata apa.
  7. kalau ada makanan yang sedap dalam fridge, selalu lah buka pintu fridge itu.
  8. kalau dah buat sesuatu, buat sehabis baik, kasi settle!

*confirm saya sedang bosan, tulis panjang-panjang (dapat turunkan wajah itu jauh ke bawah lalu ke belakang supaya terlindung hahaha)

7 comments:

na.ni said...

sy mmg setuju dgn nomot 3! roti + butter mmg sedap amats~
no 5..xblh blah dowh! hahaha
p/s: klo mimpi charlize theron..yum..yum..

hahaha!
-kema-
lesbo mode.

Sarah Mohd Shukor said...

no 3 dan 4 tu sama. tp klu sy, no 3 bergula. dan no 4 dh jd habit dr kecik2. org kata pelik, sy buat jgk. skrg sy boleh kata ke awk, awk pun pelik. hehe. erm, Jebat tu mungkin ada skill bermuamalah tp dia mungkin terlupa skill kemanusiaan.

- eleh. nak sorok kening the rock tu la konon. huh. satu dunia dh tgk dh encik. hehe

laki cikgu kimia said...

kema, lesbo mode? takooot! eh aku nak takut apahal..

sarahshukor, nanti kalau ada mood nak tulis 3 4 entri satu hari hahaha macam la rajin sangat

H said...

kalau makan roti dengan butter, jangan lipat. Makan keliling dulu buat bulat. Pastu gigit sikit-sikit sampai jadi bulat kecil baru ngap!

waaaaaaaah!
ini sangat same skali dengan ciki.
pergggh...
punye la selame ni ciki sorok2 perangai aneh tu sebab segan kot2 orang pandang dengan muke penuh heran...
rupe nye ade gak member.
*salam.salam*
ciki dah tak aneh dan rare ke ni?
aduyai.
:-<

btw, sangat layan kan geget2 roti tu sampai jadik bulat kecit2??
hahaha.
mari makan roti bulat2!!
:D

laki cikgu kimia said...

hahaha setuju ciki setuju.. wawawa.. *kesat mata jumpa rakan sejenis, boleh buat kelab nih.. ehik!

Nurul Nadiah said...

no 2,3,5,6 itu sama!

cuma no 2 tu, saye takdelah tambah nasi. Saya akan makan semua lauk. Rasa semua lauk. Tapi sikit2. Lauk sedap tu saya akan amek lagi. tapi makan lauk je la. Heheh.

** skrg sudah chubby. x suke. waaaaaa. Hah. tetiba je tulis kat sini. mahap incik! =p

laki cikgu kimia said...

chubby tu pon sejenis kekiutanuntuk wanita la nadia kan? takpe.. kiuuut..