Saturday, November 8, 2008

Romansa Cinta~

Ini mungkin entri paling awal stakat ini.. walau tadi malam tidur lewat.. pagi ini bangun awal.. tidak mampu sambung tidur di pagi Ahad ini.. otak ini tidak mampu aku kawal.. ligat ia berfikir.. risau.

Bulan ini pada tahun lepas.. adalah bulan ujian untuk aku dan pasangan ku.. aku menjalani peperiksaan akhir tahun untuk master di sini.. sedang beliau di uji tuhan dengan pertarungan nyawa di sana.

Sana.
Kau dan rakan baikmu sungguh gembira. Kedatangan ibu dan ayah beliau untuk ke Lumut sangat dialu-alukan kau berdua. Mahu melihat sendiri sekolah tempat kamu dan anaknya praktikal itu. Tidak putus-putus SMS darimu menceritakan keindahan alam dan keseronokan itu. “satu hari nanti kita datang ke sini bersama-sama ya”ajakan kamu. InsyaAllah..

Sini.
Aku bersiar-siar bersama rakan-rakan. Baru tamat peperiksaan. Menemani seorang kawan membooking tiket pulang ke Malaysia. Kami semua sangat gembira, kecuali seorang. Aku. Rasa tidak sedap hati. Lewat di Singapore Airlines booth, aku mahu SMS kamu. Ah! Telefon lah! Hello? Hellooo? Err hello err maaf cik ini baru saja mengalami kemalangan.. jawab encik polis. Allahu Akbar!

Beb, ko apasal? Takde pape.. awek aku excident.. hah teruk ker? Tak tau.. Assalammualaikum makcik.. err makcik dah tahu cerita? Waalaikumsalam. Sudah.. Jangan risau, tiada apa-apa. Makcik dan pakcik dalam perjalan pergi hospital ni.

Ya Allah ampunilah dosa ku ini.. aku mohon ya Allah.. selamatkanlah beliau.. *aduh sangat tak suka rasa ini, mata ini sudah bergenang, tekak rasa kembang..

Aku ini nampak kuat.. hati kering.. tidak kisah itu ini.. tiada rasa.. tapi ujian tuhan kali itu sangat…

Sana.
Pakcik, beliau bagaimana, oke kah? insyaAllah oke.. tiada apa-apa. Cuma cedera ringan.. Alhamdulillah.. sekarang mereka dipindahkan ke Hospital Ipoh. Aku hairan, kenapa perlu perlu pindah-pindah hospital. Ragu-ragu.

Sini.
Kuat aku ini.. kuat.. tapi.. Pagi itu aku menangis.. iya bukan bergenang.. bukan.. seperti mana biasa kanak-kanak kecil, aku menangis. Cuma bezanya aku tidak terisak-isak.. Cuma suaraku tersekat-sekat membaca surah.. seumur hidup aku.. itu kali pertama.. aku rasa begitu takut.. lemah.. totally berserah kepada Allah.. agar tabahkan hati aku. Aku baru mendapat khabar kawan baik kamu itu telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ayahanda beliau sedang nazak dan akhirnya pergi menemani anak wanita tunggalnya.. Cuma tinggal ibunya yang patah kaki dan tangan.. dan kamu..

Sana.
Warga ipoh telah kuberitahu. Semua datang melawat.. keluargaku.. aunty ku.. rapat benar dengan kamu.. sayang kamu.. mereka tahu rasa hati ini..

Sini.
Aku sudah rasa tidak tenteram. Tiket pulang lagi dua minggu.. bantulah aku tuhan.. ampunilah dosaku.. berkali-kali aku memohon.. Miracle! Kedudukan kamu di kerusi sebelah pemandu adalah yang paling berisiko tinggi dalam pertembungan berdepan. Kuasa tuhan. Kamu cuma retak tulang bahu dan tidak sedarkan diri. Syukur. Walau dapat berkata-kata lemah di dalam telefon. Kamu asyik menyatakan kerisauan terhadap rakan baikmu. Meruntun-runtun hati ini. Kamu belum diberitahu..

Sana.
Aku pulang ke tanahair. Beberapa perkara penting perlu aku selesaikan di Ipoh sebelum pergi bertemu kamu. Aku tahu kamu fahami aku. Fobia dan sedih itu kamu tanggung sendiri. Nanti kita ketemu. Ini gambar kamu pertama kali selepas kejadian itu. Walau mimik itu tampak anak-anak, perasaan aku berbaur-baur melihat gambar ini.

**

Hari ini kamu bakal ke Ipoh untuk seminar posting. Harap kamu bahagia dan selamat sentiasa. Aku doa dari jauh. Ampunilah dosaku ya Allah.. Aku positif! InsyaAllah..

Mari dengar lagu bahagia.. positif..

Romansa Cinta - SAMSONS

29 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

erm. terkejut jgk baca kisah ni. Alhamdulillah dia selamat n takziah buat keluarga kwn baiknya tu. sy nak tukar topik. sy rasa, ni 1st time sy jumpa org yg suka buat perlambangan perasaan yg dia sedang rasa melalui apa yg tekak dia alami: tekak rasa kembang. kwn2 baik sy sume tau sy suka guna perlambangan yg begini. menggambarkn tekak sbg subjek.

ok. kembali kpd topik. semoga dia sudah pulih 100% termasuk fobia menaiki kenderaan dan apa saja yg berkaitan. semoga tulang bahunya sudah betul2 elok utk membolehkn dia aktif sbg guru yg baik dan cepat2la kawin. dpt la awk selalu jaga dia :D

laki cikgu kimia said...

terima kasih sarah.. terima kasih kepada doa2 anda.. terima kasih.

pu3.ahmad said...

owhh amat tersentuh..sayu hatiku..namun..syukurlah beliau selamat..air mata ku tutut bergenang..

laki cikgu kimia said...

terima kasih zairani.. AlFatihah untuk arwah Aisyah Syafira dan ayahandanya..

Sarah Mohd Shukor said...

CT, gmbr tu tak boleh tgk :|

laki cikgu kimia said...

oh maaf sarah.. tak perasan, sekarang sudah boleh kan? terima kasih beritahu. (",).-.-...

l.i.f.e said...

semoga selamat semuanya.

laki cikgu kimia said...

alhamdulillah.. telah selamat sampai.. terima kasih untuk doa kamu life.

arsaili said...

salam..semoga baik2 aja...InsyaAllah

Ain Mardhiah said...

erm, kemalangan memang sangat memfobiakan.. saya sendiri pernah kena langgar dua kali pun dah cukup trauma.. huhu... moga kak cikgu tu sihat2 slalu dan dijauhi dr sbrg perkara yg tak elok... amin.. =)

laki cikgu kimia said...

arsaili, InsyaAllah.. terima kasih.

ainularina, amin ya rabbal alamin.. thanx chinul.

na.ni said...

oh..terkipat beta..

.kema.
masih dlm lesbo mode.

habes la kau CT..
hahaa.

laki cikgu kimia said...

kema, terkipat tu hape wei.. cuba guna bahasa ibunda kita :)

Rembo said...

dude.
i can sense ur sincere here. touching jiwa rock n roll gua.

laki cikgu kimia said...

itu la bo.. gua yang boleh terjun2 bangunan ni pun meleleh lu tau tak huhu.. *harap beliau tak baca entri ini.. nangis kang susah nak pujuk.

na.ni said...

terkipat tu = terpikat la..
haihh..cuba la phm sama bhsa akma.syazwani..


hehehe ^_^v

laki cikgu kimia said...

uk aloh kema oi.. the best man win.. *ko bukan man tak boleh try hahaha

na.ni said...

kau ape tau??
dont judge a book by its kaver ok?
sikit2 lama2 jadi bukit..
ahahaha! ttbe je.

oh btw, bgs la miss.gilpren selamat. dh ckp syukur kt Tuhan lum? hehe i knw u did. Alhamdulillah dia slmt. siap buat muka kiut lg..haihh.. lg mmg terkipat a aku..miahahaha!

laki cikgu kimia said...

eish.. kena jugak budak kema ni kang ni.. *gosok2 siku :)

nkecik said...

aku ingat time kita gi shopping kat harbor town ngan wan & sani last yer. setiap 5 minit ko tepon mesia.. alhamdulillah tader apepe.. kawen cpatla am!

laki cikgu kimia said...

naseb baik ko cakap nama sani n wan.. kalo tak nanti orang kata ako kelua ngedate ngan pompan lain plak tym sedih2 tu ;) tq anne, my best fren!

aida said...

setaun sudah..cepattt..aku tunggu jemputan ko

laki cikgu kimia said...

iye le.. jemputan ko pulak mane haaa?

xxfanaxx said...

saye juge terkujat dikala menerima berita ini..
tanpa berfikir panjang, saye terus menelefon dia..
disaat itu, dia sudah blh berbicara..
sudah mengetahui keadaan sebenar..
namun masih sukar bergerak akibat kecederaan tulang yang menimpa..
bergenang air mata saye mendengar luahan perasaannye tentang shbtnye..
saya hnya mampu berdiam..
menyulam sedikit kata2 semangat..
kini dia sudah pulih..
alhamdulillah..

laki cikgu kimia said...

alhamdulillah.. aku antara manusia paling bersyukur masa itu.. syukuurr..

nkecik said...

kakaka,sengal pacik tua ni!

laki cikgu kimia said...

hoih haku manade sengal!.. sangat..

Nurul Nadiah said...

Sedihnya. Sayep nak g praktikal lak ni. Hope everythings gonna be fine =)

laki cikgu kimia said...

good luck to you nadia, moga terus2an mendapat redha ilahi.