Meskipon soalan-soalan saya mungkin boleh mendatangkan isu.. terus ke arah terlontarnya kata ‘kufur nikmat’. Itu saya terima.. mungkin anda terlalu sensitif atau saya sendiri ikut perasaan tulis tanpa fikir. Maaf andai komen tuan puan terpaksa saya padam kadang-kadang.
Rakan-rakan pengunjung cerita suka lara saya juga ramai.
Rambo, ciki, eamy, tom, sarah, dila, syahirah, zairani, kema, akim, noktah hitam, cik ati, fathiyyah, inah, yellow herbie, ihsan, chinul, banat, cikgujawe, ab, nabil, mistakenidentity, cikgubanihashim, pink_butterfly, ab geldofg, bulan, unachenta, cik naddy, life, nard, nurfateen, pijah, dani, aida, maryam, pewarisreformasi, basirul, n, banat, jatbee, en_me, farah, goro, arsaili, sweetthinker, nadiayuna, yanahashim, aimi, razwan, diana, fana, srisufi, pemikirlapuk dan kawan-kawan lain yang namanya aku lupa, maaf, juga semua pembaca-pembaca setia. Rahmat tuhan dilimpahi ke atas kamu semua hendaknya.
Keluarga tersayang yang membaca, buah hati tercinta yang tidak pernah singgah di sini, terima kasih kerana percaya pada diri ini.Akhir kata, saya dengan ini memohon ampun maaf atas segala keterlanjuran kata, semoga kita terus maju, selamat, bahagia dan cemerlang dalam segala apa yang diusaha di hari mendatang.
Dan terima kasih pada tuhan beri nafas dan kesihatan semahal ini. Moga hidup lebih berkualiti hari ke hari juga.