Tuesday, December 16, 2008

Tag sebelum tidur..

Start malam tadi yang aku tulis entri sebelum ini aku masih tak dapat tido lena memang dari dulu kalau aku asyik fikir satu benda memang tak boleh rehat otak aku so macam mana aku nak tido last aku tengok jam mase da tutup lampu selubung dengan comforter masa tu dah dekat pukul dua pagi sedangkan aku tutup lampu and slowkan mpthree biasanya sebelum pukul dua belas malam tapi dah dua jam kebil-kebil lagi dok fikir nak tulis paper tiba-tiba dengar alarm handset aku bunyi gila apa salah set ka ni rupa-rupanya memang dah pukul lima setengah pagi aku off alarm layan pejam mata lagi dah tak boleh terus bangun sembahyang subuh nak tido balik tapi aku memang tak dapat menipu diri sendiri sebab otak aku kata dia dah ada idea nak tulih apa tak gila pulak aku start buat kerja pukul enam dua puluh pagi lepas tu datang office awal gila terserempak dengan bos nombor satu aku nuning dia satu kali terus jalan laju-laju masuk office on pc aku tapi ayam goreng betul lah aku hangen bila aku lupa bawa usbdrive kerja yang aku save tadi so aku jumpa bos nombor dua kata nak postpone meeting sepuluh setengah tukar jadi sebelas setengah n lepas tu pergi office bos nombor satu bagitau benda sama naseb baik aku datang dengan ustaz hari ni boleh la senang-senang pergi balik tapi aku tak boleh laju sangat sebab taknak kena saman laju dua ratus dollar lagi sebelas suku aku sampai office balik print paper tunjuk diaorang oke saja tapi kena tambah sikit so tengahari tadi aku edit sikit lagi petang terus kasi bos no satu dan dua dia kata dia akan check dan kasi aku semula esok oke aku kata so hari ini aku balik awal cadang nak tido tapi singgah rumah kawan maen pingpong sekejap maghrib baru balik rumah so malam ni aku free buka blog sekejap sedar-sedar ramai dah wish pada aku terima kasih kawan-kawan dan aku sedar sudah kena tag

*tulis tak pakai noktah dan koma ada jimat sikit masa la aku rasa hahaha

1. Anda rasa anda hot?
Gue ni kira suam-suam la kata orang..

2. Upload gambar kegemaran anda.

-PIC REMOVED-

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Ni gambar gue masa mula-mula sampai sini jalan-jalan masa orientation week kat Urrimbirra Park.. July 2007 memang gua masih kelihatan muda.. kepada Inah ko takkan ade jumpe mamat muka camnih lagi kat sini.. silap-silap ko tanya aku nanti "Uncle ni uncle kepada seorang budak bernama budak Am? Muka lebih kurang la". aku tau rambut aku dah beruban.. kening kanan aku pon dah start nak putih.. potongan badan dah macam uncle-uncle.. tapi aku tetap seksi itu aku pasti hahah!

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
tadi ha.. lepas pingpong ade satu slice je lagi aku rembat la..

5. Lagu terakhir yang anda dengar.

Ahmad jais – Takwalman … aku biar je shuffle winamp nih.. tetiba je keluar lagu lame.. ye la kate uncle-uncle..

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
tunggu isya pukul 2206 lambat pulak time-time summer nih.. nak tido dah ni ha

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?

Gue tertarik bila dengar mat salleh panggil nama gue Ombrey masa main bola.. macam brand Umbro plak.. ala brand soccer boot yang Michael Owen pakai tuh.. apa kes Owen dah la kemarau gol! *teringat masa jalan kat pasar ramadhan Batu Pahat ade orang cakap " wow! macam muke owen la mamat tuh". aku terus lari takut dipengapa-apakan hahaha *exaggerate

.

.

.

Alaa.. banyak lagi ke Kema? Aku dah nak out ni.. nanti-nanti la ea.. (janji manis)

*banyak la ko punya Am Jambu.. luar tabie betol!

24 comments:

Inah said...

ohh..penat gue baca entri kamu :P..x kan berjumpa ngan pemuda berwajah seperti brad pitt itu lagi??alahai..sedihnya :P

senang2..buzz me ok!!

boleh jugak gue belanja kamu di coffee club ;)

chekgu Bani Hassim said...

rugi ko tak tagg org lain...
sib baik ko xkejam cm org yg tagg ko... :)

Su @ Aya said...

Salam...

Penat betul baca entri kali ni.. Kena undur balik 2,3 kali untuk pastikan betul tak koma, titik, tanda seru, tanda soal, dan semua benda alah tu (yg tk nampk, of cos!), ditempt yg betul, dan di baca (biarpun cuma di dalam hati) dengan nada yg betul.

Maryam said...

tercungap-cungap! adehhh

ambulan please...

haha

Sweet Thinker said...

jgn tag gwe. polisi xjwb tag. ahhah. tp kan satu persoalan utk critical thinker. nape org ske pki cap camtue eh?

Anonymous said...

mikel owen fevret aku tuh...

laki cikgu kimia said...

inah, takde makne nyer braddpitt pulak inah oi.. coffee? menarek!

cikgubanihashim, tak la chegu.. kema tu shweitt aje, jambu batu tade bijik..

onlyme, heheh sekali-sekala senaman mata hehe..

laki cikgu kimia said...

maryam, hehee.. sori sori..

sweetthinker, jawapan: orang lain aku taktau la.. aku pakai cap nak lindung dari cahaya, kalu terbalik tu nak cahaya la.. bukak cap rambut dah penyet pulak.

akim, o ye ke akim.. sori la kalu ko terguris.. aku keciwa dengan beliau ade satu zaman tu die asik kemarau gol.

JatBee said...

penat siol bace entry nih..huhu

Ain Mardhiah said...

kalau saya jadi cikgu bm, maka penulis karangan ini perlu dimasukkan kembali ke tadika untuk belajar mengeja.. =P

Ain Mardhiah said...

eh silap.. bukan mengeja.. tapi belajar bubuh tanda baca..

na.ni said...

wey uncle! lu bikin mata dan otak gue sakit..
ces~

oh.uncle mmg jambu..saya sukaaaa..
muahahaa!

en_me said...

hi abang hensem ittewww.. ahaks

.farah. said...

gile lah.gua rase nk pengsan baca entri lu tanpa noktah dengan satu napas.fuhhh!!! amik napas jap..
weh lu apsal ensem?

Anonymous said...

ni kalau pergi exam BM ni banyak la kesalahan ni. titik, koma sume takde, main redah je. haha. cuba baca ngan satu napas. kompem x berjaya. hahahahahaha. tu aku la. orang len aku x thu. haha.

oh, dah uncle-uncle ya skrg. haha. adakah perut anda boroi? kalau ya, mmg sah dah tahap uncle-uncle.

laki cikgu kimia said...

jatbee, rilek2.. din i mention dan u can take five?

ainul, itu la masa tadika dulu sibuk mengorat awek kampung sebelah..

kema, ko pon da start panggil aku uncle? what?

laki cikgu kimia said...

en me, kang saye hai balik kang orang kate perasan hensem pulaaakkk..

farah, jangan pengsan dulu.. take five take five.. heh!

aimi, eh mana ade.. tengok. *umpff tahan napas

pu3.ahmad said...

pergh! jambu sunggo gamba ituh. ahahaha! sile jgn apa2kan sy. sy taw sy tak mcm owen.hahahahah!

pink_butterfly said...

enceh abg CT- adakah suma tanda2 baca pada keyboard anda tidak berfungsi? haha...anyway, ni nak jemput enchek utk mengambik anugerah kat blog saya...sila la...

laki cikgu kimia said...

pu3 zairani, seb bek kamo jaoh tahu. heh!

pink butterfly, wah.. takut nak naek pentas pulak nih.. hihi thanks.

- G O R O - said...

Salam..

Adakah anda dijambu kan di zaman sekolah dahulu?
Hahahhaha

muammar rashikin dah ada blog la wei...

laki cikgu kimia said...

wslm. dijambukan? ape maksud anta? seingat ana yang selalu naek mase makan dulu temikai jer.. temikai susu pon jarang2.. inkan pula jambu huhu..

rina is pink is sugitani said...

wow..hebat..
org laki menulis tanpa noktah dan koma..huhuhhu

salam perkenalan

laki cikgu kimia said...

salam2.. laki malas je kot camtu haha