-PIC REMOVED-
Monday, November 30, 2009
Thursday, November 26, 2009
Teringat mak..
Gua tujukan lagu ni untuk seorang wanita hebat merangkap mak gua sebagai seorang yang sangat cekal dan tabah. Gua sanjung mak gua sebagai seorang yang paling tinggi dalam hidup gua.
Satu sebab kenapa gua boleh berdiri duduk pandai hebat atau apa saja kemampuan gua hari ini adalah sebab mak gua. Doa-doa mak gua. Solat-solat hajat mak gua.
Raya-raya macam ni gua tak dapat nak peluk-peluk mak gua. Manja-manja dengan mak gua. Tidur kat riba mak gua sambil mak gua usap-usap kepala gua. Aduhai. Berair dah mata gua nih..

Wednesday, November 25, 2009
Sendiri mengenang rindu (lagu versi raya)
Tatkala ahli keluarga masing-masing sibuk pulang ke kampong, ke dakapan ayah bonda, order kuih raya, beli-beli barang persediaan menyambut hari raya,… gua sedang sibuk menyumpah seranah laptop dan pc opis gua.
Mahu pakai software original perlulah ada license, yang mana perlu dipinjam secara online. Tetapi masalah timbul apabila tiada pula internet connection pada laptop gua. PC opis pula slow tahap cipan…
Owh.. gua sungguh keciwak! Btw, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di luar sana.
*next week barulah isteri tersayang tiba.. raya sendirian lah kali ni.. :'(

Sunday, November 22, 2009
Gaban Z potong lima!
Pengembelengan tenaga secara total gua selama ini nampaknya belum mencukupi. Cubaan menganalisis semula projek tahun dua ribu lima menggunakan software version baru didatangi pelbagai permasalahan meruncing.
Empat tahun lepas keputusan analisis ke atas ‘external body proton wira aeroback’ ni senang-senang je released. Hanya berbantukan PC lemau gua berspesifikasi RAM 768Mb. Even simulation time makan masa tiga hari jugak kadang-kadang.
Geram betul. Naaaak je gua pakai software lame tuh. Cuma nanti end up takut rasa tak cukup maju n tak compatible pulak. Haish! Menatang gaban betul!
*Quote-baru-reka of the day: inisiatif dalam diri sebenarnya adalah hasil usaha ulung sendiri..
Saturday, November 21, 2009
Cuaca sekarang seperti musim bunga yang gua dambakan..
Nasib baik tak besar sangat perut gua nih. Geram membeli-belah di pasar basah tadi. Buah-buhan sangat murah. Gua jadi geram. Hasil: anggur 2.5kg n mempelam manis gemok tiga bijik. Mempelam bahasa Inggeris ‘mango’ tapi lepas tambah perkataan ‘remaja’ atau ‘teen’, mempelam boleh jadi manggis! :P
Ridu-riduan terkenang musim buah di Malaysia sekarang ini. Kabar-kabarnya durian, langsat, rambai dan sebagainya makin sehat-sehat di dusun arwah moyang dan atuk gua di kampong. Compare dengan sini, sekarang musim strawberi. Anggur feveret gua pulak bukan musim. Tapi mengikut pengalaman gua, musim hujan langsat jadi masam.
Oh ya gua terbeli secangkir madu tadi. Citrus Honey. Kombinasi madu asli, orange n lemon. Selepas aktiviti ‘mengetest’ semua madu yang dijual tadi, gua decide taste ini yang paling masuk dengan gua. Cerita pasal madu, lu orang pasti nak point gua, bini nak datanglah, hape lah n etc. Macam masa main bola semalam, lepas sembang je pasal bini, gua ‘terscore’ secara cantik. Lalu asyik kena point saja.
Air soya memang feveret gua semesta alam. Sebotol dua liter tu senang-senang je gua 'settlekan'. Kata orang minum soya kulit cantik. Yang negatifnya, bila sudah overdose soya, kentut boleh jadi sangat ‘piyau’! eeeuuuww!

Friday, November 20, 2009
Milo tumpah atas laptop..
Kenyang dan mengantuk. Gua baru pulang dari sebuah parti keraian seorang rakan. Bakal pilot. Meraikan kejayaan beliau. Tiada apa sangat yang gua lahapkan. Hanya fries dan coke saja yang disentuh. Kurang berselera gua malam ini.
Terjumpa juga kawan lama yang kini sudah masuk lima bulan kerja di sini. Ibunya orang Canada maka dia mirip orang sini. Pasti banyak gajinya itu. Tak sempat berentap snooker di rumah itu tadi. Katanya dah lama tak berentap dengan gua. Serba bagus dalam semua jenis sukan dan permainan ujarnya. Malu gua.
Tahniah lebih kurang gua cabut balik rumah. Tiada apa yang menarik di rumah selain Fitness Ball yang baru gua beli tadi. Cerita School of Rock yang ditayang sekala-sekali mengukir senyuman manis gua.
Di luar hujan pula. Aktiviti crabbing gua tangguhkan. Angin kuat dan sejuk bisa menggoyangkan jeti. Sudahlah jerung dilaporkan semakin banyak berkeliaran sekitar sini.
Malam sikit nanti nak telefon family lah tanya kabar. Ape le kabo orang kite ye?
p/s: panjang lagi umur laptop gua. semakin tua semakin manis..

Thursday, November 19, 2009
Tuesday, November 17, 2009
Terkenang bergenang-genang?
Akhir-akhir ni kerja gua memang banyak cabaran. Pernah gua highlight di sini dahulu kalau memang gua ini kurang gemar berubah dari rutin penggunaan software. Tapi baru-baru ini, kerana ‘kekompatibelan’ software olskool yang gua pakai sekarang ini sudah sampai kemuncaknya. Lalu inisiatif gua adalah beralih ke software lebih advance.
Kelmarin. (bukan lagu Zur Eda). Semalam. (pun bukan tajuk lagu). Adalah hari-hari ujian buat gua. Cubaan untuk ‘menginstall’ Solidwork 2009 memangkin kepada proses restart berkala computer opis gua ini dengan frequensi lima kali setiap tiga puluh dua percent penyiapan proses installation. Ini boleh membangkit-ledakkan nafsu amarah!
Sementelahan juruteknik pengkomputeran opis gua yang bercuti panjang, segala permasalahan berkenaan komputer adalah melalui komunikasi atas talian. Orang bercuti. Gua paham. Maka itu pekerjaan gua kali ini sedikit terganggu. Malas membebel panjang lalu gua layan gambar-gambar lama.
-PIC REMOVED-
Sikit oke mood gua hari ni.
Sunday, November 15, 2009
Saturday, November 14, 2009
Bersidai dimalam hari..
Panas. Even gua yang perkasa ini pon lembik. Hidung berdarah. Harap bini gua dapat tahan duduk sini nanti.
Basuh baju waktu malam. Sidai. Bangun pagi kena angkat. Kalau sayang baju lah.
* aircond pasang setiap masa. Macam fridge.
Basuh baju waktu malam. Sidai. Bangun pagi kena angkat. Kalau sayang baju lah.
* aircond pasang setiap masa. Macam fridge.
Tuesday, November 10, 2009
Perbedaan halaju itu bahaya..
-PIC REMOVED-
Berlari pantas momentum jadinya. Mahu berhenti ada inertia. Ingin terbang terikat daya.
Ah.. Jadi saja bungkusan diskrit tenaga. Biar terpancar photon menjadi cahaya..
Ah.. Jadi saja bungkusan diskrit tenaga. Biar terpancar photon menjadi cahaya..
Sunday, November 8, 2009
Advance in Heat Transfer
Gua kini menetap semakin dekat dengan opis. Maka itu, gua kena cari alasan lain untuk datang lambat ke opis. Eh tak lah.
Rumah baru gua memang menepati cita rasa. Belakang ada yard, itu paling penting. Senang gua nak bercucuk tanam sambil menggodek-godek beskal super power pengisi masa lapang itu nanti. Tak pasal-pasal gua terbeli sprocket 36 (kecil sikit dari dulu) untuk beskal tu baru-baru ni.
Walau gua jauh sikit dengan orang-orang Malaysia tak bermaksud gua merajuk atau merasa tersisih. Gua hanya perlu sedikit praibesi. Tapi kan. Lambat betol bini gua nak sampai sini! Hangenz betol!
Rileks rileks. Gua cool.
p/s: Tajuk gua tak tau nak letak ape. Sekali scroll terkeluar yang itu. Kira bolehlah.
Monday, November 2, 2009
Gua 'out' sekejap
Gua ada sedikit urusan penting. Redhakan gua dan jiwa tersenyum pahit melayang jauh. Mohon didoakan yang baik-baik sahaja.
-PIC REMOVED-
Gua hanya perlu sedikit masa mencari rentak sendiri. Semoga lebam gua tak kekal lama. Salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)