Tuesday, June 30, 2009

Kisah penyembahan si capik

Makanan, simpan lama-lama sangat nanti basi. Beracun. Roti yang aku makan pun aku tak perasan dah luput tarikh ke tak. Kadang-kadang kalau terlepas dua hari pon aku bedal, dengan teori sendiri: kuman tidak aktif di musim sejuk dan persekitaran berkelembapan rendah. Suka hati aku je.

*

Burp! Alhamdulillah. Pagi ni aku makan nasi lauk ayam masak kicap dan sayur campur. Kira menu rare jugaklah di pagi hari kalau masak sendiri.

*

Aku dah nak pegi opis dah sebenarnya ni tapi saja chill-chill layan Nescafe panas dulu depan laptop. Pemakaian hari ini aku klasifikasikan sebagai sangat kemas memandangkan ada persembahan projek menjelang tengahari nanti.

Harap-harap penyelidik semua tidak suka main tembak-tembak. Aku tidak suka membuat persembahan dengan muka merah.

Persiapan sudah hampir seratus peratus. Jadi tiada masalah sangatlah. InsyaAllah.

*

Racun kalau selepas tarikh tamatnya, masih boleh pakaikah? Masih racun atau lebih beracun? Bukan lebih baguskah kalau lebih beracun? Tak lah tikus-tikus ni berak merata-rata! (Jadi kenapa racun mesti ada tarikh luput?)

Ini bukan membawa maksud umah aku kotor atau tidak kemas. Rumah sebelah mungkin lah. Hahaha.. ampun Aunty. (takpe aunty bukan nye tau bahasa melayu pon) ;D

*

Lutut kanan aku ‘twisted’ inside-out, jumaat lepas buat pertama kali dalam kancah bolasepak. Aku namakan fenomena itu “twisties”. Yeay! *tetap happy walau sakit

Thursday, June 25, 2009

Urat otak menjalar ke telingakah puncanya?

Gua tiada mood tahap anaconda bertanduk sekarang nih. Kerja gua berjalan seperti siput tertelan panadol menstruation.

Kepala sebelah kiri selalu sakit. Antara telinga kiri dan pipi, tapi lebih rapat ke sebelah telinga. Dan juga atas bulu kening sebelah kiri, seperti ada batas, tingginya urat yang membengkak. Semoga gua tak mati cepat sangat, selain dari banyak nikmat yang belum dikecapi, gua juga tak terkirakan dosa-dosa yang dah gua lakukan. Semoga gua sempat bertaubat.

Kata seorang kawan, gua di FB seperti semakin menua dengan bilangan uban yang terserlah. Kata gua, memang ia semakin merimbun seperti cendawan tumbuh selepas hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik beruban di negeri sendiri.

Doakan semoga kertas kerja untuk persidangan di Singapura itu diluluskan. Hujung bulan ini tarikh akhir.

Cepatlah bulan lapan. Gua mahu pulang!

Friday, June 19, 2009

Anakku.. nanti.

E-a, lima tahun, adalah seorang anak gadis yang tabah. Aku selaku ayahnya selalu sibuk, begitu juga dengan umminya.

“Abi, esok boleh tak Abi tolong hantarkan E-a pergi sekolah?” tanya E-a padaku. “Ummi tak boleh hantarkan ke?”. “Ummi pon hantarkan sekali la..” balas E-a mendatar.

Keesokan harinya. “Abi, kita naik kereta Ummi hari ni boleh?” “Ha? Oo oke..” Eh budak ni, kenape pulak ni.. Hantar budak-budak ke sekolah. Nasihat sikit sebanyak. Salam. Cium pipi.

*

Balik rumah. Sambil mengeluarkan kereta masing-masing, “Macam ade special event je kat sekolah tu”, kataku sambil menekan suis bumbung kereta. Ade juga orang tanya, kenapa aku suka tak berbumbung. Entahlah. Perasan macamlah duduk di oversea lagi.

“Eh, Abi tak tahu ke E-a ada pertandingan syarahan dalam Bahasa Inggeris hari ni? Peringkat kebangsaan dah pon..” “Haaa?” “Ha itulah Abi, kan ayang dah cakap, kerja tu kerja juga, tapi layan dan manja-manja la dengan anak-anak jugak.. bla bla bla pom pang pom pang…”. Aku dah tak dengar apa dah.. Kasihan anak-anak aku.

Tak mahu naik kereta ayah kerana segan dengan guru dan rakan-rakan sekolah, katanya pada Ummi. Tak mahu kelihatan mewah sangat. Oh humble sungguh anakku ini.

Lagi dua minggu Majlis Hari Lahir E-a atau Saffira, anak sulungku. Sehari kemudian, adiknya pula. Iya lah. Kembar kan. Seorang lahir jam 2359 lagi seorang 0001. Rezeki kami.

Aku mahu belikan Autonomos Robot untuk E-e kerana dia sukakan teknologi. Anak ayah. Bolehlah diprogramkan robot itu sesuka hatinya. Software Matlab 65e itu sudah seperti tiada apa baginya. Cepat sungguh dia belajar.

Tapi E-a, apa yang patut aku belikan untuknya. “E-a, what do want for your birthday present? You can start make a wish list now”. Kataku sambil membelek permata nilam yang dihulurkan Cikgu Kimia. Suka benar dia ke kedai ini. Heh. Siapa tak sayang bini oiii..

“E-a nak macam ni la”. Jawab E-a. “E-a nak ke pakai macam Ummi tu ke?”, sambil tunjuk kat Cikgu Kimia yang tengah busy try sana-sini. “Eh taklah, E-a nak jalan-jalan ngan Abi macam ni je.. selalu.” Oh anak aku yang ini rupanya pandai psiko juga, like father like daughter.

Aku, “Aaa.. ye lah. Ummi jadi ke nak yang ni?” Ubah tajuk. “Tak nak lah Abi, mahal lah”. Nasib baiklah isteri aku ni suka Window Shopping je.

E-a terseyum puas dapat menyampaikan maksud tersirat. Comel anakku, macam mak dia jugak, bisik hatiku. Dululah. Masa muda-muda. haha

*

*

DAH LA AM, BERANGAN BETOL. TAU LAH HARI SABTU NI KAU TAK BIZI. BERANGAN SAMPAI MANA DAH NIH.

Heh! Kisah di atas bukan kisah benar. Tapi kalau tuhan nak bagi, aku terima. Cuma aku nak lebih bijak membahagi masa antara kerja, isteri, anak, dunia dan akhirat.

Sampai ketemu.


*sebenarnya Cikgu Kimia akan menten comel sampai tua

Thursday, June 18, 2009

Naik bas atau berkereta?

Alhamdulillah. Boleh aku katakan kerja aku sudah sembilan puluh percent siap. Lagi sepuluh ini hari boleh settle, insyaAllah.

Cadang nak separuh hari je hari ni. nak pergi city jap lah balik nanti. Nak renew debit card yang pernah di saspek kredit kad palsu suatu masa dahulu di KLIA gara-gara aku tersilap mempamerkan kad HSBC apabila diminta menunjukkan bukti atas penggunaan kad debit yang tersebut. Ah. BM aku pon sama cam BI. Average Joe.

Lagi nak cari, alat penyembur air untuk kegunaan semasa menyeretika. Colgate atau ubat gigi yang berjenama lain yang turut di panggil Colgate. Maklumlah, aku adalah ahli Kelab Colgate masa sekolah rendah dulu.

“Kami Ahli Kelab Colgate, memberus dengan Colgate, na na na na na na, memberus sentiasa”,

Antara rangkap lagu kelab ‘kami’, aku ingat-ingat lupa je.

Ada budak baru kat sini mengadu ngan aku, pasal bos yang bizi gila tak nak layan dia sangat. Budak Singapore ni, tak budak sangat pon. Tua lagi dari aku. Macam aku selalu marah (nasihat) kat orang lain. “Follow up & chase”. Tiba-tiba aku teringat kerja masa dekat Petronas Kerteh, semua pon adalah “Urgent”. Tak kira lah Penapisan ke, VCM ke, Ammonia ke. Tipu gila.

*

Eh jap, nak naik bas ke kereta? kereta selesa, minyak tengah mahal, parking susah kat city, mahal pulak tu. Naik bas kene berjalan kaki, berjalan kaki = malas. oke naik kereta. Heh tak ah, nek bas.

*

Sabtu Ahad ni aku belum ada plan. Beg, buku-buku, paper-paper, jangan baca. Raikan dulu. Dua hari je pun kan. Hargai usaha sendiri.

Jangan lupa bersyukur akan siapa diri kita hari ini.

Wednesday, June 17, 2009

Mug besar, dua uncang teh dan dua sudu susu

Kosong tujuh empat lima pagi. Aku kat umah lagi. Taknak datang awal-awal sangat. Lek-lek je sudah.

Tidur aku sejak akhir-akhir ini sentiasa cukup. Tido awal, bangun macam biasa. Kira sempat subuh lah. Semalam last tengok jam 2259, lepas nak on Winamp sebelum tido. Macam-macam orang dalam dunia ni, nak tido kena dengar lagu pon ade.

Tapi semalam, tido best. Sebab sebelum tu calling-calling dulu.

Dalam tak tahu nak start macam mana semalam, alih-alih dah nak siap pulak kerja aku. Lagi sepuluh percent nak buat ini ari. Syukur.. berkat doa keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat. Tuhan tolong aku.

Hari ini, sambung lah.

Matematik. Differentiate nombor berkuasa log, exponent. Integrate ln lah, exponent lah. Kalaulah semudah ex kuasa dua.. hah cakap ‘kalau’. Berangan.

Tiap-tiap pagi minum teh mungkin sebab jadi kurus ke?

Tuesday, June 16, 2009

Pergi tanpa tahu

Isya 1837 lalu malam tadi aku tido sangat awal. Last aku tengok jam 2141.

Pagi bangun awal. Banyak benda kena buat ini hari.

Semalam meeting sekejap, kertas kerja banyak kena repair. Maklumlah. Projek baru, gaya baru. Dan aku tidak pandai bergaya. Belajar!

Lepas meeting, hadiri kursus di ibukota dengan Steven. Projek baru kena pakai software baru. Bos tak ikut, busy.

Software ni pon taklah baru sangat. Aku dah pernah pakai empat tahun lepas. Dulu 8.0 sekarang dah 12.0. Setahun naik satu kot. Entah.

Masa kursus pon aku tak dapat focus sangat. Otak asyik fikir kertas kerja yang kena repair. Nak start macam mana? Aku belum tahu. Jadi kena datang opis awal.

Bye.

Monday, June 15, 2009

Ku seru jiwaaaaa!!!

Semalam pagi-pagi singgah rumah rakan. Cari dia. Semangat. Tak jumpa juga semangat di rumah rakan.

Bayar parking. Sedikit sudah. Bukan mahu lama-lama di opis pun. Petang nanti nak pergi mana ya.

Kerja sudah siap pun. Tunggu bos approved. Cuba main-main nombor. Model matematik. Eh, lupa? Tak, bukan lupa, kau tak fokus Am.

*

Kenapa kawan? Oh ada masalah ya? Mari sini ku tolong kau. Begini begini dan begini. Oh begitu sahaja. Oh ringkasnya. Thanks tau Am. Thanks sangat. Ah tak apalah. Tiada apa. Ye la ganggu kerja kau. Tak apa, aku stucked. Tiada. Tiada semangat.

*

Binatang! Iya. Binatang-binatang, pepohon semua, roh-roh, jiwa-jiwa, aku pohon kamu semua! Berikan aku pendorong.. tuhan tolonglah.. biar aku di atas biasa..

Curahan rasa, tak mahu disimpan, luah semua, walau bertukar warna lautan, walau pahit rasa madu, biar hitam warna susu.. janji jalan kau tetap lurus.

Aku cuba tutup mata. Berjalan. Jangan tengok jam. Berjalan. Pastikan jalan kau sentiasa lurus tahu! Jiwa kau di depan sana, cepat lari ke sana!

Saturday, June 13, 2009

Apa selepas ini?

Dua minggu kebelakangan ini merupakan masa gembira lampau buat aku. Biasalah. Tiada masa gembira yang kekal setiap saat. Yang penting masa yang kita mahu gembira kita gembira, kita gembira. Syukur. Masa sedih harap diminimumkan.

Dua hari lepas merupakan hari sibuk pula. Iya lah. Kerana terlalu difokuskan pada satu poin maka poin yang lain akan terbias dari titik fokus. Walau poin masih ada di skrin pandangan tapi ia bukan di titik fokus. Perkara ini perlu tindakan susulan.

Kerja-kerja telah di submit kepada bos-bos besar untuk disemak. Semoga kertas persembahan dapat dinaiktaraf ke tahap jurnal.

*

Ronaldo botak dan gemuk (tebal?) masih boleh perform dalam dunianya.

-PIC REMOVED-

Ronaldo 'tebal' (perasan) membayangkan kehidupan di masa mendatang sambil mencapture gambar sendiri menggunakan webcam murahan.

Performance sabtu lepas memberikan aku perasaan seakan beliau. Ibarat membawa bebanan besar berlari di padang. Apa pun Korea United telah berjaya kami tewaskan enam gol berbalas satu. Dan Sang Gemuk antara penjaringnya.

*

Ahad adalah hari rehat. Rehat dari kerja tangan dan kerja kaki. Otak mungkin tidak. Otak asyik fikir model matematik untuk jurnal nombor dua kalau diperkenankan tuhan. Otak juga fikir pasal visa isteri. Duit untuk visa, insuran kesihatan, kos penerbangan, penginapan, kenderaan dan semua sekali keperluan perlindungan serta keterusan hidup di persekitaran asing.

Semoga tuhan sayang kami, keluarga kami dan guru-guru kami. Permudahkan urusan kami Ya Tuhan..

Tuesday, June 9, 2009

Gemuk dan tidak cergas..

-PIC REMOVED-

pagi sarapan.

pukul 10 minum-minum.

tengahari lunch.

pukul 3 minum-minum.

pukul 5 minum petang-petang.

pukul 7 dinner.

pukul 10 supper.

*

tak makan moncong pulak.. aduh.. kalau-kalau nanti aku jadi gemuk...

Friday, June 5, 2009

Bicara kami

Kawanku: Aku bukan ape. Susah nak pilih pasangan sekarang ni. Tu yang menten single je skang ni.

Isteriku: Alah. Kau tu yang memilih sangat kot.

Kawanku: Bukan ape, si dia tu, dok KL. Jauh tu. Susah nanti berebut nak balik raye.

Isteriku: Ish. Jangan cakap tak nak itu tak nak ini. Kata orang, yang kita tak nak sangat tu la yang dapat nanti.

Aku: Haah. Tengok macam dia ni. *tunjuk isteri. Dulu iye-iye sangat tak nak laki hensem. Skang dah dapat. *muka serius

Isteriku & kawanku: eeeeuuuwww! * serentak pulak tu