Tuesday, June 30, 2009

Kisah penyembahan si capik

Makanan, simpan lama-lama sangat nanti basi. Beracun. Roti yang aku makan pun aku tak perasan dah luput tarikh ke tak. Kadang-kadang kalau terlepas dua hari pon aku bedal, dengan teori sendiri: kuman tidak aktif di musim sejuk dan persekitaran berkelembapan rendah. Suka hati aku je.

*

Burp! Alhamdulillah. Pagi ni aku makan nasi lauk ayam masak kicap dan sayur campur. Kira menu rare jugaklah di pagi hari kalau masak sendiri.

*

Aku dah nak pegi opis dah sebenarnya ni tapi saja chill-chill layan Nescafe panas dulu depan laptop. Pemakaian hari ini aku klasifikasikan sebagai sangat kemas memandangkan ada persembahan projek menjelang tengahari nanti.

Harap-harap penyelidik semua tidak suka main tembak-tembak. Aku tidak suka membuat persembahan dengan muka merah.

Persiapan sudah hampir seratus peratus. Jadi tiada masalah sangatlah. InsyaAllah.

*

Racun kalau selepas tarikh tamatnya, masih boleh pakaikah? Masih racun atau lebih beracun? Bukan lebih baguskah kalau lebih beracun? Tak lah tikus-tikus ni berak merata-rata! (Jadi kenapa racun mesti ada tarikh luput?)

Ini bukan membawa maksud umah aku kotor atau tidak kemas. Rumah sebelah mungkin lah. Hahaha.. ampun Aunty. (takpe aunty bukan nye tau bahasa melayu pon) ;D

*

Lutut kanan aku ‘twisted’ inside-out, jumaat lepas buat pertama kali dalam kancah bolasepak. Aku namakan fenomena itu “twisties”. Yeay! *tetap happy walau sakit

12 comments:

lili11 said...

Kalu sehari dua expire, haku bantai jer ... Bismillah .. then ngap!! Hiks!

Inah said...

isk isk..simpan roti dlm peti sejuk am..boleh tahan sebulan

**

racun boleh je guna lepas expiry date

**

good luck for ur presentation

**

nasi lauk ayam kicap and sayur x leh lawan nasi ngan sambal ikan bilis and ayam panggang..hohohoh :P

cikgu_math said...

bantai jer Am..

Ooo... CM breakfast dengan 'nasi berlauk'...

♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ said...

hohooo....lama suda tak bersukan~

laki cikgu kimia said...

lili, ha ah kan. xkan nak membasir. ihihi

inah, kena tembak jugak sudahnya.. tapi kira oke lah..

CM, maak eh.. terliur sudah..

sk8gurl, iye? nampak menten je. apa rahsie anda? hoho

yginsaf4 said...

twisties lutut ghitewww.. ehehe

Nadia Yuna said...

twisties?

nak. pegi. beli. kejap. ah

hancur lagi diet

FdausAmad said...

Gua nak ajak datang mkn kenduri kat blog gua.Ikut baca doa skali pun takpa.

laki cikgu kimia said...

en me, perase cheese.. have a try!

nadia, ketepikan diet2 nih. happiness is prior. :P

pidoih, ah gua dah tambah nasik siap pon.

SyAhiRah LaLAla said...

get well soon utk lutut twisties tu. btw,,tikus mmg annoying. tsk tsk.

laki cikgu kimia said...

mari membasmi tikus! Roarrr!!

Sir_Vee said...

Tapi sebenarnya bakteria mungkin akan dapat hidup dalam kelembapan..Contohnya roti yang orang biasa guna untuk buat sandwich tuu..