Friday, June 19, 2009

Anakku.. nanti.

E-a, lima tahun, adalah seorang anak gadis yang tabah. Aku selaku ayahnya selalu sibuk, begitu juga dengan umminya.

“Abi, esok boleh tak Abi tolong hantarkan E-a pergi sekolah?” tanya E-a padaku. “Ummi tak boleh hantarkan ke?”. “Ummi pon hantarkan sekali la..” balas E-a mendatar.

Keesokan harinya. “Abi, kita naik kereta Ummi hari ni boleh?” “Ha? Oo oke..” Eh budak ni, kenape pulak ni.. Hantar budak-budak ke sekolah. Nasihat sikit sebanyak. Salam. Cium pipi.

*

Balik rumah. Sambil mengeluarkan kereta masing-masing, “Macam ade special event je kat sekolah tu”, kataku sambil menekan suis bumbung kereta. Ade juga orang tanya, kenapa aku suka tak berbumbung. Entahlah. Perasan macamlah duduk di oversea lagi.

“Eh, Abi tak tahu ke E-a ada pertandingan syarahan dalam Bahasa Inggeris hari ni? Peringkat kebangsaan dah pon..” “Haaa?” “Ha itulah Abi, kan ayang dah cakap, kerja tu kerja juga, tapi layan dan manja-manja la dengan anak-anak jugak.. bla bla bla pom pang pom pang…”. Aku dah tak dengar apa dah.. Kasihan anak-anak aku.

Tak mahu naik kereta ayah kerana segan dengan guru dan rakan-rakan sekolah, katanya pada Ummi. Tak mahu kelihatan mewah sangat. Oh humble sungguh anakku ini.

Lagi dua minggu Majlis Hari Lahir E-a atau Saffira, anak sulungku. Sehari kemudian, adiknya pula. Iya lah. Kembar kan. Seorang lahir jam 2359 lagi seorang 0001. Rezeki kami.

Aku mahu belikan Autonomos Robot untuk E-e kerana dia sukakan teknologi. Anak ayah. Bolehlah diprogramkan robot itu sesuka hatinya. Software Matlab 65e itu sudah seperti tiada apa baginya. Cepat sungguh dia belajar.

Tapi E-a, apa yang patut aku belikan untuknya. “E-a, what do want for your birthday present? You can start make a wish list now”. Kataku sambil membelek permata nilam yang dihulurkan Cikgu Kimia. Suka benar dia ke kedai ini. Heh. Siapa tak sayang bini oiii..

“E-a nak macam ni la”. Jawab E-a. “E-a nak ke pakai macam Ummi tu ke?”, sambil tunjuk kat Cikgu Kimia yang tengah busy try sana-sini. “Eh taklah, E-a nak jalan-jalan ngan Abi macam ni je.. selalu.” Oh anak aku yang ini rupanya pandai psiko juga, like father like daughter.

Aku, “Aaa.. ye lah. Ummi jadi ke nak yang ni?” Ubah tajuk. “Tak nak lah Abi, mahal lah”. Nasib baiklah isteri aku ni suka Window Shopping je.

E-a terseyum puas dapat menyampaikan maksud tersirat. Comel anakku, macam mak dia jugak, bisik hatiku. Dululah. Masa muda-muda. haha

*

*

DAH LA AM, BERANGAN BETOL. TAU LAH HARI SABTU NI KAU TAK BIZI. BERANGAN SAMPAI MANA DAH NIH.

Heh! Kisah di atas bukan kisah benar. Tapi kalau tuhan nak bagi, aku terima. Cuma aku nak lebih bijak membahagi masa antara kerja, isteri, anak, dunia dan akhirat.

Sampai ketemu.


*sebenarnya Cikgu Kimia akan menten comel sampai tua

13 comments:

CJ said...

ahahaha.. sungguh jauh ko berangan yek. tp mmg betul le, jgn sampai sbb keje, ank isteri dunia akhirat tunggang langgang. huhu

soffea said...

salam~
thanks sudi singgah kat blog.

itu adelah mission saye yg memakse adek utk menunaikan hajat saye..

hehehe =)

pink_butterfly said...

hehe....

dah stat berangan nk ada anak ke? haa, bgus ler tu...ble bsdia kalau2 ada any great news from now=p

cm said...

bakal menjadi kenyataan 10 tahun akan datang...
dah ada berita gembira ke am?

nkecik said...

adeih aku igt ko tulis cerpen ape ni am.

amin... :)

Amin Ahmad said...

nota pada tanda * tu macam takut kena tidur luar je? haha

the unknown said...

heh suh die guna mathlab tuk simulate satellite communication la. that should keep her busy. lol

SyAhiRah LaLAla said...

yuhuu. jauh melayang nampak. ehem :D

neldras said...

amboih nama.... tak sabar dah nampak.....

.: Sugar-cRave :. said...

berangan itu indah...hiksss...
mcm bestt jek kan...hehe...;p

laki cikgu kimia said...

cj, kasih sayang no satu kan.

soffea, misi yg bagus banget! haha

rerame, haa.. bersedia.. go!

CM, brite gembire dah banyak cikgu, tp yang itu...

n, skali skali laa..

amin, ko mcm sangat paham hahah

the unknown, nnt la masa enam tahun laa

syahirah, floating ni ha.. nampak? tadaa!

buje, x sabar? emm agak ar.. huhuhu

sk8gurl, aiyark! aku br tahu kamu setempat dengan jatbee n sarah.. hihi dunia dunia

Anonymous said...

salam che am itteww.. ada.. ada oghang yg tak sayang bini weiii.. ekeke

laki cikgu kimia said...

eh? ade en me ye? sungguh dia itu orang yg rugi...