Decision. Gua kena decide sekarang.
Nak pakai sekeping atau dua keping Copper gasket ni? Kalau pakai dua, takut gap besar sangat explosion tak cantik. Kalau rapat sangat kang, takut valve knocking dengan piston pulak. Even gua dah machine kepala piston korek lubang kicap.
Cis dalam mimpi pon gua boleh kompius! Siap ada tiga episode lagi mimpi semalam nih.
Apahal la pagi-pagi Isnin dah spoiled mood gua. Tuna sandwich direct dari tin pon rasa nangka.
What a good start!
Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 29, 2010
Safari belakang rumah..
Matematik itu nampaknya macam betul. Macam. Betul-betul macam betul.
Setahun lebih kurang baru boleh dengan hanya ada simbol dan beberapa ketul nombor. Baru dekat tiga muka.
Jadi bila keluar satu turutan symbol-simbol yang tidak bisa lagi di integrate, tengok dari arah mana-mana juga serupa, terbalik telangkup juga sama, maka gua jadi sedikit pusing.
Buat gua bangun pagi mahu cepat mula kerja. Hari-hari. Sabtu Ahad langgar semua.
Itu sebab kenapa belakang rumah penuh flora fauna. Tunggu kangaroo sesat masuk jerat, baru potong gua niat.

Wednesday, May 26, 2010
Gua sudah pandai..
Gua sudah pandai buat kepala teleng mata tengok atas sambil merenung masa depan.
Gua sudah pandai berbicara dengan diri sendiri, menggumat-gamit bibir umpama mengajuk kata-kata hati dan fikiran.
Gua sudah pandai lupa berapa pinggan gua dah makan.
Gua sudah pandai buat-buat tak perasan bila tengok cermin.
Gua sudah pandai senyum sahaja tanpa peduli ejekan rakan akan perut gua yang memaju.
Memang gua sudah pandai dalam banyak perkara.
Selingan: Apakah pekerjaan yang paling popular dikalangan ibu mengandung?
Ans: dalam ruangan komen. jangan tengok dulu!

Saturday, May 22, 2010
Macam tipikal ibu mengandung, gua juga mengidam.
Sejuk ati gua tengok bini gua asyik baca al-quran. Dengar mp3 pon al-quran. Semoga anak gua jadi orang baik-baik.
Keadaan anak gua adalah sangat memberangsangkan. Tumbesaran juga pesat. Last sekali gua check tinggi beliau dah 3.96cm. :P
Masa ultrasound tu nampak dah kaki tangan dia. Tak silap gua hidung dah iras-iras gua dah.
Tangan dan kaki menggapai-gapai. Nampak sangat nanti besar jadi aktif macam daddy. Hoyeah!
Gua rasa nak makan char kuey teow kaw punya! (Bila la bapak mertua nak sampai nih.. huhuu)
Friday, May 14, 2010
Comel kan?
Setiap kali balik makan tengahari. Gua layan budak ni main sebelum afternoon nap beliau.
Adik kalah. Abang Am menang. Tak kena tak kena!
Monday, May 10, 2010
Begini rupanya gembira..
Hari ini gua sangat letih.
Pagi kejar-kejar pergi opis. Check kerja. Progress dari idea semalam oke tak. Oke. Pergi workshop, set up kerja, kasik jalan. Semua jalan. Cantik.
Petang datang. Tengok progress dari idea semalam yang tadi pagi nampak macam oke. Rupanya tak oke. Pergi workshop tengok perjalanan kerja kurang cantik. Masih running. Tapi terlalu perlahan. Tidak siap.
Macam ini punya ending, kalau hari-hari biasa, memang gua hangin satu badan.
Tapi petang tadi, balik opis, gua tetap happy. Tak stress pon. Tak payah ikut cakap doktor duduk meditasi dalam gelap. Tetap happy.
Sebab hari ini dapat kasik Cikgu Kimia makan Yong Tau Foo. Di sini sangat rare. Semalam pergi restoran Cina pon masih tak dapat.
Tapi hari ini dah dapat. Sangat happy.

Wednesday, May 5, 2010
Sang Tenang
“Boilermaster masuk, Boilermaster!” “Masuk masuk”. Sebahagian roger-roger antara maincon dengan gua sebagai subcon dengan walkie-talkie. (2006)
Terlintas adegan tersebut di batu jemala gua tadi pagi. Automatik sebab terhidu bau gas bocor. “Ini macam N2 gas je”, bisik hati gua. Awal pagi sebelum opis hour, masa gua baru sampai n parking kereta.
*
Azam baru gua tadi pagi lepas acara pecah kepala lewat petang semalam. “Kerja lek-lek sudehhh. Jangan sampai stress sangat”. Itu nasihat GP gua. Atau duduk dalam bilik gelap, meditasi; tarik napas dalam-dalam lepas pelan-pelan sambil bersila tutup mata. Jangan fikir apa-apa, sebut ‘relax’ ikut deru nafas.
Tipu gila lah kalau gua tak pikir apa-apa kan.. dalam mimpi pon gua pergi opis buat kerja. Siap pakai boxer. Macam-macam.
*
Jam sepuluh pagi kurang lebih, gua jumpa bos. Sakit kepala gua. Gua ingat mau release sikit. Pergi city, jalan-jalan. Pergi ambil kereta, pak guard tahan pulak ada kes sikit area sana. Betul telahan gua. Ada gas bocor di department berdekatan.
Gua ambil keputusan menahan bas ketiga yang melintas depan gua. Lalu ikut O-bahn terus berhenti depan RAH. O-Bahn adalah sistem track macam orang dok main kereta Tamiya tu, tapi atas James Street as gua check nama jalan tu tadi. Manakala RAH adalah nama hospital yang menghadiahkan gua sepasang tongkat dua tahun lepas.
*
Memakai baju panas dengan hood di kepala tidak menunjukkan gua adalah seorang cool kerana pada masa ini gua sering menekan ‘Next’ apabila lagu-lagu bising dimainkan di handset N73 percuma gua ini. Tidak layan lagu bising adalah tidak cool.
Gua juga menekan ‘Next’ apabila lagu-lagu berlirik ‘menyerah’ diputarkan. Sedang gua mencari-cari ketenangan dan kekuatan, mana mungkin ada kata-kata ‘And I give up forever.. (Iris)’, ‘You re already lost.. (Dusk and Summer)’ dan sebagainya. Gua juga membuat kesimpulan bahawa lagu-lagu bermusim gua banyak melibatkan cerita di musim panas.
Sedangkan sekarang musim sejuk. Tapi gua tak layan lah lagu ‘winter Sonata’. Tolong sikit...
*
Gua mungkin dapat mengesampingkan stress yang ada dengan menaiki Glider memusing-musing di udara atau juga gua perlu melakukan Bungee Jumping. Mungkin juga bermain payung terjun.
Biar kebah sikit mental gua ini.

Monday, May 3, 2010
Cermin tingkap belakang tiga puluh lima dollah!
Macam biasa hari minggu hari bersama keluarga. Macam biasa juga pergi beach pakai sunnies dengan seluar steng. Warna bunga-bunga tidak wajib apatah lagi buat warga gangsa.
Dari pagi bergembira bersama keluarga huha-huha di tepian pantai. Warga boyot lelaki dan perempuan turut serta. Isteri terus rancak bergelak tawa bergurau senda bersama rakan bukan sebaya. Bukan golongan ibu-ibu. Anak-anak gadis. Biarkan dia merasa umur seperti adanya dia. Berbaju merah baru dibeli di pasaraya berdekatan dihari sebelum.
Petang, berduyun berarak mereka kekawanan baru ke Nandos berdekatan. Berkenalan, bertukar nombor dan enak berceritera kelihatan semua.
Malam, singgah di pejabat terdetik di minda. Pulang tersekat kunci kereta tertinggal di dalam. Sang pengawal berdua menjadi saksi pemecahan tingkap penyelesai masalah.
Langsung hari ini hari cuti membaiki kereta..
Pengumuman: Wreckers di Lonsdale sudah ditutup dan bakal dibuka semula menjelang Jun di area berdekatan tempat asal.

Subscribe to:
Posts (Atom)