“Boilermaster masuk, Boilermaster!” “Masuk masuk”. Sebahagian roger-roger antara maincon dengan gua sebagai subcon dengan walkie-talkie. (2006)
Terlintas adegan tersebut di batu jemala gua tadi pagi. Automatik sebab terhidu bau gas bocor. “Ini macam N2 gas je”, bisik hati gua. Awal pagi sebelum opis hour, masa gua baru sampai n parking kereta.
*
Azam baru gua tadi pagi lepas acara pecah kepala lewat petang semalam. “Kerja lek-lek sudehhh. Jangan sampai stress sangat”. Itu nasihat GP gua. Atau duduk dalam bilik gelap, meditasi; tarik napas dalam-dalam lepas pelan-pelan sambil bersila tutup mata. Jangan fikir apa-apa, sebut ‘relax’ ikut deru nafas.
Tipu gila lah kalau gua tak pikir apa-apa kan.. dalam mimpi pon gua pergi opis buat kerja. Siap pakai boxer. Macam-macam.
*
Jam sepuluh pagi kurang lebih, gua jumpa bos. Sakit kepala gua. Gua ingat mau release sikit. Pergi city, jalan-jalan. Pergi ambil kereta, pak guard tahan pulak ada kes sikit area sana. Betul telahan gua. Ada gas bocor di department berdekatan.
Gua ambil keputusan menahan bas ketiga yang melintas depan gua. Lalu ikut O-bahn terus berhenti depan RAH. O-Bahn adalah sistem track macam orang dok main kereta Tamiya tu, tapi atas James Street as gua check nama jalan tu tadi. Manakala RAH adalah nama hospital yang menghadiahkan gua sepasang tongkat dua tahun lepas.
*
Memakai baju panas dengan hood di kepala tidak menunjukkan gua adalah seorang cool kerana pada masa ini gua sering menekan ‘Next’ apabila lagu-lagu bising dimainkan di handset N73 percuma gua ini. Tidak layan lagu bising adalah tidak cool.
Gua juga menekan ‘Next’ apabila lagu-lagu berlirik ‘menyerah’ diputarkan. Sedang gua mencari-cari ketenangan dan kekuatan, mana mungkin ada kata-kata ‘And I give up forever.. (Iris)’, ‘You re already lost.. (Dusk and Summer)’ dan sebagainya. Gua juga membuat kesimpulan bahawa lagu-lagu bermusim gua banyak melibatkan cerita di musim panas.
Sedangkan sekarang musim sejuk. Tapi gua tak layan lah lagu ‘winter Sonata’. Tolong sikit...
*
Gua mungkin dapat mengesampingkan stress yang ada dengan menaiki Glider memusing-musing di udara atau juga gua perlu melakukan Bungee Jumping. Mungkin juga bermain payung terjun.
Biar kebah sikit mental gua ini.
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
macam ada komplikasi juga hendak memujuk sang tenang ni ye...
oi, hadiah tongkat tp kne bayar minggu2
pi la nz :)
You Are Not Alone - Micheal Jackson
drsam, sukar jugalah encik.. :(
esan, ye tak ye jugak. lupa.
inah, biziness totalfulliness..
matadore, no MU please. :P
Post a Comment