Monday, May 3, 2010

Cermin tingkap belakang tiga puluh lima dollah!

Macam biasa hari minggu hari bersama keluarga. Macam biasa juga pergi beach pakai sunnies dengan seluar steng. Warna bunga-bunga tidak wajib apatah lagi buat warga gangsa.

Dari pagi bergembira bersama keluarga huha-huha di tepian pantai. Warga boyot lelaki dan perempuan turut serta. Isteri terus rancak bergelak tawa bergurau senda bersama rakan bukan sebaya. Bukan golongan ibu-ibu. Anak-anak gadis. Biarkan dia merasa umur seperti adanya dia. Berbaju merah baru dibeli di pasaraya berdekatan dihari sebelum.

Petang, berduyun berarak mereka kekawanan baru ke Nandos berdekatan. Berkenalan, bertukar nombor dan enak berceritera kelihatan semua.

Malam, singgah di pejabat terdetik di minda. Pulang tersekat kunci kereta tertinggal di dalam. Sang pengawal berdua menjadi saksi pemecahan tingkap penyelesai masalah.

Langsung hari ini hari cuti membaiki kereta..





Pengumuman: Wreckers di Lonsdale sudah ditutup dan bakal dibuka semula menjelang Jun di area berdekatan tempat asal.

5 comments:

morsmode said...

kalau pakai lori nak pecahkan ikut mana ya?

ihsan_huhu said...

oi apsal xmenggunakan skill2 membukak pintu? kete2 antik nih besenye senang je

Cikgu Zam said...

salam
dulu kerap jug saya ke pantai sbb tempat kerja dekat ngan pantai tapi sekarang sudah berjauhan,,,, huuhu

Anonymous said...

kat u tube ade video bukak pintu kete!!!

laki cikgu kimia said...

matadore, kalau pakai lori tak payah kunci.

esan, kete gua tak antik kot..

cikguzam, pantai kadang2 menenangkan..

reiko, trick pancing tak dpt di aplikasikan dalam suasana sejuk dengan isteri mengandung yang tak tahan sejuk di sebelah. :P