Wednesday, March 31, 2010

Bingkisan Hati

Apa khabar dunia? Diharap semua baik-baik hendaknya.

Ada pun kehadiran warkah ini harapnya tidaklah mengganggu keharmonian dan kebahagian semua.

Utusan dari jauh ini sebenarnya membawa khabar gembira yang agak pahit sebenarnya. Ingatkah semua yang mana sejak beberapa belas tahun dahulu, diri ini sering gering? Pasti semua pun tidak pasti. Tak mengapalah. Memang diri ini memang bukan siapa-siapa. Mengapa perlu berheboh-heboh bak ayam di kampong bertelur sebiji bukan?

Diri ini juga sebenarnya agak sangsi dengan apa yang telah berlaku kebelakangan ini. Ini ujian besar dari tuhan. Mengingatkan diri ini jangan selalu lalai.

Medikasi yang diberi juga agak pelik. Mengapa sampai perlu dihentikan tabiat memakan anggur? Itukan memang buah-buahan kegemaran? Macam-macamlah jenis ubat sekarang ini.

Jika tahap sihat manusia perlu nombor lima perpuluhan lima dan ke bawah, sedang diri ini sampai lapan perpuluhan empat? Sangat tidak sihat bunyinya. Sudah bertahun menanggungnya.

Stress itu bila kita 'gugel'. Macam-macam maksudnya. Tapi maksud kali ini bukanlah ‘tegasan’ yang memberi maksud ‘daya per luas permukaan’ dan bersimbol pelik itu. Lain. Tak sama langsung.

Kata doktor perlu duduk bersila dalam bilik gelap yang senyap dengan mata tertutup, sebut ‘relax’ di dalam kepala sambil bernafas dengan tenang. Gamat sekali. Tidak enak. Lebih suka kalau pergi keluar, main bola. Senang.

Apa pun diharap kalian tidak gusar atau bimbang. Kerana ini bukanlah sejenis penyakit. Ini sebagai suatu peringatan awal. Perlu jagaan. Sampai satu masa, kalau teruk sangat ‘nombor’ itu meningkat, boleh menjurus kepada penyakit tiga serangkai.

Kalian semua juga harus jaga kesihatan. Kawal keterlaluan stress. Kawal gizi pemakanan. Kawal keseimbangan berat badan.

Kawal nafsu.



Sampai ketemu.

Wednesday, March 24, 2010

Sedikit sangsi

Dulu dia berasa bangga bilamana sang doctor di johor memujinya. Kagum sang doctor dengan degupan jantungnya. Sihat unggul seperti dalam buku. Bukan masalah apa, otot antara tulang dadanya yang sedikit cedera disiku pemain di stadium tempatan.

Dulu juga dia malu-malu gembira bilamana sang doctor di Ipoh bertanya samada dia itu seorang atlit. Kata sang doctor kesihatan beliau sangat cemerlang. Paru-paru jantung hati segala.

(Beberapa tahun kemudian)

Semalam dia berjumpa GP (General Practitioner) atau juga, tuan doctor kalau namanya di Malaysia. Kata beliau, dia ini perlu di check secara lebih detail untuk analisa lanjutan. Dicukur terus kepalanya botak licin.

Tadi setengah jam tadi dia perlu di scan otaknya. Takut ada apa-apa luar biasa. Result esok baru tahu.

Esok pagi juga ada ujian darah. Tiga jenis ujian yang namanya semua tulisan-tulisan code huruf nombor yang belum pernah dia jumpa.

*

*

Kata kawan Singapore, ada orang dapat bercuti enam bulan MC, bilamana disahkan penyakit bersimptom seperti gua ini.

Semoga gua terus sihat hensem macam biasa..

Thursday, March 18, 2010

Pelik

Ada seorang student mahu internship ke kompeni gua. Resume turut beliau forwardkan kepada gua.

Mata gua tertancap pada perkara-perkara ini.

• Won first prize in dance and drama event in Mood Indigo 08, IIT Bombay December 2008
• Won first prize in Spectrum 08 (group dance event), IIT Delhi September 2008
• Won first prize in group dance as well as street dance in Antaragni’08,IIT Kanpur October 2008

Adakah perlu gua membuat apa-apa pertimbangan?

Untuk pengetahuan saudara/i. Kompeni ini adalah berasaskan kejuruteraan dan gua ini juga bukan siapa-siapa. Sekian.

Wednesday, March 17, 2010

Sedikit tenang.. kah?

Gua rasa limit kepala hotak geliga boleh bikin batu cincin gua ini adalah pada paras penggunaan empat computer pantas hebat sahaja. Lebih dari itu gua dah tak boleh kacip (‘catch up’ dalam bahasa geng skate gua dahulu kala).

Tak menang tangan gua. Mana nak pegang tikus la, papan kekunci lagi, mechanical pencil Zebra Grafix peneman conteng-conteng gua, buku kira-kira belang-belang biru hitam 96 pages la, scientific calculator sepuluh tahun bersama lagi.. Boleh lemas di udara gua jadinya.

Hands on job yang gua nantikan dari Isnin lepas masih belum boleh gua langsaikan. Sensor gila masih menunjukkan suhu -62C yang mana sepatutnya -15C. Mekanikal juga berkait rapat dengan Elektrikal. Minta long dia orang lah

Tambah tolak darab bahagi.

*
*


Duduk layan lagu goyang kepala kiri kanan boleh kasi release sikit.


Kalau memang ada seorang gadis yang boleh gua seru dengan panggilan nama manjanya Ansys binti CFD, lagu ini gua tujukan khas padanya.

Saturday, March 13, 2010

Disebalik bisnes kad seorang jurutera

Kompeni besar dalam negara juruteranya ramai yang pandai bercerita berbanding bekerja. Kalau mekanikal biasa sembang boleh bikin satu mesin baru kasi engkau. Harga boleh runding. Tapi minta spanar lu kasi playar gua memang agak kecewa.
*
Jurutera berjiwa rakyat dinasihat jangan terlalu rapat dengan anak buah takut nanti pijak kepala.
*
Empat hari menjadi jurutera kau jangan ingat plant manager nak hormat kau sangat. “Ini f**cking report apa ko bagi aku ni?” Boleh tahan merah muka jurutera muda berbaju coverall putih ada nama tulis kat dada itu.
*
“Ini je kompeni ko hantar kat aku? Engineer je?” Pon jurutera sebagai wakil kompeni yang kena. Mana nak terjaga anak buah layan ganja sebelum masuk kerja pulak. Safety Manager kawasan minyak Terengganu tuding jari kat kepala. Maruah jangan cerita. Bawah paras buku lali dalam Red Wing kita.
*
Dengar-dengar bos engkau itu ada haji pangkal nama. Kenapa cuba rasuah belas-belas ribu? Sikit. Agak-agak berapa baru gua nak terima?
*
Budak-budak kau sangkut roadblock ramai-ramai nak pergi kerja. Kau kena settlekan nak macam mana? Driver kau usik-usik kaki kau bawah meja isyarat geseran ibu jari dengan jari telunjuk. Berapa banyak baru boleh? Lima puluh lah sebab gua Melayu katanya.
*
Lima puluh pulak jadi isu. Pengurus dari negara jiran kata “Twenty ringgit can do maa..”. Masa itu kita tahu pihak berwajib kita berapa harga.
*
Kalau nak gaji banyak cuba kerja kompeni antarabangsa bukan ori english speaker punya. Tapi kerja kau kena cepat. Telinga kena built in ear plug. Biasa sepuluh dia cakap, lapan bahasa carut.
*
Main Contractor bising cari engkau tak jumpa, roger bos kau kompelin siap. Sedang kau hitam taik idung merangkak dalam boiler modify water tube. Dia kira apa.
*
*
Bersedialah anak-anak. Itu semua pengalaman kecil seorang jurutera muda-muda dulu. Bukan semua orang kena. Tapi semua itu berbayar. Wang ringgit juga ilmu. Cuma sedikit sabar diperlukan.

Selamat berjaya pak cik ucapkan.

Thursday, March 11, 2010

Buat rakan-rakan se-SPM

Se-SPM. Macamlah gua ni baru ambil result jugak bunyinya. Haha. Tak. Gua sudah tua.

Kepada yang berjaya, tahniah pakcik ucapkan. Jangan alpa juga. Jatuh dari tempat yang tinggi lebih sakit. Faham-fahamkan ayat gua ini.

Yang kurang berjaya, jangan anggap dunia sudah kelam. Anda belum berjaya. Pasti ada kejayaan untuk anda. Yang penting usaha gigih seiring doa. Gua pernah dengar yang dulu pangkat tiga SPM pon masih cintakan ilmu. Yang ambil PhD pon ada. Yang SAP pon ada yang jadi hartawan. Rezeki ada di mana-mana.

Bagi yang belum menduduki SPM. Gua sarankan menelaah bersungguh-sungguh. Applykan dalam kehidupan, pelajaran lebih bermakna. Ia satu sijil kritikal sebelum alam dewasa. Pekerjaan dan/atau pengajian tinggi.

Sampai tua pon masih cerita pasal SPM kita. Nasib baik SPM gua ala-ala saja. Takut riak pulak :P

Thursday, March 4, 2010

Sedikit

Sudah hampir empat belas juta ratus saat gua tidak menghapdet blog ini. Bizi kata sebelah jahat diri gua. Sebelah baik pula jawab fokus pada kerja. Macam-macam.

Sempena hari penghulu yang mulia ini, gua ingin berkongsi beberapa jenis perbuatan yang pada mata gua sangat penting untuk kita pertitik beratkan.

Pertama, wuduk. Basuh tangan tu biarlah sampai air kena di bahagian atas siku sekurang-kurangnya. Kaki pula biar sampai atas buku lali. Celahan jari wajib dibasahi.

Kedua, jika terdengar sesiapa menyebut Rasulullah atau Nabi Muhammad S.A.W, sahutlah dengan sebutan ’Sallallahu alaihi wasallam’.

Ketiga, belajar semula jenis-jenis air dan jenis najis. Sampai sekurang-kurangnya dapat membezakan air mutlak dengan musta’mal.

Itu sahaja pengongsian buat hari ini. Perkara ini jarang terperasan oleh kita sehari-hari. Mari kita mengubahnya segera.

Salam.