Wednesday, March 31, 2010

Bingkisan Hati

Apa khabar dunia? Diharap semua baik-baik hendaknya.

Ada pun kehadiran warkah ini harapnya tidaklah mengganggu keharmonian dan kebahagian semua.

Utusan dari jauh ini sebenarnya membawa khabar gembira yang agak pahit sebenarnya. Ingatkah semua yang mana sejak beberapa belas tahun dahulu, diri ini sering gering? Pasti semua pun tidak pasti. Tak mengapalah. Memang diri ini memang bukan siapa-siapa. Mengapa perlu berheboh-heboh bak ayam di kampong bertelur sebiji bukan?

Diri ini juga sebenarnya agak sangsi dengan apa yang telah berlaku kebelakangan ini. Ini ujian besar dari tuhan. Mengingatkan diri ini jangan selalu lalai.

Medikasi yang diberi juga agak pelik. Mengapa sampai perlu dihentikan tabiat memakan anggur? Itukan memang buah-buahan kegemaran? Macam-macamlah jenis ubat sekarang ini.

Jika tahap sihat manusia perlu nombor lima perpuluhan lima dan ke bawah, sedang diri ini sampai lapan perpuluhan empat? Sangat tidak sihat bunyinya. Sudah bertahun menanggungnya.

Stress itu bila kita 'gugel'. Macam-macam maksudnya. Tapi maksud kali ini bukanlah ‘tegasan’ yang memberi maksud ‘daya per luas permukaan’ dan bersimbol pelik itu. Lain. Tak sama langsung.

Kata doktor perlu duduk bersila dalam bilik gelap yang senyap dengan mata tertutup, sebut ‘relax’ di dalam kepala sambil bernafas dengan tenang. Gamat sekali. Tidak enak. Lebih suka kalau pergi keluar, main bola. Senang.

Apa pun diharap kalian tidak gusar atau bimbang. Kerana ini bukanlah sejenis penyakit. Ini sebagai suatu peringatan awal. Perlu jagaan. Sampai satu masa, kalau teruk sangat ‘nombor’ itu meningkat, boleh menjurus kepada penyakit tiga serangkai.

Kalian semua juga harus jaga kesihatan. Kawal keterlaluan stress. Kawal gizi pemakanan. Kawal keseimbangan berat badan.

Kawal nafsu.



Sampai ketemu.

8 comments:

p i j a h said...

rehat byk2..

org da tukar link. sori nyusahkan ekh. !~ lalala

nazrinzaidi said...

pulih segera!!!

Maryam said...

pak ngah am,
taktau nak kata la..
*blur*

tapi tiga serangkai tu, memang bahaya. jaga diet baik-baik ye... cikgu kimia banyak tolong, kan?

morsmode said...

stress itu tidak seronok.
kerana ia mengaktifkan sel sel kanser.

bbzzztt

lav said...

ony dah lama tak dtg ziarah mr general. bila sekali masuk nengok n3 camni pulak. aiii..

KAWAL la diri tu.
RELEX n REST selalu.
time SUJUD lama la sikit.

mak cakap ni penyakit bigshoot.. kan?

take care mr General.

ihsan_huhu said...

apekebende 5.5 normal nih? aku mcm xfamiliar je

laki cikgu kimia said...

pijah, gua ni asyik rehat dari dulu apa? hihih

nazrin, sedang.

maryam, seb bek la kan.

laki cikgu kimia said...

matadore, memang tak seronok bila overdose.

lav, entah ler. pe name? bigfoot? :P

esan, entah. ketinggian x? haha