Wednesday, March 24, 2010

Sedikit sangsi

Dulu dia berasa bangga bilamana sang doctor di johor memujinya. Kagum sang doctor dengan degupan jantungnya. Sihat unggul seperti dalam buku. Bukan masalah apa, otot antara tulang dadanya yang sedikit cedera disiku pemain di stadium tempatan.

Dulu juga dia malu-malu gembira bilamana sang doctor di Ipoh bertanya samada dia itu seorang atlit. Kata sang doctor kesihatan beliau sangat cemerlang. Paru-paru jantung hati segala.

(Beberapa tahun kemudian)

Semalam dia berjumpa GP (General Practitioner) atau juga, tuan doctor kalau namanya di Malaysia. Kata beliau, dia ini perlu di check secara lebih detail untuk analisa lanjutan. Dicukur terus kepalanya botak licin.

Tadi setengah jam tadi dia perlu di scan otaknya. Takut ada apa-apa luar biasa. Result esok baru tahu.

Esok pagi juga ada ujian darah. Tiga jenis ujian yang namanya semua tulisan-tulisan code huruf nombor yang belum pernah dia jumpa.

*

*

Kata kawan Singapore, ada orang dapat bercuti enam bulan MC, bilamana disahkan penyakit bersimptom seperti gua ini.

Semoga gua terus sihat hensem macam biasa..

13 comments:

mamai said...

harap tiada ada apa yang critcal

n@m@n said...

semoga 'dia' sihat aja..

kenapa?kerja kuat sangat ke?

Inah said...

ko sakit ape wey

cikgu_math said...

apa simpton tu.??
semoga tidak ada apa-apa!

matadore said...

jaga diri. jaga iman. cayok :)

ihsan_huhu said...

aiseh brader..

ps: nih cte psl sape? jiran ko nyer mertua nyer sedare seblah pompuan ke?

مريم أبو أحمد said...

harap sejahtera sentiasa.

Rembo said...

woi woi apa cerita ni weh?

xiiinam said...

Simptom apa tu......

Ainul Arina Madhiah said...

syafakallah. semoga semuanya sihat-sihat belaka. Insyallah kheir.

laki cikgu kimia said...

terima kasih atas perhatian. andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara..

nnt bila2 gua hurai sket peristiwa berdarah ini.

tq all.

FrH said...

oit. apa cite ..
speed recovery ok!
take care.

laki cikgu kimia said...

iye2. speed up nih ha.. :D