Thursday, March 4, 2010

Sedikit

Sudah hampir empat belas juta ratus saat gua tidak menghapdet blog ini. Bizi kata sebelah jahat diri gua. Sebelah baik pula jawab fokus pada kerja. Macam-macam.

Sempena hari penghulu yang mulia ini, gua ingin berkongsi beberapa jenis perbuatan yang pada mata gua sangat penting untuk kita pertitik beratkan.

Pertama, wuduk. Basuh tangan tu biarlah sampai air kena di bahagian atas siku sekurang-kurangnya. Kaki pula biar sampai atas buku lali. Celahan jari wajib dibasahi.

Kedua, jika terdengar sesiapa menyebut Rasulullah atau Nabi Muhammad S.A.W, sahutlah dengan sebutan ’Sallallahu alaihi wasallam’.

Ketiga, belajar semula jenis-jenis air dan jenis najis. Sampai sekurang-kurangnya dapat membezakan air mutlak dengan musta’mal.

Itu sahaja pengongsian buat hari ini. Perkara ini jarang terperasan oleh kita sehari-hari. Mari kita mengubahnya segera.

Salam.

13 comments:

CIKGU NAMAN said...

gua sebagai chekgu nak tambah

ajarlah anak2 murid mandi wajib..

ramai yang tak tau tu..

;)

ckLah @xiiinam said...

Nasib baik update...



ckLah baru cadang nak kumpul kawan-kawan pakat ramai-ramai baca tahlil kat blog ni...hi..hi..hi...

imHepPie said...

sedikit tpi penuh bermakna~

nazrinzaidi said...

huish..ada dah nak baca tahlil dekat blog.

terima atas tazkirah jumaat.

yeah!!

ihsan_huhu said...

fullamak, harussani pasti berbangga dgn ko

DrSam said...

salam. kekadang perkara yang selalu kita buat selalu diambil ringan. Bagus peringatan ini.

p/s: saya pun beribu-ribu saat juga tak sempat jenguk blog kalau dah sibuk sangat-sangat-sangat :)

tunbegia said...

sungguh berinformasi,

salamm,

morsmode said...

:)

Maryam said...

erk.. blog ala-ala fiqh ibadah pulak.. :)

laki cikgu kimia said...

naman, xtau tableh kawen.. heh.

xiinam, bz la kak.. huhuu

imheppie, terima kasih.

nazrin, lu mesti tengah cuak skang kan? hahah

esan, atau mungkin aku yg memimpin beliau? :P

laki cikgu kimia said...

drsam, masa begitu memcemburui kan?

tunbegia, tq encik. salam.

matadore, :)

maryam, sedikit sahaja puan.. :D

sonata anak kancil said...

perkara nampak kecik tapi impak besar

laki cikgu kimia said...

setuju puan.