Saturday, March 13, 2010

Disebalik bisnes kad seorang jurutera

Kompeni besar dalam negara juruteranya ramai yang pandai bercerita berbanding bekerja. Kalau mekanikal biasa sembang boleh bikin satu mesin baru kasi engkau. Harga boleh runding. Tapi minta spanar lu kasi playar gua memang agak kecewa.
*
Jurutera berjiwa rakyat dinasihat jangan terlalu rapat dengan anak buah takut nanti pijak kepala.
*
Empat hari menjadi jurutera kau jangan ingat plant manager nak hormat kau sangat. “Ini f**cking report apa ko bagi aku ni?” Boleh tahan merah muka jurutera muda berbaju coverall putih ada nama tulis kat dada itu.
*
“Ini je kompeni ko hantar kat aku? Engineer je?” Pon jurutera sebagai wakil kompeni yang kena. Mana nak terjaga anak buah layan ganja sebelum masuk kerja pulak. Safety Manager kawasan minyak Terengganu tuding jari kat kepala. Maruah jangan cerita. Bawah paras buku lali dalam Red Wing kita.
*
Dengar-dengar bos engkau itu ada haji pangkal nama. Kenapa cuba rasuah belas-belas ribu? Sikit. Agak-agak berapa baru gua nak terima?
*
Budak-budak kau sangkut roadblock ramai-ramai nak pergi kerja. Kau kena settlekan nak macam mana? Driver kau usik-usik kaki kau bawah meja isyarat geseran ibu jari dengan jari telunjuk. Berapa banyak baru boleh? Lima puluh lah sebab gua Melayu katanya.
*
Lima puluh pulak jadi isu. Pengurus dari negara jiran kata “Twenty ringgit can do maa..”. Masa itu kita tahu pihak berwajib kita berapa harga.
*
Kalau nak gaji banyak cuba kerja kompeni antarabangsa bukan ori english speaker punya. Tapi kerja kau kena cepat. Telinga kena built in ear plug. Biasa sepuluh dia cakap, lapan bahasa carut.
*
Main Contractor bising cari engkau tak jumpa, roger bos kau kompelin siap. Sedang kau hitam taik idung merangkak dalam boiler modify water tube. Dia kira apa.
*
*
Bersedialah anak-anak. Itu semua pengalaman kecil seorang jurutera muda-muda dulu. Bukan semua orang kena. Tapi semua itu berbayar. Wang ringgit juga ilmu. Cuma sedikit sabar diperlukan.

Selamat berjaya pak cik ucapkan.

14 comments:

nazrinzaidi said...

jadi anda adalah jurutera.

hebat.

ihsan_huhu said...

skang muat lagi x boiler?

morsmode said...

wuu. seram nampaknya. tabahlah!

mamai said...

nak dapatilmu kena kerja keras betul tak bro

CIKGU NAMAN said...

dah tua eh pak cik?

bagus,,bagi ilmu kat pelapis

laki cikgu kimia said...

nazrin, gua juga kopius kadang2..

esan, muat lah! tahan napas r sket.

matadore, x lah semua itu pelajaran. :D

mamai, setuju sangat itu encik.

naman, boleh tahan tua gua ni naman.. rambut beruban. sekarang dah botak pulak dah.. adoyai..

nkecik said...

uih susah susah

laki cikgu kimia said...

uik wujud lagi ko? ni dah ade bisnes kad belum nih? hihii

ckLah @xiiinam said...

Errrkk....cikgu jarang ada kad bisnes...he..he..



(Abang ckLah ada gelaran Ir pada namanya....tapi tak jadi jurutera. Dia prof di Fakulti Kejuruteraan UiTM)

laki cikgu kimia said...

kak, itu antara cita-cita. insyAllah lagi tujuh tahun.

Ain Mardhiah said...

woops, bahaya jugak rupanya kerja jurutera nih.. amenda ye kerja yang senang. Suri rumah pun susah jugak. huhu. good luck chiam~ Semoga terus berkesabaran tinggi + jangan buat kat orang lain.. ^^,

laki cikgu kimia said...

insyAllah x buat aih.. :D

sonata anak kancil said...

pening keje jurutera? tatau la....sy hanya "melahirkan" bakal2 jurutera...

anak saya buat chem.engine ok tak? ok tak ok...dah terjun ke sana nak wat gapo...lanyak gi la....

laki cikgu kimia said...

semoga anak-anaknya berjaya. ke arah kegemilangan anak agama dan bangsa :D