Wednesday, August 26, 2009

Esok yang cerah..

0025, waktu Tanah Temasik.

“Saiton dujane sunggoh la tenet ni!” jeritan amarah gua. Asal malam je tenet ni jadi weng.

Oh ya. Gua da setel present tadi. Standard la, gua bajet doploh minit die suruh shorten pulak. End up, gua speaking style Raju originally from India yang baru gua kenal tadi.

Beberapa hipotesis awal telah gua listkan tentang ahli persidangan kali ini. Dari bangsa sendiri sampai ke bangsa lain. Melayu prefer tidur kalau tak paham. Jetlag, ok lah, alasan. India kalu sorang-sorang dia senyap je. Kalu dengan laki ngan laki pon tak banyak bunyi. Tapi kalau laki ngan pompan, siap. Gelak tawa bagai menari keriangan begolek di taman bunga. Panas gua. Cina, kalu die cerita macam hebat, layanan je. Dia suka. Mat Saleh menten, pakai kot jugak, dalam hall takpe la, kat luar tu kan panas..

Ade sorang ni dari Canada tak silap gua asik tanya gua: sorang present brape minit. Dia ingat gua ni kalkulator bergerak ke hape. Sambutan hangat n takde sapa plak yang nak tolak peluang perkenalkan diri, present kat depan pasal projek masing-masing. So masa presentation depends on the number of presenter in one session.

Persidangan kali ini banyak jugak kaum Hawa. Gua berniat menghasut Cikgu Kimia mengupgrade tahap pendidikan beliau. Jaga dia.

Gua kalu orang pandang tinggi sangat. Gua segan jugak. Kawan-kawan persidangan, panggil nama biasa-biasa je dah la. Ish blushing gua tau... 

Oh malam ni gua nak tido lambat cadangnya. Esok siang rehat duk lepak hotel ni je. Malam Cikgu Kimia sampai. Sian bini gua, Khamis abis kursus induksi nak terus datang Singapore. Nak merasa jalan-jalan kat Singapore katanya. Layankan.. sebab gua sayang bini gua nih..

Berat badan gua dah turun sebenarnya. Cis betul telahan gua. Penimbang berat kat umah gua tu dah rosak. Gua timbang tadi sebelum jama’ takhir asar-zohor lepas present. Aritu siap sakit-sakit badan gua buat sit up.

Gua rasa makanan paling sedap di dunia adalah makanan dalam Singapore Airline itu hari. Tak ah. Gua puasa. Tak makan pon. Tapi gaya Mat Saleh sebelah gua ni makan buat gua telan air liur sambil menggengggam erat kedua belah tangan ini. Huh!

Gua sembang ngan sorang mamat ni tadi. Tengok progress dia buat semangat gua berkobar-kobar! Gua suka bersaing secara sihat nih! Saing bahasa tengganu: kawan, bahasa johor: bersama-sama, bahasa melayu: ntah! kamus dewan gua tak bawak. Gua tak pecaye wikiwiki ni sangat..

Lepas abis minggu ni, siap! Gua nak berusaha bersungguh-sungguh! Bos gua kata satu hari nanti gua akan jadi sama atau lebih hebat dari depa. Bos-bos semua, lu orang jaga, gua tengah nak jadi hebat nih!

Friday, August 21, 2009

Selasa Singapura - Sabtu Malaysia

Sniff.. sniff.. hurm apasal ade bau minyak itam lagi tangan gua nih! Rasanya dah basuh baik punya tadi, siap mandi lagi. Pelik.

Gua tukarkan minyak itam n filter Toyota Seca member gua tadi. Ade ke patut drain out nut tu saiz 24? Tertipu gua. Biase 19 ke 17 ker. Satu keja pulak pegi pinjam spana umah member, filter pon ketat sikit, “Dah lame tak bukak”, kata member gua tu. Biasa gua pulas pakai tangan je. Kali ni kena pakai tool. Dah makin tak kuat gua ni dihujung-hujung usia.

Gua sakit kepale tadi. Sebab pakai ‘back supporter’ ketat sangat kot. Die macam bengkung tapi jenama Nike warna hitam. Macam barut jugaklah. Selain support tulang belakang boleh kempiskan perut jugak. Teori picisan gua lah. Sedap-sedap member gua perli, “Ko tak guna halia ke kunyit sekali ke? Baru berkesan.” Gua jeling tajam sambil angkat kening gaya Ziana Zain. Panas betol.

Ni baru balik Bunning Warehouse sebenarnya. Beli face mask. Nak pegi Singapore n balik Mesia, memang gua ada cuak sikit. Paling mahal gua beli. Hemat gua, lagi mahal lagi bagus. Selsema bab* memang bahaya.

Selasa ni gua direct pegi Singapore. Rabu petang baru present. Kali ni betul punya expert datang dari seluruh dunia. Dari Cambridge pon ade. Memanglah gua rasa kecil sangat diri ini.

Gua tak bajet layan PersidanganSingapore ni sampai habis. Dah tentu Cikgu Kimia menyusul Khamis tu. Sekarang ni, gua cuas, ade tak nye makanan halal yang proper untuk berbuka n ade tak kedai bukak pagi-pagi nak sahur. Gua tak biasa sangat area Havelock n Chinatown. Kalau Tuas Avenue memang gua biase. Tempat keje lagi dikenang..

Teringat pulak satu Ramadhan beberapa tahun lepas. Malam sebelumnya gua setelkan satu pojek Singapo. Keje 20 jam repair boiler kapal dekat Klang Port. 8am-4am. Kapal nak p Bangladesh, gua bajet hero setelkan problem depa. Chief Cook kapal masak nasik dengan semua lauk yang gua rasa Parpu je plus susu yang manis gila. Oh bagus jugak ingatan gua rupanya. Naik onshore gua tido baik punya sedar-sedar dah masuk Johor, driver singgah Bazar Ramadhan. Sudahnya bukak puasa pon dalam Ford Ranger je. Kenangan siot..

Semalam gua sahur air kosong je. Takde feel nak makan even lauk banyak gile. Gua tak kisah sangat bersahur ke tak. Ambik pahala sahur je biasanya. Concern gua, bini gua ni nanti. Harap ada la kedai restoran halal bukak 24hrs..

Wednesday, August 19, 2009

Kuruuusus buat gua kerja cepat..

Gua ade kuruuuusus lagi tadi pagi. Terrrrlambat masuk sket. ‘Aunty’ yang organise tu rupanya masih kenal gua. Sah-sah minggu lepas gua jumpa dia kat opis gua sembang-sembang. Yang gua ingat dia kongsi cekelat kasi gua yang mak dia buat. Rupa-rupanya mak dia ada kompeni kat sini. Makcik Monica memang baik. Sapa ingat nama gua, considered orang baik.

Tadi gua tak join kuruuusus tu sampai abeh. Baguih punya perangai. Masuk lambat nak abes awal plak tuh. Gua ada keja sikit nak buat. Dah elok-elok gua bajet semalam adalah final meeting sebelum gua balik cuti panjang, bos gua jadi semangat gila plak nak result itu ini. Oke gua kasi can. Hari ni gua siapkan esok lusa jangan kacau gua nak layan muvi.

Oh Jumaat ni meeting lagi. Takpe keje baru order semalam dah pun gua siapkan. Sekali lagi gua ingatkan, esok hari layan muvi gua, jangan kacau!

Isnin depan pon ade meeting lagi. Gua dah bajet ape isi meeting tu nanti. Mesti nak bincang penamebende yang gua nak buat masa cuti nanti. Eh bos gua nih, gua nak cuti sibuk pulak lu nak tau activity gua. Jangan risau, balik cuti ni gua jadi manusia paling produktif kot! Maksud gua buat research..

Gua sebenarnya dah save siap-siap keje gua dalam pendrive nih. Jumpa PC mana-mana, senang buat keje. Idea plak selalu malu-malu, nak datang plak tak kira masa. Sedar-sedar dah terrsiap plak kat sini. Gua singgah kejap branch opis gua kat city nih. Tenet laju. Mata pon cerah.. Opss..

Sudahnya gua bizi menaip kat blog pulak. Cet!

Sunday, August 16, 2009

Kenape? Tak percaya?

-PIC REMOVED-

Gambar beberapa minggu selepas kawin. Kawan-kawan FB gua tak percaya ni masa kat London.

Friday, August 14, 2009

Tag En Me & Award En Naman

Sementelahan bangun pagi tak tahu buat apa ngong sebab bangun lambat kepala pening-pening sebab perah otak sangat kat opis semalam sampai malam tapi bila nak balik baru perasan bos pon belum balik lagi lalu perasan sorang-sorang ingat bos nampak kita buat kerja lalu dia mesti cakap oh rajinnyer anak buah aku ni. Wek! (keje biar ikhlas Am!)

Sebelum tido baca blog. Kena tag dan dapat award pulak lagi buat gua rasa nak buat satu entri pagi ini.

Ni ade sikit kisah niat blog gua selama ni.Tag dari En Me femes yang suka post gambar-gambar cantik itu.

Ni jawapan versi gua.

Asalnya, pemilik blog ini hanya suka membaca blog rakan-rakan beliau. Dan rasa ingin meninggalkan suara hati di kotak komen saja. Beberapa orang rakan menyarankan agar diwujudkan satu profil supaya ‘tuanpunyablogyangdikomen’ tidak tertanya-tanya siapakah mamat yang menamakan dirinya critical thinker @ chi am @ laki cikgu kimia itu. Hensem kah beliau? sama-sama kita bayangkan *muntah

Lalu beliau menyambung jua lah pengusahaan blog secara kecil-kecilan. Menyambung kerja memblog di akaun frenster beliau yang telah bersawang.

(dua perenggan ni kopipes dari tag yang pernah gua buat dulu)

Tapi sejak akhir-akhir ni gua perasan blog ni dah jadi tempat gua luah perasaan, kongsi soalan-soalan yang gua terpiker, kongsi jawapan jugak kadang-kadang, tempat gua mengadu domba, tempat gua menangis syahdu dikeheningan malam. Oke gua dah merepek.

Tapi buat orang-orang yang keje macam gua ni. ‘Kami’ memang perlukan sedikit ruang atau ‘space’ untuk diri sendiri. Itu alasan member gua untuk die menten menjadi perokok. Kerana sambil merokok boleh berfikir sendiri, jauh dari gangguan, hanya dalam dunia sendiri.

Alternatif gua untuk release kepalehotak gua adalah dengan memblog. Gila cool gua ni siap ade blog bagai hahaha..

Ni pulak Award dari En Naman seorang pembimbing anak bangsa yang juga seorang yang serba boleh pada hemat gua. Dari apa yang gua kenal melalui blog beliau itulah. Terima kasih tuan hamba. Ecewah!


Wednesday, August 12, 2009

Stephanie dan Mazidul

Tengahari tadi ade persembahan dari sorang budak Singapore yang buat praktikal kat tempat gua. Dua puluh tiga minggu Stephanie kat sini, banyak jugak projek dia ikut. “Banyak belajar budak perempuan ini”, telah hati gua. Walaupun projek-projek yang dibuat tu pada gua ala-ala saja, tapi minah ini nampaknya begitu berpuas hati dan sangat happy dengan kerja-kerja dia Moral kisah ini: hepi-hepilah dengan kerja anda.

Petang gua pegi jalan-jalan dengan Mazidul. Boleh tahan stamina mamat nih. Kalah Ustaz. Mazidul nampaknya macam orang pekan. Generasi baru la orang kata. Tengok mamat-mamat rempit sana sini, dia pon tak mahu kalah.

Gua layankan aje. Jiwa budak muda. Sejak berkawan dengan Mazidul, gua rasa kembali muda. Gua yakin Cikgu Kimia pon pasti suka berkawan dengan Mazidul. Ada juga peneman beliau bersiar-siar.

Mazidul a.k.a mazda323

Tadi petang gua repair apa-apa sikit yang patot. Minyak itam tukar. Handle bar tukar. Dashboard polished. Sarung seat tukar. Banyak barang yang tukar pon gua carik kat Wreckers. Kira macam kedai keta potong la kalau kat Mesia. Kat Wreckers ni kena bukak sendirik, pastu bawak kat gate, bayar. Murah giler kot. Dah banyak spare part keta kawan-kawan gua tolong tukarkan. Setakat radiator tu bape hengget lah sangat. So far gua tolong seikhlas hati je. Lu orang doa-doalah supaya gua tak bertukar fikiran. Labour charge mahal giler tau at sini. Hahah..

-PIC REMOVED-

Gambar first time pergi Wreckers

p/s: gambar kurus, nampak sangat gambar lama huhuuu

Monday, August 10, 2009

Kalau efisien sangat pon gua risau jugak..

Hari ini meeting seperti biasa. Meeting gua weekly, macamlah gua pantas dan produktif tahap gaban Z potong lima. Tiap-tiap kali meeting ‘haruslah’ ada isu-isu baru yang dibincangkan. *haruslah itu adalah perkataan trendy budak-budak sekarang. Sila take note.

“I am quite lost lately. Am not sure what is wrong with me”. Gua mengaku sambil buat finger crossing (blakang badanlah) bagi tau bos gua yang gua akhir-akhir ni agak lemau sedikit. Baru nak cerita pasal tak sabar nak balik, prepare slide n yada-yada. “You are married, that’s the problem”, kata bos gua sambil gelak-gelak.

Macam tu pon, kerja gua kira oke-oke sajalah kot. Tapi dua tiga minit lepas, gua jumpa satu lagi critical findings dalam kerja gua ni. Teori gua almost 99.9% nilai actual machine effectiveness tuuu!

Sudahnya gua tak tahu nak gembira ke nak sedih.


p/s: Harap masin mulut bos gua, dapat keluarkan tiga Journal Paper hujung tahun ni. Dapatlah gua taip-taip santai sambil cicah biskut kering dengan hati yang tenang tahun depan. Janji bulan posa ni kena kerja kuat! InsyaAllah..

Saturday, August 8, 2009

Petanda sudah..

Gua main bola tadi petang. Antara cakap-cakap petang tadi.

“Sori la wei. Bola laju sangat.” (menunjukkan bola yang dipass pada gua adalah jauh dari kedudukan gua. Atau memang gua yang berlari tidak laju?)

“Wah Am. Sihat nampak?” (sama ada aku kelihatan cergas. Atau ‘sihat’ apa maksudnya nih?)

“Walawei! Rambut ko ni memang saje potong cani ke? Macam orang muda.” (apa maksud tersirat ko nih: 'macam' orang muda?)

*

Rasanya dah sampai masa, gua dah start kena pakai baju besar-besar dan seluar atas pusat. Cover.

Wednesday, August 5, 2009

Sampah betul..

Bila masanya baru sesuatu barang itu dinamakan sampah?

Setelah kita declared tak mahukannya lagikah? Setelah masuk tong sampahkah? Setelah dibuang merata-ratakah? Setelah ia dikenalpasti tiada manfaat kepada kitakah? Atau apa sahaja yang kita tidak suka?

Mungkin juga, hiasan-hiasan dalam makanan kita? Penyedap masakan? Pernah terdengar seseorang makan mee goreng dan komplen banyak sampah?

Apa pula dengan sampah masyarakat?

Huh.. dunia gua semakin luas.



*kalau ada satu benda yang bolah kasi gua happy sekarang adalah kerja gua. Tolonglah maju sayangku..