Friday, August 21, 2009

Selasa Singapura - Sabtu Malaysia

Sniff.. sniff.. hurm apasal ade bau minyak itam lagi tangan gua nih! Rasanya dah basuh baik punya tadi, siap mandi lagi. Pelik.

Gua tukarkan minyak itam n filter Toyota Seca member gua tadi. Ade ke patut drain out nut tu saiz 24? Tertipu gua. Biase 19 ke 17 ker. Satu keja pulak pegi pinjam spana umah member, filter pon ketat sikit, “Dah lame tak bukak”, kata member gua tu. Biasa gua pulas pakai tangan je. Kali ni kena pakai tool. Dah makin tak kuat gua ni dihujung-hujung usia.

Gua sakit kepale tadi. Sebab pakai ‘back supporter’ ketat sangat kot. Die macam bengkung tapi jenama Nike warna hitam. Macam barut jugaklah. Selain support tulang belakang boleh kempiskan perut jugak. Teori picisan gua lah. Sedap-sedap member gua perli, “Ko tak guna halia ke kunyit sekali ke? Baru berkesan.” Gua jeling tajam sambil angkat kening gaya Ziana Zain. Panas betol.

Ni baru balik Bunning Warehouse sebenarnya. Beli face mask. Nak pegi Singapore n balik Mesia, memang gua ada cuak sikit. Paling mahal gua beli. Hemat gua, lagi mahal lagi bagus. Selsema bab* memang bahaya.

Selasa ni gua direct pegi Singapore. Rabu petang baru present. Kali ni betul punya expert datang dari seluruh dunia. Dari Cambridge pon ade. Memanglah gua rasa kecil sangat diri ini.

Gua tak bajet layan PersidanganSingapore ni sampai habis. Dah tentu Cikgu Kimia menyusul Khamis tu. Sekarang ni, gua cuas, ade tak nye makanan halal yang proper untuk berbuka n ade tak kedai bukak pagi-pagi nak sahur. Gua tak biasa sangat area Havelock n Chinatown. Kalau Tuas Avenue memang gua biase. Tempat keje lagi dikenang..

Teringat pulak satu Ramadhan beberapa tahun lepas. Malam sebelumnya gua setelkan satu pojek Singapo. Keje 20 jam repair boiler kapal dekat Klang Port. 8am-4am. Kapal nak p Bangladesh, gua bajet hero setelkan problem depa. Chief Cook kapal masak nasik dengan semua lauk yang gua rasa Parpu je plus susu yang manis gila. Oh bagus jugak ingatan gua rupanya. Naik onshore gua tido baik punya sedar-sedar dah masuk Johor, driver singgah Bazar Ramadhan. Sudahnya bukak puasa pon dalam Ford Ranger je. Kenangan siot..

Semalam gua sahur air kosong je. Takde feel nak makan even lauk banyak gile. Gua tak kisah sangat bersahur ke tak. Ambik pahala sahur je biasanya. Concern gua, bini gua ni nanti. Harap ada la kedai restoran halal bukak 24hrs..

11 comments:

Maryam said...

cari la kenalan2 singapore.. untung2 diorang ajak sahur kat rumah diorang..

*blogosphere is best cari kenalan.. senang bila sampai tempat tu.. :D

DrSam said...

salam Ramadhan almubarak. semoga perjalan selamat pergi dan selamat kembali.

ihsan_huhu said...

ramadhan al mubarak

murtabak singapore mmg tebal2

Anonymous said...

dah lamer tak masuk singapore ghitewww.. uhuhu, salam ramadhan laki cikgu kimia ittewww

hang nadim said...

Salam ramadhan jugak dkt laki cikgu kimia, alaa kat singapore banyak restoran nih...kat sana lagi banyak pilihan per...opss tapi tgk tempat gak yer..Gua pollow u

arsaili said...

salam ramadhan moga kedatangannya kali ini membawa seribu erti

balqissy said...

oh. kat area chinatown qissy pun tak biasa sgt. kalau nak makan sedap, better kamu pergi menapak ke arab street n kg gelam. byk yang halal dan sedap kat sana. =)

laki cikgu kimia said...

maryam, dah terlambta la maryam..

drsam, salam ramadhan. terima kasih atas doanya..

esan, itu misi kedua. huuu

en me, salan en me :D

hang nadim, polow jgn tak polow!

arsaili, salam..

balqissy, lepas keje baru nak jalan2 kot. hihi tq for info.

balqissy said...

same-same ^.^

CIKGU NAMAN said...

salam bro(nak ada slang gak)..hebat lu bro..keja di tempat org..mesti gaji masyukkkkkkkkk gitu..hoho...nanti jgn lupa murtabak singapore satu k untuk gua..hahahaharun

laki cikgu kimia said...

balqissy, :)

naman, murtabak? gua gian nasi lemak daun pisang nih..