Friday, July 31, 2009

Hitam

Gua bangun ini pagi tak ada apa plan pon. On laptop baca-baca blog. Terkesan dari blog BraderBen, langsung gua google lagu-lagu kenangan. As Sahar, Sil Khannas, Voci dan lain-lain. Cari band member tak jumpa pulak. Ingat-ingat lupa dah nama-nama band.

Tapi bila tengok macam ni. Kira sedih jugaklah..




Tapi kan, best betol tengok nombor cantik ni lah hai..


Thursday, July 30, 2009

Lagi-lagi teringatkan..

Bukan kadang-kadang. Bukan sekali sekala. Selalulah jugak. Suka sangat teringat kisah-kisah silam.

Semua yang berlaku macam satu video yang memaparkan liku-like hidup masa dulu.

Baru tadi, berkesempatan tengok Kami The Movie. Layan jugak. Mungkin cara hidup macam serupa. Macam.

Tengok Adii (Ani Zayanah) yang muka ala-ala chinese tu teringat awek malay yang fasih bertutur dalam bahasa cina yang keje kedai kopi cina dekat Pasir Gudang sana. Pagi-pagi pekena Espresso satu cawan kecik RM2.50 dengan nasi lemak telur memang chare. Keje overnight pastu hari esoknya kena masuk keja 8-5, memang gua perlukan sedikit caffeine dalam badan.

Tengok Ali (Syarul Ezani) yang berambut panjang dan ala-ala macus macam sorang member gua merangkap assistant engineer, satu lagi melayu yang pandai cakap cina. Juga rakan mengular gua dekat kedai kopi cina pasir gudang dulu.

Tengok Abu (Nas Muammar) yang perangai gila-gila, nakal, jarang serius, langsung gua teringat manusia yang gua tenung lama-lama dalam cermin tadi. Eh tak ah.. gua tak la macam tu.. Cuma part dia escape dari juvenile centre tu memang adalah salah satu cara yang dipraktikkan masa sekolah asrama dulu. Heh!

Tengok Lyn (Liyana Jasmay) yang dikatakan lawa sangat tu pada gua ok-ok sajalah.. tapi gua ada macam tersentap sikit bila tengok t-shirt Ramones. Langsung terlintas pemintaan rakan gua menengok-nengokkan pasaran di sekitar sini.

Tengok Sofie (Juliana Sophie Evans) gua tak rasa apa sangat. Maybe tipikal sangat muka mixed macam tu kot.

Hah. Apalah perasaan ni. Nak fancy lagi kena tulis macam ni. Tsk tsk tsk!

Sunday, July 26, 2009

Bangga weh!

Sekarang ni gua menumpang kat umah kawan. Ade sorang mamat PhD ni nak duduk umah pinjam umah seminggu. Baru kawin. Bini datang seminggu, hanimun di sini. Tak apalah. Apa ada hal.

Aktiviti hujung minggu gua adalah pindah umah dan format laptop. Sungguh mencari pasal lah. Pesanan khidmat masyarakat: Lain kali gunakanlah windows yang original. Pelik. Trick gua meng’genuine’kan Windows lanun nampaknya dah tak boleh pakai. Kena barred terus Windows XP Service Pack 2.5. Saje je gua n member gua namakan 2.5 sebab die ni laju sikit dari service pack 2 yang bisasa. Hampeh. Sekarang dah tak boleh guna.

Gua baru perasan. Entri gua baru ni ade certain computer yang tak dapat baca. Gua dapat detect rupanya sebab depa pakai Office 2007 above. Ade sikit html code yang kena tukar. Tukar dah pon. Settle.

Semalam jalan-jalan kat Harbor Town. Jumpa kawan ngan bini dia ajak tengok Hoki Malaysia vs Australia kat stadium. Hari sebelumnya Malaysia tewas 1-8. Tapi gua layankan je. Sedar-sedar semalam suara gua dah takde nak sorak-sorak. Malaysia 1 – Australia 0. Wewit!

Ni gambar pelajar-pelajar Malaysia yang hadir. Bersama ehem-ehem.. Abang Am.

-PIC REMOVED-

Wednesday, July 22, 2009

Dalam yang tak best itu ada jugak yang best..

Cerita tak best

Pagi tadi rasa sangat tensen oke. Cadang nak join persidangan di Malaysia bulan sepuluh ini. Mintak extension untuk submission sampai hujung bulan ini, tapi yang diberi dua hari sahaja. Tak apalah. Taknak lah gua tekan-tekan diri sangat. Otak ni nak pakai lama. Jadi, cukuplah persidangan di Singapura itu buat masa ini. Ah! Balik masak untuk makan malam lagi bagus.

Cerita best.

Gua rasa ini adalah merupakan sebuah entri sulung untuk anak sulung kakak sulung gua. Beliau baru saja dilahirkan jam dua belas tujuh belas pagi tadi waktu Malaysia. Penghujung bulan Rejab. Alhamdulillah.

Pagi-pagi, gua dapat SMS dari acu, kata along masuk wad pagi tadi jam empat. Mak kata semuanya nampak oke. Gua tipon Abang Zul, seorang hensem merangkap suami mithali kepada Along gua. Sembang-sembang ngan die lalu dipass pulak kat Along. Bunyi cam penat je die.

Lepas wish n bagi kata-kata semangat. Gua sambung balik kerja. Tak lama mak SMS bagitau semua dah selamat. Baby Boy. Naufal nama diberi. Gua wonder sekarang ni sama ada Naufal ikut kehenseman papa dia atau ayah sedara dia. Hurmm..

*satu hari Naufal kena temankan Angah Amri main futsal oke!


-PIC REMOVED-


~rupanya dah lama Angah tak bergambar berdua ngan Along~

Friday, July 17, 2009

Pilu di hari Sabtu

Ada satu ari tu lepas setelkan urusan insuran kesihatan bini gua, lepak-lepak dengan opismate lebih kurang, gua pon balik naik bas.

Naik bas lah, sebab nak pergi city ade apointment dengan Justice of the Peace. Kebetulan ada sorang mamat melayu ni, ala yang gua selalu pegi umah dia sebab nak pinjam movie melayu tu. Iya. Ada masanya jiwa gua memerlukan cerita-cerita sedemikian. Kisah-kisah permainan perasaan camtu la.

Sembang punya sembang, die dah tercadangkan aku satu cerita yang dok hangat sekarang ni. Dalam YouTube. Nur Kasih tajuk dia.

Cerita dia keislaman sikit, dia mula bercerita. Ada satu famili ni anak laki dua orang. Sorang dok kat mesir, sorang kat ostelia. Pastu member gua ni cakap, dia ni macam ko la sambil tergelak.

Ini boleh bikin rasa ingin tahu gua mencanak-canak. Balik je, gua terus layan.

Siot. Mamat ni dikatakan sama dengan gua? Cis. Daun-gred. Heh.

Mana ada mashuk. Mamat tu sosyel. Sedang gua orang baik-baik. Ehem..

Mamat tu hensem, gua?.. dush-dush!

*

Asal dok negara arab je baik, asal dok negara omputih je nakal. Malas ah cani. Diskriminasigoreng!

*tak suke tak suke pon sampai episode lapan gak gua layan huhuuu sedih wooo!

Wednesday, July 15, 2009

Balik raya!

Alhamdulillah. Penat lelah dan kesabaran selama ini kurasakan sangat berbaloi. Berbantukan doa-doa sebagai wasilah kepada penerimaan kertas persidangan yang bakal dipersembah di Singapura kala Ogos nanti.

Bulan puasa. Bulan madu bahagian tiga.

Cikgu Kimia pasti teruja bersiar-siar di halaman asing. Di negara maju kedua. Berpuasa bersama, satu keluarga.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sentiasa memberi doongan dan doa kalian. Tanpa kalian siapalah daku.

-PIC REMOVED-

Kepada kawan-kawan semua, terima kasih juga atas doa-doanya.

Alhamdulillah.

*puasa terus raya di Mesia = yabedabedoo!
*puasa terus raya di Mesia dengan keluarga sendiri, keluarga mentua, dua orang baby along ngan adik yang bakal lahir=yabedabedoo kuasa lapan belas!

Tuesday, July 14, 2009

Anak Lucky!

Tiba-tiba rasa macam nak anak lelaki pulak.



video dari wan.

Sunday, July 12, 2009

Sedikit cenderamata dari Sydney

View from Meriton World Tower Sydney
(Pic dari Syafik)

Ahad. Hari ini sangat singkat. Sedar tidak sedar, sudah malam. Memanglah. Siang tadi bangun sekadar melangsungkan kewajipan. Itu sahaja. Yang lain. Tidur.


*

Rabu malam gerak ke Melbourne dengan kereta. Setakat yang gua sedar, halaju maksimum 157km/hr. Nak kejar flight. Harap-harap tiada saman.

Pagi Khamis, naik Jetstar dari Melbourne Avalon Airport. Servis lebih kurang sama dengan AirAsia. Sampai Sydney, cergas naik cab. Dua puluh lima dollar. Malas pikir panjang.

Main bola padang. Rekod sangat buruk dicatatkan. Alasan orang kalah: Padang 70% adalah kolam. Nyaris tiada yang lemas. Huh. Score hanya sebijik dari beberapa total gol. Tak hebat langsung si capik ini. Kalah bergaya.

Jumaat. Ini hari revenge! Pagi-pagi turun dari level 76, Meriton world tower apartment. “Going Down”. Satu suara makcik dari lif seakan suatu wish. Petanda. Pung pang pung pang. Main sampai suku akhir sahaja. Alasan orang kalah: Ref macam tuut… idung rakan berdarah.. gua dah siap terbang-terbang kena slide.. tiada apa.

Malam sabtu, dinner. Malas lah. Even birthday pon. Tak fun lah. Sabtu pagi, balik naik Qantas. Superb taraf MAS lah. Layan-layan muvi sedar-sedar dah sampai. Alhamdulillah..

Sabtu pagi gua sudah sampai semula ke sini.

Kongsi sikit cenderamata dari Sydney.

-PIC REMOVED-

Ini gambar lengan kiri. Lebam SIKIT. Ini part yang boleh show off. Part lain tak payah lah. Perut kena stat pon referee kata jalan. Main ikut ref oke!

Tak apalah.. tapi.. sakit juga..


**promo: kepada yang sakit lutut tapi masih bernafsu bermain bola, sila gunakan knee guard Canterbury of New Zealand buatan Turki sebagai alat bantuan.

Tuesday, July 7, 2009

Entri keseratus rupanya berkisar kisah sedih..

Mungkinkah terkubur..


-PIC REMOVED-
2000-2004
Piala Mekanikal
Piala Pusat Pengajian Islam
Piala Rakan Muda


-PIC REMOVED-
2005
Piala Karnival Sukan


-PIC REMOVED-
2005
Piala ADUN Batu Pahat


-PIC REMOVED-
2007
Rosepark Cup


-PIC REMOVED-
2008
Futsal MASCA Australia


-PIC REMOVED-
2008
Adelaide Cup


Semoga cepat disembuhkan kakiku.. kasihan seorang kawan tadi, malam ni nak fly, sempat lagi telefon tanya pasti tidaknya ketidakhadiran aku untuk tournament 9 n 10 julai ni. Maaflah tak dapat berjuang bersama.. semoga kalian terus cemerlang dimedan pertempuran..


Sunday, July 5, 2009

Emotionalisationess

Frankly speaking, I am not sure what I am going to do today. But still, I went to office very early in the morning. This week seems not the same like others. I stayed at my friend house as one of my another friend and his family are going back to home country at the end of this week and need a temporary accommodation as their home requires works before submission. No biggie.

Rather than staying alone in one small rent room, I preferred better accommodation. End up, I woke up this morning at my friend’s.

Being alone in five degree Celsius is one of the most unwanted thingies. Plus you have to stay at other's place. Feel like unwelcomed. It is not from what people are saying. But it is in here. Deep inside here, my heart. My very good friend never mentioned about any dissatisfaction or any hairy experiences having me in his accom. It is just me. I don’t feel good being a burden.

I got an sms at two a.m. in the morning. What a wake up call. My other another friend of mine’s. The persons who always said “please Am, pleaseeeeeee”, again and again, lately. Still asking me to join them in students’ sports carnival that will be held in the nearest time. This time I ll be individually sponsored. Representing foreign state in soccer field is one of the big things in my life. Having said that, I got my opportunity once, represented South Australia in 2007. The record is good still.

Even so, I had so many wrecked body parts and abdomens at this age. The latest one is the most precious. My knee. Yes, the right one. Used to think that this would be the end of my sport career. Career? So called. Thinking of never make it to soccer again like.. forever.

I managed to cycle from my house to soccer field yesterday, but it took me way too long. I knew it. That’s it. I just knew it. Even still, I played well on straight movements.. only.

-old timer-