Wednesday, July 22, 2009

Dalam yang tak best itu ada jugak yang best..

Cerita tak best

Pagi tadi rasa sangat tensen oke. Cadang nak join persidangan di Malaysia bulan sepuluh ini. Mintak extension untuk submission sampai hujung bulan ini, tapi yang diberi dua hari sahaja. Tak apalah. Taknak lah gua tekan-tekan diri sangat. Otak ni nak pakai lama. Jadi, cukuplah persidangan di Singapura itu buat masa ini. Ah! Balik masak untuk makan malam lagi bagus.

Cerita best.

Gua rasa ini adalah merupakan sebuah entri sulung untuk anak sulung kakak sulung gua. Beliau baru saja dilahirkan jam dua belas tujuh belas pagi tadi waktu Malaysia. Penghujung bulan Rejab. Alhamdulillah.

Pagi-pagi, gua dapat SMS dari acu, kata along masuk wad pagi tadi jam empat. Mak kata semuanya nampak oke. Gua tipon Abang Zul, seorang hensem merangkap suami mithali kepada Along gua. Sembang-sembang ngan die lalu dipass pulak kat Along. Bunyi cam penat je die.

Lepas wish n bagi kata-kata semangat. Gua sambung balik kerja. Tak lama mak SMS bagitau semua dah selamat. Baby Boy. Naufal nama diberi. Gua wonder sekarang ni sama ada Naufal ikut kehenseman papa dia atau ayah sedara dia. Hurmm..

*satu hari Naufal kena temankan Angah Amri main futsal oke!


-PIC REMOVED-


~rupanya dah lama Angah tak bergambar berdua ngan Along~

16 comments:

Nurul Nadiah said...

am

nadia tak paham

pening

pening

mamai said...

okay la tu dah dapat satu lagi keluarga...thansk for visit rumah aku yag bersepah...terlanjur di sini boleh aku minta izin nak link

laki cikgu kimia said...

nadia, soalan mana yg x paham ni dik? *pegang kalkulator

mamai, jam lima pagi gak ar abis jalan2. link adalah digalakkan.. ;D

Unknown said...

dalam tak best ada juga yg best....manrik untuk disembang2kan tajuk ni...

Maryam said...

wo.. pakngah! lepas ni saya mahu panggil kamu sebagai pak ngah~

yeah!

laki cikgu kimia said...

jinggo, hihi baca tajuk je ke? :P

maryam, sukati kamu le Naufal.. eh? hihi

SRISUFI said...

Salam Am....

kabare???


heheh

memang best

akirasuri said...

*satu hari Naufal kena temankan Angah Amri main futsal oke!

Satu hari nanti masa Naufal dah besar mesti kau dah tua kan kan kan Am.. Larat ke nak larik? :))


Jangan marah ek! :))

*Larikkkk!!!

Unknown said...

xde pic baby tu ker?hehe..

**waa, dpt bby boy :D

laki cikgu kimia said...

srisufi, baik-bai aja. hihi alhamdulillah..

cik ati, heh.. aku ni sentiasa menten muda. betol.. :P

zana, blom dapat lg. nanti dah stable suma baru nak mintak ler..

aida said...

sonok dengor dapat2 baby ni..bape kg beb?

pink_butterfly said...

mana citernye???

chekgu Bani Hassim said...

pak sedara naufal bile nak bagi sepupu kat naufal??
huhu

Anonymous said...

tahniah dapat anak buah lagi tewww..

laki cikgu kimia said...

aida, 3kg kalu xsilap.. ehem2. dah prepared?

rerame, sori kepada ko dan semua yg menggunakan Microsoft office 2007 dan ke atas. xbleh baca plak. xpe aku dah edit.

chekgu, hihi tak lama lagi la insyaAllah..

en me, tq ye incik!

ihsan_huhu said...

naufal tuh nm laki ke?

ps: so blekh bini kpd angah kpd along ko nk beranak plk?