Saturday, October 31, 2009

Secebis harapan gua

Keheningan petang yang panas kering dan terang gua dipecahkan dengan satu salam dalam slanga Aussie yang sangat gua cam. Ohm, seorang tua yang berkahwin dengan seorang Makcik Singapore, dulunya adalah seorang pekerja di bahagian ketenteraan Australia. Beliau dan makcik sudah gua anggap seperti ibu bapa angkat sejak zaman kelas-pergi-pagi-balik-malam dulu lagi.

Selain bahasa percakapan beliau yang begitu sukar untuk difahami, jenaka-jenaka beliau juga menerbitkan kerutan di dahi sebelum dapat gua fahami. Kata orang sudah lama di negara asing pon belum tentu dapat bergelak tawa sesama orang tempatan di sini. Unless, kau ini jenis yang sambil mendengar dan tertawa buat-buat.

“I have a problem”, kata beliau setelah selesai bertanya khabar dan sebagainya. Cuak gua. “What happened?, balas gua. Memang adat bercakap omputih ni gua tak pandai cakap fancy-fancy sangat. Straight je. “I bought this little box, and this thing keeps hibernating. I don’t know much about computer”. Memang ‘little’ sekali ‘box’ itu. Acer Aspire One kot. Maju orang tua nih.

Rupanya bukan hibernate atau apa. Tapi power cable yang problem. Oke, sudah di propose kan tempat murah untuk mendapatkan kabel tersebut. Berterima kasih banyak orang tua itu.

Gua cuma harap warga tua di negara kita juga berteknologi IT seperti ini.

Wednesday, October 28, 2009

Belum cukup sembilan kati lagi..

Hidup gua sekarang banyak di depan laptop kalau di rumah dan pc kalau di opis. Letih mata gua ni. Sudah masanya gua pakai software baru rasanya. Olskool sangat tak ikut trend nanti kata orang. M Office gua pon 97. AutoCad yang gua senang, laju, dan mahir ialah versi 2004. Maju dari itu gua lambat sikitlah.

Gua melawat bengkel pekerjaan yang bakal gua gunakan untuk projek mendatang. Agak maju. Setakat -40degreeC itu senang-senang mau capai. Even gua hanya mahu -18C ke -4C saja. Tak sabar mahu kerja mekanikal. Jemu duduk di opis.

Cuaca sekarang agak panas walau dalam musim bunga. Dan lagi gua di saspek Hay Fever. Kalah gua dengan debunga. Nurofen Zavance yang gua makan sampai maksimum per day pon takde effect. Ampes.

Kalau siap projek gua nanti, rumah gua jadi rumah paling selesa. Special device yang gua nak bikin ini nanti boleh pakai mana-mana, refrigerator, aircond, apa saja untuk menten suhu.

Tak kira musim apa. Panas, dingin, bunga, luruh, musim durian atau apa saja. Name it! Pasti dalam rumah gua menten selesa.

Gua sangat harap dapat siap projek ni cepat.

*berat gua da turun sekati. Cukup sembilan kati, gua nak menten.

Sunday, October 25, 2009

Kata kawan: sabarlah sebulan bukannya lama..

Gua rindu Cikgu Kimia. Jiwang? gasaklah.. tak tertahan rasa hati ini.. aduh! terlebih sudah!

Sebagai seorang guru yang berwibawa, rela dikesampingkan rasa rindu yang pastinya lebih hebat berbanding gua. Sepertimana biasa beliau tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Menjadi guru kepada murid-murid sekolah harian biasa nampaknya lebih mencabar berbanding mengajar sekolah berasrama atau dengan erti kata lain, sekolah pilihan. Itu pengalaman beliau. Namun beliau tetap tabah.

Selepas SPM menjelang, barulah beliau berpeluang menemani gua di sini. Tidak sabar gua. Pagi pergi kerja. Tengahari balik lunch. Petang sambung kerja balik. Gua yakin progress kerja gua pasti lebih baik!

Sementara ini, gua lakonkan saja journal-journal yang ditulis. Jangan tidak. Tak mampu gua fokus pada kerja seratus peratus. Bos-bos gua baru balik outstation, tadi pagi tegur gua, dia pulak yang mintak maaf lama tak berurusan melalui emel. Adat Melayu, dengan rendah diri gua juga turut meminta maaf akan progress gua yang merangkak lesu.

Sekarang gua bizi mencari rumah. Rumah untuk kami berempat. Iya berempat. Ada tawaran untuk Cikgu Kimia menjadi baby-sitter. Gua tahu dia memang suka anak-anak. Teringat gua rumahkongsi zaman 'kelas pergi pagi balik malam'.

Semoga dipermudahkan urusan gua laki bini..

Friday, October 16, 2009

Mintak tolong sape-sape kemenyankan sikit ubun-ubun gua nih..

Ambik masa juga nak pulih semangat juang gua kali ni. Malam tak boleh tido awal. Terkebil-kebil.

Memang kalu ade mende tak setel memang kepala hotak gua malas nak berehat. Banyak keje gua nak kena setelkan nih. Memang kepala hotak gua tak boleh nak berehat. Gua perasan selagi lampu kedai pizza dekat umah gua ni belum tutup lampu, lagi tu la gua tak dapat tido.

Sampai satu masa tu, gua rasa hepi bila lampu kedai tu tutup. Maknanya dah masuk time tido gua nih. Gilos!

*gua suka layan blues sorang-sorang sekarang nih. Misalnye baca blogguagatainakkawin. Nakal jugak gua dulu-dulu.. cait!

Monday, October 12, 2009

Ke penghujung cuti..

Cuti raya gua terlebih sikit dari cuti raya Cikgu Kimia. Tengahari nak masuk petang sikit barulah isteri kesayangan pulang ke pangkuan.

Gua langsung hilang punca. Sementelahan roadtax SuperCub gua yang baru di renew, gua ambil peluang ini untuk ronda-ronda keliling penempatan gua. Dalam batu jemala gua, kalau pekena cendol pon cantik jugak ni.

Sengaja gua pusing ikut jalan jauh. Jalan dalam yang gua guna masa nak pegi main sket dulu kalau-kalau dompet gua terlupa bawak. Masa tu gua giat bermain sekitar jabatan kementerian dekat Jelapang sana. Banyak stairs dan kedai-kedai pon belum bukak lagi. Jiwa extreme gua memang pantang jumpa port seakan ini.

Penerimaan budak-budak skate masa itu adalah equal seperti mat-mat lepak hujung kampong. Ditegah muak disuruh tidak. Setakat pandangan sinis orang-orang separa berjaya menghunus jelingan tajam, menggeleng kepala seraya berfikir akan betapa gelapnya masa depan anak-anak muda itu. Gua sudah biasa.

Suatu masa, tatkala traffic jammed di sekitar simpang pasaraya Billion, tidak gua kirakan lelah bermain skate di penghujung petang itu menyedekahkan sedikit keringat yang berbaki. Apakah keprihatinan penduduk sejagat hanya sekadar memandang sambil berbisik melihat seorang Uncle Cina dan anak perempuannya bergelimpangan?

Seraya itu, gua parkirkan motor kesayangan gua di tepi jalanraya sambil papan luncur gua selitkan ke dalam bakul motor. Sayu gua dengar tangisan anak dara itu. Gua angkat beliau ke tepi jalan sendirian. Setelah itu, barulah ada beberapa kesedaran lain yang membantu uncle yang kelihatan lemah itu.

Ibarat Superman, gua tinggalkan kedua beranak itu untuk tindakan pihak susulan setelah siren kedengaran dari jauh. *cuak jugak gua dengan bapak polisi, takut disoal siasat, gua pon bukan baik sangat, sebelum kantoi, baik gua blah, ic n lesen pon tak bawak!

Puas dengan tindakan gua. Gua ceritakan kisah itu kepada emak yang sentiasa dalam keadaan bertelekung setiap kali kepulangan gua bermain skate. Supaya emak gua sentiasa bangga dan bersyukur dengan anaknya ini.

Sekali lagi gua sematkan dalam diri gua dan rakan-rakan sekalian, janganlah kita hanya menilai seseorang dari luarannya sahaja oke!



p/s: gua rasa gua ade jumpa amoi eksiden tu mase lepak-lepak teman member gua jual Roti John kat Matriks Gopeng beberapa tahun selepas kejadian eksiden. Seakan benar beliau masih mengingati gua. Adat Superman, gua buat-buat tak kenal. Cumanya gua tidak memakai seluar dalam di luar sahaja.

Saturday, October 3, 2009

Rugi betul gua tak tau cakap cina

Gua bajet semangat raya gua kekal sampai sebulan. Macam tak je.

Mula-mula sampai Ipoh. Gua memang semangat abis. Mana-mana gua pergi pakai baju raya. Bank ke. Pasaraya ke. Naik kereta ke. Naik moto ke. Selamba. Awek-awek seberang jalan senyum-senyum tengok gua.

Oke gua perasan. Naseb baik gua tak tayang N-Kad gua. Owh maju betul. Gua dah ada Kad Nikah sekarang. Tak perlu bawak surat nikah gi jalan-jalan.

Gua akui. Memang gua n bini gua selalu disalah ertikan sebagai pasangan muda yang hangat bercinta. Jalan pegang-pegang tangan. Usik mengusik. Tak salah romantik sampai tua kan. Kredit untuk Cikgu kimia kerana sentiasa nampak muda. Gua? Macam bapak budak kot. Owh peroot..

Gua ditegur sorang mamat baru nih. Member lame gua. Die sambung belajar kat Ipoh katanya. Muda banyak budak ni berbanding gua. Die kenal gua masa gua giat berSkating di Parit Raja suatu masa dulu. Tapi malangnye, die hanya mengenali gua dengan nama “Bro”. Apa kes! Last gua ingat gua jumpa dia kat JB, gua tak ingat sangat, Plaza mana. Masa tu die ni tengah lepak-lepak pakai topi style Koboi. Gua baru abis time kerja, pon jalan-jalan pakai coverall putih lagi. Budak Johor memang pandai bergaya. Tak percaya tanya Rambo. Nasihat gua pada Syahril sebelum berpisah, “Teruskan menjadi manusia cemerlang!” “InsyaAllah,” jawab beliau.

Terkesan gua dengan sorang anak Dato nih. Lu kenal gua. Saje je taknak tegur gua. Gua baru nak tegur, lu blah laju-laju plak. Ape lu ingat lu hensem sangat!

Gua sedar kebelakangan ni pakaian gua mirip orang kaya Ipoh. Seluar steng dengan baju pagoda. Style what? Kat Ipoh ni selalu sangat kalau Cina tersasul cakap Cina dengan gua. Gua gemuk sangat kot. Adik gua kata gua lagi putih kalu gua gemok. Gua prefer sedikit sawo sebenarnya.

Gua lebih senang berbahasa Singlish. Takdelah orang asik nak cakap Melayu je dengan gua. Gua cuba jogging balik baru-baru nih. Tak senang jugak. Tercabar dengan amoi gemok yang pintas gua lantas gua pecut laju-laju. Sudahnya, gua penat, sambung main bola. Geng-geng bola gua kat Padang Polo masih syok beraya lagi masa tu. Gua join golongan non-malay nih. Satu Malaysia! Gua sorang je Melayu kot. Yang gua pelik apasal diorang tak speaking plak dengan gua nih. Atau gua speaking memang ayat buku?

Teringat gua masa kat Phuket ritu. Gua join budak-budak tempatan main Beach Soccer. Layan jugak. Walaupon diorang tak tahu speaking. Tapi gaya tangan tunjuk best it upon sudah memadai.

Tak baiklah racist-racist ni kan kawan-kawan..

p/s: Gua dengan Cikgu Kimia ni dekat Teluk Batik Resort. Service? Ten Star! Over a hundred lah...