Cuti raya gua terlebih sikit dari cuti raya Cikgu Kimia. Tengahari nak masuk petang sikit barulah isteri kesayangan pulang ke pangkuan.
Gua langsung hilang punca. Sementelahan roadtax SuperCub gua yang baru di renew, gua ambil peluang ini untuk ronda-ronda keliling penempatan gua. Dalam batu jemala gua, kalau pekena cendol pon cantik jugak ni.
Sengaja gua pusing ikut jalan jauh. Jalan dalam yang gua guna masa nak pegi main sket dulu kalau-kalau dompet gua terlupa bawak. Masa tu gua giat bermain sekitar jabatan kementerian dekat Jelapang sana. Banyak stairs dan kedai-kedai pon belum bukak lagi. Jiwa extreme gua memang pantang jumpa port seakan ini.
Penerimaan budak-budak skate masa itu adalah equal seperti mat-mat lepak hujung kampong. Ditegah muak disuruh tidak. Setakat pandangan sinis orang-orang separa berjaya menghunus jelingan tajam, menggeleng kepala seraya berfikir akan betapa gelapnya masa depan anak-anak muda itu. Gua sudah biasa.
Suatu masa, tatkala traffic jammed di sekitar simpang pasaraya Billion, tidak gua kirakan lelah bermain skate di penghujung petang itu menyedekahkan sedikit keringat yang berbaki. Apakah keprihatinan penduduk sejagat hanya sekadar memandang sambil berbisik melihat seorang Uncle Cina dan anak perempuannya bergelimpangan?
Seraya itu, gua parkirkan motor kesayangan gua di tepi jalanraya sambil papan luncur gua selitkan ke dalam bakul motor. Sayu gua dengar tangisan anak dara itu. Gua angkat beliau ke tepi jalan sendirian. Setelah itu, barulah ada beberapa kesedaran lain yang membantu uncle yang kelihatan lemah itu.
Ibarat Superman, gua tinggalkan kedua beranak itu untuk tindakan pihak susulan setelah siren kedengaran dari jauh. *cuak jugak gua dengan bapak polisi, takut disoal siasat, gua pon bukan baik sangat, sebelum kantoi, baik gua blah, ic n lesen pon tak bawak!
Puas dengan tindakan gua. Gua ceritakan kisah itu kepada emak yang sentiasa dalam keadaan bertelekung setiap kali kepulangan gua bermain skate. Supaya emak gua sentiasa bangga dan bersyukur dengan anaknya ini.
Sekali lagi gua sematkan dalam diri gua dan rakan-rakan sekalian, janganlah kita hanya menilai seseorang dari luarannya sahaja oke!
p/s: gua rasa gua ade jumpa amoi eksiden tu mase lepak-lepak teman member gua jual Roti John kat Matriks Gopeng beberapa tahun selepas kejadian eksiden. Seakan benar beliau masih mengingati gua. Adat Superman, gua buat-buat tak kenal. Cumanya gua tidak memakai seluar dalam di luar sahaja.

5 comments:
ahmad dhani buat lagu 'aku bukanlah superman' based on pengalaman ko kot..
hahahahaha
skang nih kl nk take-off cm nk kne amik lajak jauh sket je
haahahha
naman, tu lah.. cumil je bebudak tuh.
esan, kalu landing takut kemalangan ngeri plak.. excess baggage!
aku stuju since muka aku yang cengeng ni slalu disalahertikan!!
cengeng ek? jap cari kamus BM huuu
Post a Comment