Saturday, October 31, 2009

Secebis harapan gua

Keheningan petang yang panas kering dan terang gua dipecahkan dengan satu salam dalam slanga Aussie yang sangat gua cam. Ohm, seorang tua yang berkahwin dengan seorang Makcik Singapore, dulunya adalah seorang pekerja di bahagian ketenteraan Australia. Beliau dan makcik sudah gua anggap seperti ibu bapa angkat sejak zaman kelas-pergi-pagi-balik-malam dulu lagi.

Selain bahasa percakapan beliau yang begitu sukar untuk difahami, jenaka-jenaka beliau juga menerbitkan kerutan di dahi sebelum dapat gua fahami. Kata orang sudah lama di negara asing pon belum tentu dapat bergelak tawa sesama orang tempatan di sini. Unless, kau ini jenis yang sambil mendengar dan tertawa buat-buat.

“I have a problem”, kata beliau setelah selesai bertanya khabar dan sebagainya. Cuak gua. “What happened?, balas gua. Memang adat bercakap omputih ni gua tak pandai cakap fancy-fancy sangat. Straight je. “I bought this little box, and this thing keeps hibernating. I don’t know much about computer”. Memang ‘little’ sekali ‘box’ itu. Acer Aspire One kot. Maju orang tua nih.

Rupanya bukan hibernate atau apa. Tapi power cable yang problem. Oke, sudah di propose kan tempat murah untuk mendapatkan kabel tersebut. Berterima kasih banyak orang tua itu.

Gua cuma harap warga tua di negara kita juga berteknologi IT seperti ini.

8 comments:

n@m@n said...

lu memang pemarah..eh peramah..

imHepPie said...

erkk..ramai gak warga mas yg join muka buku

cikgu_math said...

err... CM ni termasuk golongan orang tua ke? Tak apa... orang tua berteknologi IT!!

balqissy said...

dasat little box die. lain kali mintak dia belikan 2. pastu pos kat mesia ^.^

laki cikgu kimia said...

naman, beliau yg tegur gua la bro.. hihii

imheppie, betol2. tp gua add lame gile kot nak approve. haha

CM, Cm orang lama, pengalaman banyak, musti la hebat IT.

balqissy, die pon beli kat Singapore katanya. x jauh dah tu kan ehik!

ihsan_huhu said...

ntah. pakcik aku yg umo 80 lebey kat mesia tuh pon ade fb.

eyena said...

mudah mudahan tercapai harapam lu itu..hehehe

laki cikgu kimia said...

esan, refer to dakheppie.

eyena, semoga2. :)