Gua terkenang masa dia eksiden satu masa dulu, baru balik kelas heat transfer kalu tak silap. petang tu, gua tengah rilek-rilek main game kat komputer osmet gua. Komputer gua adalah digunakan untuk kegunaan akademik sahaja. ahaha.
Ade mamat tengganu ni datang umah gua. "Wei, mu dok tahu ke, Lang eksideng?". "Ha? Bio betoi?" "Ye ar, skang kat kilinik ito".
Gua macam tak bajet la teruk mane. Sampai la ade sorang member gua datang, Bingkai nama diberi. "Lan eksiden wei, dengar citer teruk".
Gua rempit naik moto SS Khalid Wong, priaaap! Sampai klinik ito, gua dengar suara Lan jerit-jerit sakit mase nak kena angkat masuk ambulans, kena gi hantar Hospital Batu Pahat. Biar betul mamat nih, biase macho je..
Lame gak die kat wad, kitorang rolling-rolling pegi tengok die. Yang penting ade misi praktikal kat situ yang kiut gile. Jadi, di mana ada kekiutan di situ ade gue.
Beberapa tahun kemudian, sedar-sedar beliau dah jadi pengapit. (mesti lu orang takbleh link kan, kaitan cerita di atas dengan jadi pengapit. Suka hati gua lah.)