Wednesday, May 6, 2009

Naseb baeklah ade dua lobang idong

Masa 0651. Lepas solat, berak seround, lebam tak tau nak buat apa.

Lobang idong sebelah kiri selsema, tekak gatal, demam dah nak baik, orang kate demam rindu tapi aku tak mengaku, dan aku kate sebab bacteria. Bagitau cikgu kimia, kena sekolah seround, “Itu lah, orang kata jangan makan megi..”. Terhibur sebentar malam tadi, dengan lawak spontan cikgu kimia. Dia tak gemar aku makan megi, aku pun bukan suka sangat tapi kadang-kadang je kalau malas.

Tidur aku malam tadi tidak lena diulit intan. Semalam aku tidak ke opis gara-gara menyediakan sedikit kejutan bagi menyambut kedatangan cikgu kimia. Seronok tau, bagi isteri kau jatuh cinta pada kau banyak kali. Bahagia. Cuti sekolah itu nanti kau orang jangan call aku, aku bizi.

Aku masih belum sihat, tak mahu naik basikal, bas atau train. Manja. Naik Nimbus itulah, parking pon tak mahal sangat. Teringat zaman susah dengan Ustaz. Sekarang ini, aku bermewah-mewahan dengan Mitsubishi Nimbus 2.4. Mahal jugaklah hai..

Penyelidikan aku stucked hari Selasa lalu. Oh bagaimanakah caranya mendapatkan bilangan total bola keras yang perlu dimasukkan dalam sebuah tank silinder? Siapa boleh selesaikan aku belanja. Hanya dua parameter diketahui, isipadu silinder 1 meter padu dan diameter bola keras 76mm. Sila design dan come out with one general formula or equation, bagi aku.

Ingat: bola keras bukannya pada koordinasi tetap di dalam tank itu. Level pertama (bawah sekali) aku boleh kiralah. Bagaimana level kedua? Ketiga? Kelapan belas?

Susunannya juga pasti rawak bukan? Tak boleh buat satu sususan bola tegak sahaja, atau sususan satu level saja pon tak dibenarkan. Tolong aku kat sini k..

Tiada kaitan dengan cerita di atas. Ni gambar kawan aku merenjis aku dan cikgu kimia mase kawen dolu. Tq bo.

16 comments:

Anonymous said...

gambo abang rambo yg kelako jugerrr.. ehehe

Nurul Nadiah said...

cikgu kimia nak pegi aussi eah?

bestnyaaaaa laki cikgu kimia

hehehe

=p

na.ni said...

semoga kekal dunia akhirat =)

ko gune je bola takraw.
aku pnh bt experiment ko neh dulu..
(eceh..harus la aku tipu kannn~)

laki cikgu kimia said...

en me, rambo nampak pemalu kan? die berlakon tu.

nadia, tu la. tp time cuti sekolah tu jap ja. alaaa..

kem, nak kena beli byk2 la.. aku ni nak kira dulu sebelum beli.. ha cane nak kira ek?

FrH said...

kau kat mana skrg? back to aussi?

owhh kesian pada kawan2 yg tinggal berjauhan selepas kahwin... :|

ihsan_huhu said...

woho.. gle bini datang

laki cikgu kimia said...

farah, kesian kan? tu laa..

ihsan, aku tuka nombor sebarang panggilan masuk tidak akan dilayan di musim cuti sekolah. sekian. haha

Amin Ahmad said...

jgn swine flue dah...ops, cabulnya mulut aku! :p

pink_butterfly said...

waah3... cekgu kimia nk dtg???


hepi la laki cekgu kimia nih...

SRISUFI said...

salam laki cikgu kimia..

apa khabar Am?

yang penting kamu berdua bahagia...jaga cikgu kimia comel tu k Am.

Rembo said...

OMG!

Baju kemeja bunga-bunga kecil ala-ala western, jam tangan casio calculator, ray-ban original and leather bracelet.

Hmmm...bergaya.

aida said...

ohoho..mmg siksa bila berjauhan..untung jugak boleh call and online..kalau kekanda di medan laut mcm ne la hai.

a.b geldofg said...

lobang idung mu tetap mjadi pooooooojaan hati ku

laki cikgu kimia said...

amin, sikit lagi je siku aku nak naik ni heh!

rerame, iye la x sabo nak hepi ni ha.. adulaa..

sufi, x sehat sgt nih.. harap2 bahgia selalu lah.. dan kamu juga ya!

rambo, ha ah x menahan..

aida, xpe la gaji banyak kan..

abgel, eh iye daa..

DrMaya said...

Ooo...dah jumpa si laki cikgu kimia.

kiralah isipadu 1 bola tu..Formulanya 1/2 x π(=3.472??)x j kuasa dua (=0.038m x 0.038m)

bil. bola = 1 meter padu bagi isipadu 1 bola

cikgu kimia tak ajar ke? :p

laki cikgu kimia said...

maya oh maya, cikgu mmg x aja mende ni.

er btw, isipadu sfera = (4/3)pai(r)kuasa 3 lah..

bil. bola = 1 meter padu bagi isipadu 1 bola = SALAH

xboleh lah anggap sfera itu memenuhi setiap ruang kan.. cuba renung2 kembali..

cth, jika bentuk tank dan bola adalah kiub segiempatsama, barulah terus bahagi cara demikian.