Wednesday, May 27, 2009

Kawan Baik

Ini kawan baik gua. Dari degree sampai kerja, sampai bila-bila.

Gua terkenang masa dia eksiden satu masa dulu, baru balik kelas heat transfer kalu tak silap. petang tu, gua tengah rilek-rilek main game kat komputer osmet gua. Komputer gua adalah digunakan untuk kegunaan akademik sahaja. ahaha.

Ade mamat tengganu ni datang umah gua. "Wei, mu dok tahu ke, Lang eksideng?". "Ha? Bio betoi?" "Ye ar, skang kat kilinik ito".

Gua macam tak bajet la teruk mane. Sampai la ade sorang member gua datang, Bingkai nama diberi. "Lan eksiden wei, dengar citer teruk".

Gua rempit naik moto SS Khalid Wong, priaaap! Sampai klinik ito, gua dengar suara Lan jerit-jerit sakit mase nak kena angkat masuk ambulans, kena gi hantar Hospital Batu Pahat. Biar betul mamat nih, biase macho je..

Lame gak die kat wad, kitorang rolling-rolling pegi tengok die. Yang penting ade misi praktikal kat situ yang kiut gile. Jadi, di mana ada kekiutan di situ ade gue.

Beberapa tahun kemudian, sedar-sedar beliau dah jadi pengapit. (mesti lu orang takbleh link kan, kaitan cerita di atas dengan jadi pengapit. Suka hati gua lah.)

-PIC REMOVED-

p/s: Sorilah beberapa hari kebelakangan ini, gua bizi sangat. Nak siapkan kertas kerja sebelum 30 jun, untuk persidangan di Singapura akhir Ogos ini. Iye lama lagi. Tapi lu orang kena ingat, sabtu ni bini gua datang. Gua mesti banyak kerja lain. Membawa isteri kesayangan berjalan-jalan di persekitaran pre-winter misalnya.

13 comments:

Anonymous said...

kawan menangis sukar dicarik kannns..

pink_butterfly said...

xlama lg turn lan la pulak naik pelamin...


cikgu kimia dtg? waahh, bkn stakat seronok, beronok2 la chi am nti ye...

Maryam said...

selamat berangkat, cikgu kimia! saya nak koala sekor, boleh? haha

cikgu kimia pegi adelaide, tak rasa apa. cikgu jawe gi tanah haram. sentap ai! huhu

[MH] said...

bro,kena la tulis situ..

'kredit utk Fathiyyah' sebab dpt idea tulis pasal kawan baik

:D

ngeh

Bila dh ada kawan baik,mmg susah la nak cari ganti

FrH said...

:) aku pn xbleh lupe masa lan xciden tu ...

selamat bergembira disamping isteri ... haha. kesian lo ;)

Rembo said...

owh my, lu memanggil semula ingatn gua terhadap mimpi ngeri itu!

ha, baju Jet gua jangan lupa!

chekgu Bani Hassim said...

dua2 same penting...
takde kawan pun susah gak...
takde bini, hati pun susah gak...
huhu

Amin Ahmad said...

gua hanya lega bila baca isteri lu datang jumpa lu kat sana.

bukan apa, bila isteri jauh, lu rindu kawan lelaki, gua jadi risau...

hahahaha

ihsan_huhu said...

caya la pewaris reformasi..

ptt r usha betis faris semacam je arituh

Basuh Baju said...

kawan terbaik adalah kawan yg sanggup kongsi maggie bersama.. :)

laki cikgu kimia said...

en me, betul encik betul..

rerame, beronok2? laen macam betul bunyiknye.

maryam, rezki kami bakal kesampaian insyaAllah..

laki cikgu kimia said...

fathiyyah,kredit utk Fathiyyah!

farah, -sedang bergembira-

rambo, gua ingat bo.

laki cikgu kimia said...

cbh, eh iye la..

amin, cis lo!

ihsan, ah engkau. best n fairest kununn..

basuhan, mmg gua biase pao die pon hahha