Tiga hari juga sakit kepala.. bagusnya hari ketiga tamat. Isnin, Selasa dan Rabu. Setelah usaha berhasil, walau hanya satu pertiga. Oh, sebelum raya ada persidangan di Singapura. Harap berjaya.
Jumaat, selesai lagi dua per tiga. Macam tidak bermaksud sangat. Tapi belum tahu. Siap kerja. Balik awal. Itu malam layan futsal. Dengarnya lawan team Mat Saleh. Bagus juga release sekali sekala. Pusingan kelayakan. Kalau menang, boleh masuk liga Inggeris. Peringkat daerah sini-sini saja.
Hari ini, Sabtu. Bukan. Sudah malam. Jadi malam Ahad. Sudah pindah rumah baru. Macam biasa malam-malam, layan lagu. Kali ini tidak jerit-jerit. Keras. Tak mahu. Jiwa kata mahu rehat. Lagu Siti Nurhaliza pon tak tekan next.
Telefon bimbit juga dipadam. Tidak mahu gangguan tempatan. Antarabangsa tak apa.
Esok, awal pagi perlu berkereta membantu rakan. Pindah rumah juga.
Kawan-kawan semua. Maaf juga ya. Terabai rasa berkawan walau ada yang tidak pernah bersua muka. Rupanya memang betul kata kawan lama. Sudah berkahwin kawan perempuan semua
Tidak mahu dituduh merampas suami orang mungkin. Tak lah. Kalau tanya aku. Aku suka berkawan dan berkenal-kenal. Lelaki atau wanita. Sama. Jangan perasan. Aku lebih cinta isteri aku. Bukan geram dengan siapa-siapa. Betul.
Ok. Nak tidur awal lah.
*
Oh.. lawan team mat saleh itu, menang 19-0. Main 40 minit. Tetap anggap kalah satu kosong. Target 20. Berlagaknya kau am.
10 comments:
Jangan perasan. Aku lebih cinta isteri aku. Bukan geram dengan siapa-siapa. Betul.
chewah, statement tak menahan tu.
sapa yg prasan tu? hehehe
melainkan kamu cakap, "isteri saya buat spot check mesage archive saya."
hahaha...
*takleh bayang esok2 bila saya kawen, partner idup tu check archive Y!M.. matik guwe~
*message
tertinggal la pulok..
lagu datok siti pun oke perghh..
ko ni kena pi semaphore agaknya..pi lah tgk laut..tenang sikit kot :)
suka statement syg isteri tu. sgt hebat. sungguh keunggulan cinta. hehs. having hard times? sgt bz kh chi am?
rerama, itu hanya kenyataan umum.
maryam, xlah.. isteri saye percayekan saye. dah lah comel die tu.. (ehem2.. die tengah baca nih uhuuh)
en me, layankan aje lah hihi
inah, biziness la inah..
syahirah, bz betul ni.. nak siapkan keje awal.. nak balik raye huuh
bagi aku, kawin atau tak, ia sama saje. cuma kawen lebey selamat dari neraka.. hehe..
enrty ini berbeu sibuk. baca pun terasa penat:)
pinky lucia, kawen ke kawan maksud ko nih? maap la aku ni kurang ilmu sket huhu
banat, haa kan?
Post a Comment