Saturday, May 23, 2009

Sudah lah malam cepat

Alahai.. ternyata aku ini lemah juga..

Tiga hari juga sakit kepala.. bagusnya hari ketiga tamat. Isnin, Selasa dan Rabu. Setelah usaha berhasil, walau hanya satu pertiga. Oh, sebelum raya ada persidangan di Singapura. Harap berjaya.

Jumaat, selesai lagi dua per tiga. Macam tidak bermaksud sangat. Tapi belum tahu. Siap kerja. Balik awal. Itu malam layan futsal. Dengarnya lawan team Mat Saleh. Bagus juga release sekali sekala. Pusingan kelayakan. Kalau menang, boleh masuk liga Inggeris. Peringkat daerah sini-sini saja.

Hari ini, Sabtu. Bukan. Sudah malam. Jadi malam Ahad. Sudah pindah rumah baru. Macam biasa malam-malam, layan lagu. Kali ini tidak jerit-jerit. Keras. Tak mahu. Jiwa kata mahu rehat. Lagu Siti Nurhaliza pon tak tekan next.

Telefon bimbit juga dipadam. Tidak mahu gangguan tempatan. Antarabangsa tak apa. Ada juga terima sms antarabangsa. Tak bermaksud mengabai tapi memang tidak berbalas juga sudahnya. Cuma mahu rehat. Maaflah. Tetap sayang kamu.

Esok, awal pagi perlu berkereta membantu rakan. Pindah rumah juga.

Kawan-kawan semua. Maaf juga ya. Terabai rasa berkawan walau ada yang tidak pernah bersua muka. Rupanya memang betul kata kawan lama. Sudah berkahwin kawan perempuan semua cuba mengelak dari bertegur sapa, YM, atau apa saja yang boleh mendatangkan cakap-cakap orang.

Tidak mahu dituduh merampas suami orang mungkin. Tak lah. Kalau tanya aku. Aku suka berkawan dan berkenal-kenal. Lelaki atau wanita. Sama. Jangan perasan. Aku lebih cinta isteri aku. Bukan geram dengan siapa-siapa. Betul.

Ok. Nak tidur awal lah.


*


Oh.. lawan team mat saleh itu, menang 19-0. Main 40 minit. Tetap anggap kalah satu kosong. Target 20. Berlagaknya kau am.

10 comments:

pink_butterfly said...

Jangan perasan. Aku lebih cinta isteri aku. Bukan geram dengan siapa-siapa. Betul.


chewah, statement tak menahan tu.


sapa yg prasan tu? hehehe

Maryam said...

melainkan kamu cakap, "isteri saya buat spot check mesage archive saya."

hahaha...

*takleh bayang esok2 bila saya kawen, partner idup tu check archive Y!M.. matik guwe~

Maryam said...

*message

tertinggal la pulok..

Anonymous said...

lagu datok siti pun oke perghh..

Inah said...

ko ni kena pi semaphore agaknya..pi lah tgk laut..tenang sikit kot :)

SyAhiRah LaLAla said...

suka statement syg isteri tu. sgt hebat. sungguh keunggulan cinta. hehs. having hard times? sgt bz kh chi am?

laki cikgu kimia said...

rerama, itu hanya kenyataan umum.

maryam, xlah.. isteri saye percayekan saye. dah lah comel die tu.. (ehem2.. die tengah baca nih uhuuh)

en me, layankan aje lah hihi

inah, biziness la inah..

syahirah, bz betul ni.. nak siapkan keje awal.. nak balik raye huuh

piNky LuCiA said...

bagi aku, kawin atau tak, ia sama saje. cuma kawen lebey selamat dari neraka.. hehe..

Unknown said...

enrty ini berbeu sibuk. baca pun terasa penat:)

laki cikgu kimia said...

pinky lucia, kawen ke kawan maksud ko nih? maap la aku ni kurang ilmu sket huhu

banat, haa kan?