Friday, January 8, 2010

Fasa gila

Hidup dengan objektif meng’ada’kan sesuatu yang tidak ada memang menyesakkan kepala. Itu fasa gua sekarang. Fasa meng'ada' bukan mengada-ngada.

Meeting bersama bos jumaat lepas, member kesan pemujukan hati gua untuk terus cergas dalam aktiviti pekerjaan gua di sini. Apa tidaknya. Meeting sejam lebih di dalam meeting room berpanjangan dengan Latte with three sugar sticks di kedai kopi berhampiran. Mestilah gua buat-buat sibuk dengan handset semasa aktiviti pembayaran. :P

Kedai kopi 'berhampiran' kata bos gua. Dekat sekilo jugak ni gua rasa. Dasar orang putih memang suka berjalan kaki agaknya. Ni kalu zaman rempit gua ni, sekilo, memang dah gua set sprocket 15-30, pipe tiga bearing FAG ni kurang-kurang.

Cerita pasal masa depan dengan bos. Tentang besar mana lima puluh ribu ozi itu di mata gua. Dengan currency conversion factor sekarang yang menjadi-jadi. Gua boleh jadi goyang.

Apa pon, kerja yang ada ini pon belum pernah usai sesempurna mana. Apa pula cerita puluh ribuan? Berbalik semulalah ke alam nyata. Apa perasankah dikau perkataan baru yang gua gunakan ini? Perkataan ‘usai’ itu belum pernah gua gunakan sebelum ini. Macam nama orang asli pula bunyinya kan?

Your corporation are much appreciated.



Regards,

Usai
Tok Batin Kg Sahom

Wednesday, January 6, 2010

Silap tak sama dengan salah..

Dua hari lepas gua telah buat empat puluh empat jenis kesilapan dalam pekerjaan gua. Iya. Empat puluh empat, setakat jam dua empat puluh lima pagi.

Hari ini, setakat jam dua lapan minit petang, sudah sebelas jenis kesilapan lagi. Tapi oke. Kerana sampai sekarang senyuman gua semakin melebar dari hari ke hari.

Telah banyak jenis kesilapan yang gua lakukan dalam pekerjaan gua sehari-hari. Tapi itu tak apa. Kesilapan yang banyak sebenarnya menjurus ke arah kejayaan.


Tapi ingat:

“Banyak kali membuat kesilapan pun tak apa, asalkan bukan jenis kesilapan yang sama, kerana dua kali melakukan kesilapan yang sama itu adalah kesalahan, dimana melaku dua kali kesalahan yang sama itu bodoh”.


Marilah bergerak maju..

Sunday, January 3, 2010

Hidupilah hidup sehidup-hidupnya..

Wahai kengkawan sekalian alam! Marilah kita menyemarakkan hari mendatang dengan gembelingan tenaga total ke arah kecemerlangan kualiti kerja, ilmu, dan ibadah.

Selamat menyambut hari Isnin pertama selepas cuti panjang!

Saturday, January 2, 2010

Berikan gua secebis tidur..

Steven baru sms bagitau dia dah balik. Frank n Martin tak tau apa cerita. Mood krismas atau new year lagi tak. Atau dah kembali bersemangat berkobar-kobar meneruskan projek-projek penyelidikan selama ini.

Jap.

Cih.. Steven called kejap tadi. Tau-tau aja gua cerita pasal dia. Tanya gua pasal projek. Solusi yang pernah gua emelkan sebelum ini pon nampaknya 'a bit difficult' ujar beliau. Tak apa lah. Gua tau. Saja gua emelkan jugak ari tu biar lu sama-sama sakit kepala masa cuti ni.

Cuti agak panjang kali ini, kata gua 'I enjoyed mine' as gua sms dia tadi petang. Macam biasa hujung-hujung cuti la bilamana masa tidur gua semakin tak tentu hala dek memikirkan solusi projek yang yang belum sempurna.

Kata bini gua, cukup-cukuplah layan movie tu malam-malam ni. Bawak-bawak la tidur. Gua, bukan tak mahu tidur. Kalau memang itu hobi gua dari dulu apa. Tapi tabiat otak gua kalau tak settle, kalau tak solve, lagi tu dia bekerja. Memang bikin gua tak boleh tidur. Alternatif gua layan movie sampai mengantuk. Sampai kurang-kurang empat dua puluh satu pagi. Lepas semayang.

Harap gua dapat tidur dengan teratur supaya esok cergas dan cerdas macam dalam iklan susu segar..

Thursday, December 31, 2009

Azam 2010..


Gua, dengan tersiarnya entri kali ini, mencabar diri sendiri untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan azam tahun ini tercapai sebaik mungkin.

- Sembahyang di awal waktu. Terbaca blog rakan lama. Patut paling utama yang ini.

- Jaga tidur. Untuk kualiti minda, tubuh badan, dan kesedian generasi masa depan.

- Memastikan waktu kerja yang konsisten.

- Menerbitkan tiga buah jurnal. Publish! mesti mau published!

- Mula menulis buku laporan kajian. Jangan dok tunggu last minit. Sakit lu nanti.

- Mengurangkan ‘nasehat-nasehat’ direct. Jaga hati rakan-rakan dan orang sekeliling.

- Jaga badan agar sentiasa di bawah nilai BMI normal..


bak kata bapa mertua: KATA ITU KOTA..

Wednesday, December 30, 2009

Muhasabah

Checklist untuk azam tahun lepas.


1) Submit at least one journal paper and two conference papers.

- jadi tak boleh main-main sangat, rilek jangan lebih-lebih, kena fokus, kena rajin pegi office, baca papers, summarize, tulis semula, tak paham ko tanya. -checked, Phuket conference March 09

- fahamkan simulation concept, run the existing computer models, compare which method provide max heat transfer, even according to literature review, there should be sphere with matrices, but validate them mathematically, find the exact dimension and material properties. baru boleh keluar journal paper.–checked, Singapore conference August 09

Note:- satu journal paper dah siap submitted kat bos, belum returned. Lagi dua critical findings; satu baru 40% complete, lagi satu belum start, langsung gua salahkan cuti Hari Natal yang panjang pulak..


2) Menjadi dua

- menukar cara fikir untuk dua belah pihak win-win. –checked. So far so good.

- jangan selalu gamble nak buat keputusan, minta tolong tuhan selalu, berserah bukan gamble, ingat: ramai orang sayang kat ko. jangan biar mereka risau. –checked. Bini banyak mempengaruhi keputusan sekarang. Aduss..

- belajar cara bergaul.. err.. maksud aku bergaul lah.. korang fikir ape! public relationship maksud aku, kena pandai jaga hati orang-orang lebih tua.. mak ayah belah sini belah sana.. adik beradik belah sini belah sana. –checked. Bolehlah blaja-blaja..

- belajar cara dengar pendapat orang, dengar je.. terima tak itu hak ko. -unchecked! Gua kena blaja banyak lagi..

- jaga peribadi dan sahsiah.. ingat jadi ketua keluarga bukan main-main. bakal anak perempuan kembar kau tu, didik baik-baik biar jadi solehah. eh.. dah jauh sangat kau fikir ni. ade rezki tuhan bagi oke. –check ke uncheck? Bila nak dapat anak nih. Err.. malam ni malam apa? heh

- rumah, kereta dan barang hiasan itu satu sumber kebahagiaan.. diorang tak cakap.. tapi ko kena faham sendiri lah. –checked kot.. planning nak pegi main snow plak bulan 6-7 ni. Hoyeah!

3) Compress

- ko tak sayang ke stok levis ko.. faiowan, engineered n black tu ko nak tengok saje? Ha tak reti-reti nak kuruskan badan? -50% checked. Ade ke patut menten sampai bulan enam je? lepas tu semua dah x muat! Waaaaa!

- Makan banyak tu aku tak salahkan ko, nak buat camane dah itu hobi ko, jaga senaman la. sekali-sekala takpe balik opis awal.. pegi main bola dengan kawan-kawan sana. Familyman pon perlu sehat zahir batin what. –checked. Tapi perut memang susah nak cover woooo!

- Jaga tidur ko.. ikut time.. sekali sekala tidur lambat takpe aku maafkan.. tapi make sure esok nye cuti, so ko boleh rehat.. aku paham ko baru kawin. Banyak overtime. –unchecked. Tido gua memang tak jaga. Siut la..

- Makan sayur aku kata. Makan sayur. Tak payah tunggu nak masak warna warni baru ko nak jamah sayur. Ko dah besar am, bukan budak-budak, makan kena warna-warni. Tukar sikit cara fikir. –checked. Dah bini masak, kena makan laa kang moncong pulekss.. akibatnya langsung gua membulat!

Tak cukup azam ko banyak ni aje am. Nanti update lagi, tak semestinya kena tunggu akhir tahun baru nak buat azam kan. –unchecked! Part ni gua tak update sangat. Yang ade ni pon baru 50% success. Sikit ari lagi gua buat azam tahun baru plak!