Tuesday, September 18, 2012

Friday, August 31, 2012

Alhamdulillah..

Something before thirty...

Itu target gua..  tetapi sekarang sudah 30 tahun sebulan  lebih.. kira okay lah..

Semalam, kira-kira jam 0850 pagi waktu Malaysia, gua yang sedang bersiap-siap mahu keluar bersarapan bersama keluarga, dikejutkan dengan bunyi emel masuk..

Cuak juga gua membaca subjek emel itu.. jawapan yang gua tunggu-tunggu akhirnya tiba jua..

Alhamdulillah.. pass forthwith.

Bini gua sudah membayangkan hadiah makan malam mewah gayanya.. sambil men'jek' gua dengan jolokan nama Dr.

Ah.. tak perlu.. kawan-kawan boleh terus panggil gua dengan nama sahaja..

Tetapi jika mahu panggil Abang, itu terserah ahahahah


Monday, June 25, 2012

Gembira pulang ke gagang..

Oh beginilah..

Ada tiga buah telefon awam.. yang memungkinkan gua menelefon pihak tertentu, hanya satu saja yang boleh digunakan.. barang lima minit dan kemudiannya langsung semua tidak boleh pakai..

Ada rasa panas berlengas dengan suhu lima kali ganda lebih tinggi dari kawasan penginapan biasa gua di negara orang itu..

Ada toilet berpaip..

Iyalah gua semalam itu berada di KLIA.


Balik for good.


Setelah selesai gua submit buku kerja yang gua usahakan selama lebih tiga tahun itu. Gua submit dengan Bismillah.. semoga approve dengan cepat..  InsyaAllah..




Sekianlah lintas langsung dari Denai Alam menggunakan laptop sponsor milik Khazanah Nasional.  Termaktub dilaporkan.

Monday, May 14, 2012

Budak Adik lahir ke dunia..

Selamat datang Adik.. selamat datang ke dunia..


Banyak nasihat yang hendak Baba kongsikan bersama Adik dan juga Kakak..  Bakal Baba turunkan selari dengan detik masa yang berlalu..

Nasihat yang utama.  Ingatlah Tuhan sentiasa. Itu yang pasti. Itu objektif kita. Matlamat kita.  Berpeganglah pada tali Allah..


Semoga Tuhan sentiasa bersama Adik.. Semoga Adik cemerlang dunia dan akhirat.



Baby Boy ini telah selamat dilahirkan di Lyell Mc Ewin Hospital, Elizabeth Vale.  Jam 1548 hari Sabtu 05 May 2012. Normal. Seberat 3.02 kg.

Alhamdulillah..

Sunday, April 1, 2012

Peranan Baba..



Video recorded by ummi dalam kereta nak dinner kat luar..
Kakak dah nak masuk setahun empat bulan..

Monday, January 30, 2012

Budak kakak berenang..


Tiga belas bulan lebih.. umur tiga belas tahun nanti dah boleh la selamatkan gua lemas ke nanti..

Thursday, January 26, 2012

u 'is' my destiny..

u sangat bermakna dalam hidup i..

kerana u, i tak perlu lagi tercari-cari dalam hidup ini.. cth: penyahtinjaUan.

dan sekarang i sangat terasa akan kehilangan u.. cth:penyahtinjaan

ok bye nak pegi berak sekarang!

Sunday, January 1, 2012

pabila isterimu seorang cikgu kimia..

bini: sedap la air mineral ni..

gua: ha? same je..

bini: Sedap! Rasa pottasium..

gua: ha?????





selamat menyambut tahun baru 2012..

Monday, December 5, 2011

Friday, November 25, 2011

Sudah dua tau!

Campur kali ini sudah dua kali gua gagal meng'upload' movie anak gua. Bukanlah kerana gua rajin sangat buat video, tapi sebab ramai yang turut sama menjayakan proses pembikinan filem yang mana dapat meningkatkan lagi industri perfileman negara kita lalu proses ini secara rasionalnya amatlah terdambakan akan dirinya.

Ape sey!


.
.


Gua nak present conference plak pagi ni. Hadoyai. Lama juga gua tak berdiri sebagai public speaker even gua ini memang lah seorang public figure being publicly commercialised in the public close to public phone.

Ape sey!

Cukuplah repekan hari ni. Gua mahu menyediakan diri untuk perkongsian ilmu ni. Sapa nak blaja pasal Thermal Energy Storage, meh gua pimpin. Bila dah terer esok la tapinyer....

Sunday, November 13, 2011

Bermula 9 bulan sampai kini 11 bulan..

Budak ini bikin kami bizi sehari-hari.

Bizi kejar dia!



Dah nampak dah kuasa pecutan di situ!

Saturday, October 15, 2011

Bahagia

Pembikinan buku projek berjalan lancar bak pucuk dilancar... Oke ayat komik.




Pertumbuhan adik (atau adik-adik) kepada si kakak cemerlang. iA.





Kakak mempunyai sepasang kaki yang aktif, seraya mem'bizi'kan kehidupan harian.











ceritadunia - ada orang sekarang ni bangun awal pagi-pagi. nak bbm. wek.








Monday, September 26, 2011

Usaha

‎57/4=?

Main congak-congak dengan bini masa makan 'Trail Mix' (a mix of dried fruit, nuts and seeds).



57=56+1; so akan ada balance 1/4, so 56=8x7, and 8=4x2, therefore 7x2=14 then ans: 14 1/4.

Dia x pueh ati dgn method congak gua hahah




Macam-macam orang buat nak kasi anak masing-masing jadi bijak. Makanan jenis-jenis macam tu elok dimakan masa pregnancy. Latihan matematik juga digalakkan. Main piano juga adalah baik untuk rangsangan otak ibu dan anak dalam kandungan.

Semuanya kena usaha dengan izin tuhan..

Saturday, September 17, 2011

Modifikasi kereta.. dan anak kedua.

Oh. Gembira.


Kereta gua rosak baru-baru ni. Asap keluar dekat ignition key switch. Starter pulak tak nak disenggange. Gua saspek tiga kemungkinan. Solenoid, relay atau ignition key switch. Mungkin boleh jadi empat. Starter motor.



Gua panggil RAA. Pomen dia kata stucked starter. Gua terus percaya. Dia offer nak tow. Gua kata tak payah.



Boleh tukar sendiri. Macam tak susah sangat gua rasa. Oke. Susah sikit sebab sempit.



End up sedar-sedar Sabtu pagi sepuluh lebih gua dah berjaya tukar siap.



'Siul'an kedamaian. Tak jadi jugak. Tak boleh start jugak. Betul telahan pertama gua, ignition key yang 'jahannum'.



Malas pikir panjang, gua modify satu push button swith tepi signal handle belah kanan dekat dashboard. Sistem macam forklift. Nak start engine, lu pulas kunci dekat kedudukan on, pastu tekan push button tu je.



Vroom... Rasa macam nak start bimmer.. heh. Gua sembang dengan sorang mat salleh ni dia kata kereta racing pakai start switch macam tu la. Waa.. gua gurau patutnya keta gua jadi lagi laju la. Ketawa besar dia.



Ok. Kakak kata dia nak adik. Sekian.

Saturday, August 27, 2011

Aidil...

Lagi dua tiga hari saja.

Tiada rasa.

.

Sibuk dengan pekerjaan dunia yang bertarikh tamat dua minggu sekali.

Dengan harapan berjaya bergaya dihujung tahun ini.

Minta orang ramai tolong doakan.

Malam-malam terakhir ini.

.

Jemu berterawih sambil berbicara di minda soal kerja.

Bersikap ignoran pada semua.

.

Cukuplah.

.
.
.


Selamat Hari Raya.


Friday, July 29, 2011

Siapa bunuh Alice?

Wah! Apa khabar adik-adik sekalian? Nampaknya sudah lebih sepurnama kita tidak bersua muka. Macamlah nampak muka kita di sini kan adik-adik? Iya abang ini macam biasa memang suka merepek-repek..

Oh ya. Apa kata kita mulai entri kali ini dengan sebuah teka-teki bahasa Inggeris? Mahu bukan? Iya bang tahu adik-adik semua memang gelojoh.

Bukan apa, sementelahan pergi menemankan isteri abang membeli belah di pasaraya J-mart berdekatan rumah di kampung ini, abang ada terfikirkan sebuah teka teki apabila melihat bola-bolaan kecil yang bergantungan mesra di depan tempat parking kereta abang yang sudah tidak sejuk lagi sistem penghawa dinginnya itu.

Jadi dari situ abang mula terfikirkannya, apa pula dengan ditemani monolog-monolog kontang di tengah-tengah dinihari ini.

"Jadi, abang. Ini sudah hampir ke penghujung entri. Apakah teka-teki wangi abang itu?" tanya Ramachandran yang tidak sabar-sabar lagi.

"Baiklah. Teka-tekinya berbunyi begini."

Apakah kata nama Inggeris bagi sebuah bola yang dimainkan oleh Michael Jordan?

*
*

Kedengaran seorang kanak-kanak berlari-lari anak menangis sedu-sedan meninggalkan fikiran gua terawang-awang sendirian.

Gua sekarang sedang berteka-teki pasca lanjutan. Adakah Ramachandran menangis kerana tidak tahu akan jawapan teka-teki gua itu? Atau dia tidak kenal siapa Michael Jordan? Atau dia ada disengat binatang berbisa tadi?

Teka-teki gua juga turut melanjutkan pelajarannya ke peringat yang lebih tinggi, dengan soalan yang berbunyi seperti berikut:

"Siapakah Ramachandran itu?"

Friday, June 3, 2011

Enam bulan n still counting..

Gua nak bawak budak ni balik Malaysia hari Ahad ni. Sapa-sapa dah rindu gua, eh anak gua, boleh tunggu kat KLIA jam 3 petang.

Gua balik ni lama jugalah plannya. Kalu boleh nak sunatkan budak ni sekali.

Mak budak ni pulak baru tumbuh Wisdom Teeth. 'Repair' di Malaysia murah sikit kot. Hehe gua pon belum tumbuh gigi tu. Nampak sangat ke'awetmuda'an gua berbanding bini gua.

Anak gua apa gigi pon belom ada. Khamis lepas cucuk immunisation untuk 6 bulan. Owh cepat betol dia membesar.

Dah pandai meniarap dan baring sendiri. Dah boleh reverse n forward. Panggil Baba sambut gua balik office sambil senyum. Ajak gua main pon sebut Baba. Part best, bila dia sebut Umi bila dia nangis sebab gua gigit pipi, dagu, lengan, betis dan peha dia. Haha..

Part paling best, bila gua panggil, "Ma'iesyaaahh...", dia jawab, "Babaaaa..", pastu senyum. memang cair hati waja gua ni...


Biasalah. Captured pakai nset ayam.

Saturday, May 28, 2011

Mual dan loya

Gua beli orange juice dari pasaraya berdekatan dua hari lepas. Reduced price. Due date hari ni. Memang gua struggle nak habiskan dua liter.

Sudahnya kelam malam gua kini diterangi cahaya mentol bilik air Energy Saver warna Cool Daylight. Dua tiga kali gua bangun melepas hajat.

Effort gua dalam menangani masalah peribadi ini adalah dengan meminum sebanyak mungkin air bagi meneutralkan tahap rembesan keasidan hasil atas tindakbalas darah putih yang mengesan bendasing dalam perut gua. Itu teori picisan gua. Gua memang suka-suka bikin teori sendiri.

Sekarang, pada masa entri ini ditulis pun, gua ada rasa macam nak terkucil tapi ku tahan Jebat. Tak cukup dengan itu, gua ada rasa mual, loya, sakit kepala, sakit urat dan macam-macam lagi.

Okelah. Gua nak tolong bini jap. Sebagai suami mithali, tanggungjawab zahir gua adalah termasuk menolong isteri memasak dihujung minggu. Mengeratkan silaturrahimlah katakan..

Tuesday, May 17, 2011

Gear reverse..

Salam.

Huh lama jugak gua tak hapdet. Maklumlah.. Fasa gua ni orang putih kata.. tengah 'at stake' sekarang ni.

Hati gua gembira sekarang ni. Family gua dengan segerombolan makcik-makcik kesayangan gua datang melawat gua di sini.. masa gua banyak diisi dengan aktiviti bersama keluarga dengan rasa gembira dan bahagia senantiasa.

Oh ya. Gua taknak cakap, "Kasih sayang gua pada anak gua tak pernah berubah..". Alaa.. macam ayat-ayat cerita Melayu.. Gua semakin sayang anak gua ni sehari-hari.

Anak gua dah siap install gear reverse. Masa terlentang atau meniarap, arah jalannya adalah reverse. Heheh comel betul. Lepas gua bagi makan buah-buahan Heinz, gua tengok anak gua selalu aktif semacam. Gua saspek over sugar ke hape. Heh. Sampai tertonggeng-tonggeng. Ngee... comel comel comel!

Pagi ni cadangnya nak bawak family jalan-jalan tengok kanggaroo n koala n macam-macam binatang tempatan lagi. Dua binatang utama yang gua highlight tadi, kira wajiblah.

Okelah. Banyak kisah sedih berlaku akhir-akhir ni. Gua saje cuba happy-happy ni hah. Semoga tuhan selalu tolong gua.. Isk..