Saturday, May 28, 2011

Mual dan loya

Gua beli orange juice dari pasaraya berdekatan dua hari lepas. Reduced price. Due date hari ni. Memang gua struggle nak habiskan dua liter.

Sudahnya kelam malam gua kini diterangi cahaya mentol bilik air Energy Saver warna Cool Daylight. Dua tiga kali gua bangun melepas hajat.

Effort gua dalam menangani masalah peribadi ini adalah dengan meminum sebanyak mungkin air bagi meneutralkan tahap rembesan keasidan hasil atas tindakbalas darah putih yang mengesan bendasing dalam perut gua. Itu teori picisan gua. Gua memang suka-suka bikin teori sendiri.

Sekarang, pada masa entri ini ditulis pun, gua ada rasa macam nak terkucil tapi ku tahan Jebat. Tak cukup dengan itu, gua ada rasa mual, loya, sakit kepala, sakit urat dan macam-macam lagi.

Okelah. Gua nak tolong bini jap. Sebagai suami mithali, tanggungjawab zahir gua adalah termasuk menolong isteri memasak dihujung minggu. Mengeratkan silaturrahimlah katakan..

2 comments:

ihsan_huhu said...

tanggungjawab aku adelah makan xkira hujung miggu ke x.

koling2 la k

Puan Capa said...

mual, loya??

ko mengandung ke?hahaha