Saturday, October 30, 2010

Nampaknya, gua kena bertindak sekarang!

SAFETY

BABY CARE

NAPPIES/FORMULA

Outlet covers

Baby mittens

Nappies

Nail scissors

Nappy bags (small & large)

NURSING/FEEDING

Brush and comb

Travelling bag for baby’s stuff

Breast pads

First aid kit

Baby changing mat

Breast pump

Nappy pail

Wipes

Breast cream

Nursing pillow

BATH

CAR SEAT

6-8 bottles for formula, juice and water

Baby bath tub

Infant car seat (capsule)

Bottle warmer

4 hooded bath towels

Baby sunshade

Bottle steriliser

Bath aid

Head support pad

Bottle drying rack

Wash cloths

Bottle brush

WALKER/SWINGS

8-12 bibs

TOILETRIES

Bouncer

Dishwasher caddy

Body wash

Baby carries

Pacifiers

Shampoo

6-12 cloth nappies

Soap

Rattles

Lotion

Breast milk storage

Baby oil

Cotton swabs

Baby wipes

Rash cream

Cotton balls



Ini senarai keperluan yang bini gua dah listkan. Adakah semuanya memang keperluan? Atau nafsu excited seorang bakal ibu? Kopaklah gua macam ni..

Gua nak kena buat 'sedikit' research berkenaan hal yang tersebut di atas!

Thursday, October 28, 2010

Harga sebuah baldi..

Bini gua kata dia benci melihat baldi yang baru kitorang beli semalam. Bukan sebab warna. Sebab lain.

Tadi kitorang pergi jalan-jalan di shopping complex. Jalan sikit, duduk. Jalan lagi sikit, duduk. Jadi gua pon sudah rasa kopius nak panggil aktiviti petang tadi nama apa. Bukan jalan-jalan dah gua rasa. Aktiviti duduk-duduk lebih sesuai.

Oh cerita baldi tadi. kami pergi satu kedai ni. Nampak harga baldi yang serupa dengan yang baru beli semalam tu. Harga dia murah murah sikit.

Murah lima belas sen sahaja! Langsung ia dibenci.

Macam-macam lah orang mengandung ni kan? Heh.

Saturday, October 23, 2010

Sometimes they can be less dramatic..

It is what to conclude so far. Let see 'how' the clock is ticking. Those redundant amount of energies, which in this case, the 'whose' was mine had blast the sh*t out of me.

'Where' the resultant effort gone away.. way to far, is 'why' I cant even see the tail lamp, 'when' the 'what' subject was stop moving..

The 'what' that is happening 'which' will be end at never know 'when' is the time.





Time is the utmost fear really. No drama.

-ASYIKERRORJE-

Wednesday, October 20, 2010

Warkah elektronik..

Rasa yang patut ada dalam jiwa gua sekarang ialah gembira. Memikirkan masa gua yang terhad ini, gua tidak jadi gembira.

Gua menerima 'sepucuk' emel. Jam 1105 waktu Austria. Tawaran untuk menulis 'chapter' dalam buku. Gua tahu ini peluang yang baik untuk masa depan gua. Tapi iyalah kerana apa yang tertulis dalam ayat kedua perenggan pertama tadi, gua kenalah mempertimbangkan perkara ini dengan lebih bijaksana.

Buku keluaran terbitan Austria dan Croatia. Macam gempak kan?


"You are invited to participate in this book project based on your paper "lalala..", your publishing history and the quality of your research"


Itu poin utama beliau. The Project Manager.

Gua kena berdiskusi panjang dengan bos lah nampaknya. Bizi beb! Bizi!

Pancake cicah sambal belacan

Sikit lagi je tajuk entri gua ni jadi kenyataan. Tak jadi. Tak macam orang putih lah pulak nanti kan. Cih.

Perut kenyang. Abis sebotol pancake segera gua bedal. Itu baru acara minum petang. Supper malam-malam gua tak mahu cerita. Rahsia kemontokan tubuh gua.

Jam sekarang 1810 GMT 0930. Malam kang time cantik. 20:10 20/10/2010. Patut ada acara menarik time nombor-nombor cantik macam nih. Tarikh nikah ke, bertunang ke kan?

Gua? Time itu gua jangkakan gua berada di dalam kelas. Apa pula ada kelas dalam hidup gua sekarang? Umur-umur macam ni gua patutnya tak masuk kelas dah. Maksud gua kalau sebagai student lah.

Kelas malam ini adalah untuk pasangan ibubapa yang 'expecting a child'. Specifically for the first one.

Ada la tu pelajaran sikit sebanyak sebagai panduan ibu bapa 'muda' macam gua ni. Anjuran hospital kerajaan. Percuma pula. Kenapa tidak kan?

Ah. Gua ini pantasnya mampu jadi bapa yang baik. Suami yang baik pun. Gua tolong sidai kain. Sidai baju. Yang kecik-kecik je gua berat sikit. Sebab kena pakai penyepit. Gua kurang minat.

Pinggan mangkuk periuk belanga pon gua setllekan. Almaklumlah, bini sedang sarat. Tapi macam mana biasa, gua akan ada sedikit exemption. Sudu garfu cawan semua gua tak pulak basuh sekali. Part kecil-kecilan macam tu gua agak lemau sedikit. Yalah, tangan sasa macam gua ni mana senang nak pegang benda-benda kecil.

Tukar cerita.

Bini gua sering senyum melihat perutnya sendiri. Gua pula suram melihat perut gua sendiri. Tapi bukankah buncit itu seksi? Ah gua memang pandai memujuk hati sendiri.

Okelah. Ada lima minit lagi. Gua kena gerak sekarang. Lagi lambat gua gerak, lagi panjang muncung bini gua. Scan 4D aritu pon nampak dah moncong je mulut baby gua. Sebijik gaya mak ang tidoq baby oi!

Wednesday, October 13, 2010

Teka-teki: berape ekor 'patut' kah yang jantan..

Gua sepatutnya sedang bizi. Sepatutnya. Dua kali gua ulang perkataaan sepatutnya sebab perkara ini memang patut.

Tetapi patutkah gua guna perkataan patut di sini? Eh, bukan patut, perkataan sepatut. Perkataan sepatut? Mana ada perkataan sepatut. Sepatutnya perkataan akar patut ini patut digunakan dengan se dan nya sekali gus. Sepatutnyalah.

Jadi perkataan sepatutnyalah ni apa pulak?

Tak patut gua kucar-kacirkan bahasa dengan hanya perkataan patut di sini. Dah-dah. Kira patut-patut dah lah.

Patutlah.. gua keliru, sepatutnya gua sedar, gua sepatutnya menggunakan perkataan patut secara berpatutan..

Tuesday, October 5, 2010

Cocok ngak?

O mak aih.

Bini gua menjadi orang paling rajin di dunia sejak akhir-akhir nih. Kerna rasa sayang gua, gua mendeclare rumah gua sebagai opis kedua gua.

Bekerja di rumah rupanya bukan mudah. Melihat bini ke hulu ke hilir, gua jadi tak sanggup membiarkan. Dan washing machine itu, jika ia sejenis homosapien, pasti sudah lari dari rumah.

sedang pula Cap dan juga SnowCap, nampaknya terpaksa diketepikan memandangkan rambut gua lebih gemar berdiri. Gua sekarang dalam fasa rambut spike!

Spek baru dari Malaysia memang berkeadaan baik, kerana gua masih mampu melihat kaki lalat terkapai-kapai menunjal angin. Dari jarak tiga meter.

Cuba lu orang bayangkan Sorang mamat berambut spike dengan spek petak ala-ala oldschool, dengan bini cun berperut buncit di sebelah. Huh! Memang secocok ah!