Tuesday, September 22, 2009

Durian makan tempoyak tak makan dan akasnya..

Itu bukan gua. Gua apa pun makan. Pantang. Pantang jumpa.

Gua kat Baling ni. Suasana kampong. Memang layan. Umah tok sebelah Cikgu Kimia. Gua gerak balik Kedah malam raya kedua. Jalan chilled-chilled. Baru jek masuk Highway pon dah singgah minum-minum. Sampai Gurun layan tido dalam kereta. Gua memang masih sama macam muda-muda dulu. Maksud gua suka tido mana-mana suka.

Heh. Memang gua da dapat hint dari Cikgu Kimia. Anak sedara dia memang ramai. Angpau memang da gua prepared siap-siap. Sapa nak angpau, meh jadi anak sedara gua dulu.

Anak Imna dengarnya makin sehat. Anak Along sememangnya lagi sehat. Gua tengok dah macam Michelin, iklan tayar tu. Ayam daging.

Pagi raya tu pecah satu ketawa dengar Acu cerita anak dia niat mandi sunat. “Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri, maaf zahir dan batin”. Keskeskes.

Yang buat peace depan sekali tu gambar Damia Faweeza binti Muhamad Harith Zakwan Tang Abdullah yang dah niat mandi sunat tuh. Comel kan? Gigi tak dak!


Monday, September 14, 2009

Cucu nan sepasang..

Owh.. nekmatnya bangun lambat. Letih sikit lately banyak mende unexpected happened. Leave this question unsolved. No question asked oke!

Raya dah dekat. Mood kerja gua hilang terus ke laut. Gua send emel kat bos-bos tadi malam. Million apologies.. gua start ayat penuh simpati gua. Harap-harap diorang paham.

Lisa Tsara Aysska. Tu nama baby girl adik gua. Betul ke tak gua spelling, gua ejas lain kali nama nih. Gua paling geram bile die buat muka merajuk. Dengan bulu kening satu line, rambut lebat itam ikal mayang, bibir merah, gua da bajet die ni mesti jadi minah cun yang slalu lepak study kat library nanti pastu ade mamat-mamat dok usha-usha. Papehal pon lu orang kasik forward dulu EA Form atau Borang J kat gua. Mas kahwin dan wang hantaran boleh runding. So far belum ade orang berani masuk merisik lagi. Sebab die baru je lahir 10.09.2009 ari tu jam 2.22am.

Gua nampak mak gua jadi sangat happy skarang nih. Raya tahun ni dapat beraya dengan sepasang cucu laki pompan. Naufal dengan Tsara. Naufal gua dah claim dulu, hensem macam Pak Ngah dia. Tsara takkan gua nak claim cantik macam gua jugak. Gua memang tamak.

Gua shuffle lagu kat Winamp nih. Tetiba keluar lagu Rihanna-S.O.S dengan video clip skali. Terkurang sket pahala pose gua tengok Rihanna tak pakai tudung. Cis!

Tuesday, September 8, 2009

Mona Fandey dan Ayam Kampong..

Huh tercabar betol kredibiliti gua. Ayam kampong ni memang liat, macam kena frozen plak. Belom kira tulang yang keras gila. Naseb balik acara menyiang ‘Ayam Kampong Gajah’ tu kat umah gua. Kalu tak, letih jugak gua nak cover depan mertua huhuu.. Gua bawak balik dari Kedah derek terus ke Ipoh.

Sikit lagi gua nak ilang sabar dengan ayam tuh. Oke gua mengaku. Gua jarang jugak siang-siang ayam nih. Maksud gua ada isi perut n suma-suma tuh. Biasa beli dah siap proses dah. Last gua ingat masa kecik-kecik dulu. Duduk kampong buat kenduri, lepas sembelih, rebus sket kasik senang buang bulu. Pastu bawak ramai-ramai pegi sungai cabut bulu n siang. Oke sungai kampong gua menten bersih sampai sekarang sebab orang kampong gua buang samapah yang ‘biodegradable’ je. Heh cover!

Sambung cerita. Pegang je ayam kampong tuh gua dah dapat rasakan cabaran yang mendatang. Gua eksesaiskan kepak die, tengkok die, kaki die. Gua cuba nak buatkan ‘pelvik eksesais’ tapi die tak mampu. Keras betol otot-otot die.

Sekali gua hayun pisau daging mak gua, “Pecepek!”. Cikgu Kimia senyum. Gua control lagi. Takpe-takpe. Gua betulkan balik kekuda gua. Pangpung-pangpung dah siap dah pon. Abes memercik merata-rata hahah. Naseb baik gua dah bentang paper lama besar-besar. Oh nak mention sikit. Even orang kampong gua pon panggil suwatabo tu paper. Penukul plak hammer. Hebat kan kampong gua?

Dah siap potong ayam baru gua sedar macam mana kepuasan yang dirasakan oleh Mona Fandey suatu masa dahulu.

Gua paling suka tengok muka Cikgu Kimia malu-malu bila masakan dia kena puji dengan mak mertua. Gua plak tukang masuk sendiri dalam bakul, letak dalam lif, tekan anak panah naik. Mesti la sedap ayam tu, sebab gua yang proses kan? Hahaha…

Sunday, September 6, 2009

Gua balik dulu ye..

Lagi dua minggu nak raya. Gua kat Kedah lagi. Tengahari sikit kot nak gerak balik Ipoh. Enjoy duduk sini. Semua pon murah. Gua paling tak boleh blah kalu kuih feveret gua bayar seringgit dapat empat. Murah sangat la hai.. Banyak pilihan pulak tu. Murtabak saja berderet depan belakang. Memang heaven in the jungle betul.

Jadi menantu sulung memang buat gua rasa sedikit special. Gua sampai jadi segan bila semua asik jemput gua makan, Sediakan macam-macam untuk gua. Gua memang boleh jadi seorang pemalu jugak. ^_^

*

Oke. Sapa-sapa yang kerja macam gua memang tak rasa enjoi sangat walau dalam apa jenis function pon. Otak asyik fikir kerja. Takut progress gua gerak tak cantik.

*

Nuzul Quran. CIkgu Kimia cuti sebab Perak cuti. Kedah tak amik cuti Nuzul Quran. Gua plak tak sure Aussie amik tak cuti ni. Huhuuu..

Baby Along dah pandai senyum-senyum. Gua belum berkesempatan tengok anak sedara gua sorang ni lagi. Kuarantin. Belum jumpa Along n Abang Zul. Belum jumpa adik Adik Imna n Jimmy. Adik kata InsyaAllah die deliver minggu ni. Semoga dipermudahkan tuhan.

Mak gua kata kedudukan kaki kanan gua masa duduk antara dua sujud tak betul. Sebenarnya gua pon baru perasan. Kaki kanan gua dah tak boleh bengkok sangat dekat buku lali tu. Gua ingat pernah retak sekali kat situ kena kayu hoki. Terseliuh pon dah banyak kali. Sekarang gua dah jadi sedikit ‘disable’.

Gua dengar bunyi ayam kat luar ni. Kiok kiok! Sah-sah Pak Mertua gua tangkap ayam kampong nak kasi menantu kesayangan dia. Belum kira daun palas untuk Cikgu Kimia bawak balik nak buat ketupat. Kan gua dah kata depa sayang aku. I luv u daddy. Oke lah gua nak pergi tolong. Bye!

Friday, September 4, 2009

Gua publish ni mase kat umah mentua..

Gua maleh nak timbang berat sejak balik Mesia ni. Saje tak nak potong stim gua berbuka hari-hari. Berbuka puasa kat tanah air memang heaven! Gua ingat first time pegi bazaar Ramadhan macam nak gila gua borong. Cikgu Kimia sebelah gua asyik menyabarkan. Maybe dah tak sanggup tolong bawak makanan yang gua beli. Heheh.

Semua orang takut ngan gua n Cikgu Kimia. Sebab kitorang baru balik Singapore. Dan gua plak dah tentu la lagi berisiko. Alhamdulillah so far takde pape symptom lagi.

Gua cuba jaga dengan baik nama famili gua. Sampai nak pegi masjid semayang terawih pon cuak. Sudahnya berjemaah kat umah je.

Hujung minggu ni gua nak balik umah mertua gua kat Kedah. Lagipon masa kuarantin dah nak abis. Cadangnya gua nak join Pak Mentua cari daun palas buat ketupat. Tak tau la ade tak stamina nak panjat bukit dengan badan cenggini. Huhu..

Malam ni malam Jumaat, wireless internet free kat umah gua problem pulak. Gua bajet nanti-nantilah baru publish kan entri nih. Maybe kat umah Kedah nanti.

Kerja-kerja gua pulak kena hapdet every week. Gua sayang banget sama bos-bos gua! Watcha!

Hari lahir Cikgu Kimia sama dengan hari merdeka. Celebrate dekat Secret Recipe, makan tak abis punya la banyak gua order. Last-last tapau Indulgence sepotong je, feveret bini gua tuh. Atas alasan yang bernas seperti dah dekat hari raya, nak balik kampong sedara-mara, dapat anak sedara baru, anak adik dah nak lahir, Naufal Rayyan dah pandai senyum, dan sebagainya, akhir sekali Cikgu Kimia berjaya memiliki sebuah kamera Panasonic Lumix yang dibayar sepenuhnya oleh laki beliau.

Cincin kahwin gua terpaksa dibesarkan dua saiz dari asal gara-gara pengembangan badan laki beliau itu. Expand sampai patah! Naseb baik free nak pateri balik.

Okeh Cikgu Kimia marah aku cerita pasal cincin tuh. Boleh plak die masuk bilik tengah gua sedap-sedap berkarya nih. Sebelum die merajuk lebih teruk baik gua pujuk die sekarang. Babai mera beta!