Friday, September 4, 2009

Gua publish ni mase kat umah mentua..

Gua maleh nak timbang berat sejak balik Mesia ni. Saje tak nak potong stim gua berbuka hari-hari. Berbuka puasa kat tanah air memang heaven! Gua ingat first time pegi bazaar Ramadhan macam nak gila gua borong. Cikgu Kimia sebelah gua asyik menyabarkan. Maybe dah tak sanggup tolong bawak makanan yang gua beli. Heheh.

Semua orang takut ngan gua n Cikgu Kimia. Sebab kitorang baru balik Singapore. Dan gua plak dah tentu la lagi berisiko. Alhamdulillah so far takde pape symptom lagi.

Gua cuba jaga dengan baik nama famili gua. Sampai nak pegi masjid semayang terawih pon cuak. Sudahnya berjemaah kat umah je.

Hujung minggu ni gua nak balik umah mertua gua kat Kedah. Lagipon masa kuarantin dah nak abis. Cadangnya gua nak join Pak Mentua cari daun palas buat ketupat. Tak tau la ade tak stamina nak panjat bukit dengan badan cenggini. Huhu..

Malam ni malam Jumaat, wireless internet free kat umah gua problem pulak. Gua bajet nanti-nantilah baru publish kan entri nih. Maybe kat umah Kedah nanti.

Kerja-kerja gua pulak kena hapdet every week. Gua sayang banget sama bos-bos gua! Watcha!

Hari lahir Cikgu Kimia sama dengan hari merdeka. Celebrate dekat Secret Recipe, makan tak abis punya la banyak gua order. Last-last tapau Indulgence sepotong je, feveret bini gua tuh. Atas alasan yang bernas seperti dah dekat hari raya, nak balik kampong sedara-mara, dapat anak sedara baru, anak adik dah nak lahir, Naufal Rayyan dah pandai senyum, dan sebagainya, akhir sekali Cikgu Kimia berjaya memiliki sebuah kamera Panasonic Lumix yang dibayar sepenuhnya oleh laki beliau.

Cincin kahwin gua terpaksa dibesarkan dua saiz dari asal gara-gara pengembangan badan laki beliau itu. Expand sampai patah! Naseb baik free nak pateri balik.

Okeh Cikgu Kimia marah aku cerita pasal cincin tuh. Boleh plak die masuk bilik tengah gua sedap-sedap berkarya nih. Sebelum die merajuk lebih teruk baik gua pujuk die sekarang. Babai mera beta!

11 comments:

CIKGU NAMAN said...

selamat kembali ke tanah air..haha..mkn jgn xmkn..BTW, berat aku dh turun 2 kg..jeles x???hoho

p/s : murtabak aku mana???

Nurul Nadiah said...

alahai. ada orang merajuk dah tu =p

haipp incik am. bulan puasa naik jugak ka?

piNky LuCiA said...

haha.. smpai 2 inci? cepat bebenor naik badan.. haha.. jg bdan tu.. jgn smpai boroi..

selamat memujuk.. :P

balqissy said...

heheh~ entry ni buat keinginan nak kahwen tu ada plak. eh? maaf, keinginan nak diet -_-!

laki cikgu kimia said...

naman, ko adalah makhluk paling berjaya dalam golongan kita, gua rasa huuu..

nadia, makanan di tanah air sungguh menyelerakan juga berbantukan rasa hati yang senang inilah hasinya wawawaa..

pinky, dua saiz la kak long.. itu bukti pengembangan yg hakiki..

balqissy, kawen wei kawen cepat! best wooo kwang3

mamai said...

okay saper nak challange gua 49kg...ada berani

Maryam said...

naufal rayyan dah pangil pakngah blom? hihi

laki cikgu kimia said...

mamai, lu jangan.. dadah gua x main oke hahah

maryam, baru pandai senyum2 je. nanti lama sket nak ajar die mengaji plak hihii

FrH said...

owhh damnnn .. kau biar betul nasrul belum sethn kawen dah kene expand saiz cincin .. xpe tu tandanya kau bahagia :)

laki cikgu kimia said...

gue balik sini, lalu berlaku pengembangan maksima di seluruh pelusuk tubuh huh!

ihsan_huhu said...

fuh muscle2 jari semakin gagah.. sbb tuh patah

byk g gym nih kat mesia