Wednesday, March 17, 2010

Sedikit tenang.. kah?

Gua rasa limit kepala hotak geliga boleh bikin batu cincin gua ini adalah pada paras penggunaan empat computer pantas hebat sahaja. Lebih dari itu gua dah tak boleh kacip (‘catch up’ dalam bahasa geng skate gua dahulu kala).

Tak menang tangan gua. Mana nak pegang tikus la, papan kekunci lagi, mechanical pencil Zebra Grafix peneman conteng-conteng gua, buku kira-kira belang-belang biru hitam 96 pages la, scientific calculator sepuluh tahun bersama lagi.. Boleh lemas di udara gua jadinya.

Hands on job yang gua nantikan dari Isnin lepas masih belum boleh gua langsaikan. Sensor gila masih menunjukkan suhu -62C yang mana sepatutnya -15C. Mekanikal juga berkait rapat dengan Elektrikal. Minta long dia orang lah

Tambah tolak darab bahagi.

*
*


Duduk layan lagu goyang kepala kiri kanan boleh kasi release sikit.


Kalau memang ada seorang gadis yang boleh gua seru dengan panggilan nama manjanya Ansys binti CFD, lagu ini gua tujukan khas padanya.

4 comments:

CIKGU NAMAN said...

jgn goyang kuat sgt, nanti bergegar medula oblangata

Inah said...

haha..akhirnya update jugek :P

aku idup lagi ni..duk kat lab day and night :)

DrSam said...

cuba goyang tetikus tu lebih kuat lagi...mana tahu...

laki cikgu kimia said...

naman, tapi kalau otak cair. berkocak tak? hahah

inah, gua khuatir lo kena makan tikus plak? huhu

drsam, tikus pon boleh mati encik! heh