Sunday, October 25, 2009

Kata kawan: sabarlah sebulan bukannya lama..

Gua rindu Cikgu Kimia. Jiwang? gasaklah.. tak tertahan rasa hati ini.. aduh! terlebih sudah!

Sebagai seorang guru yang berwibawa, rela dikesampingkan rasa rindu yang pastinya lebih hebat berbanding gua. Sepertimana biasa beliau tetap menjalankan tugas sebaik mungkin. Menjadi guru kepada murid-murid sekolah harian biasa nampaknya lebih mencabar berbanding mengajar sekolah berasrama atau dengan erti kata lain, sekolah pilihan. Itu pengalaman beliau. Namun beliau tetap tabah.

Selepas SPM menjelang, barulah beliau berpeluang menemani gua di sini. Tidak sabar gua. Pagi pergi kerja. Tengahari balik lunch. Petang sambung kerja balik. Gua yakin progress kerja gua pasti lebih baik!

Sementara ini, gua lakonkan saja journal-journal yang ditulis. Jangan tidak. Tak mampu gua fokus pada kerja seratus peratus. Bos-bos gua baru balik outstation, tadi pagi tegur gua, dia pulak yang mintak maaf lama tak berurusan melalui emel. Adat Melayu, dengan rendah diri gua juga turut meminta maaf akan progress gua yang merangkak lesu.

Sekarang gua bizi mencari rumah. Rumah untuk kami berempat. Iya berempat. Ada tawaran untuk Cikgu Kimia menjadi baby-sitter. Gua tahu dia memang suka anak-anak. Teringat gua rumahkongsi zaman 'kelas pergi pagi balik malam'.

Semoga dipermudahkan urusan gua laki bini..

14 comments:

imHepPie said...

xkan baby sitter je..baby sendiri??

ihsan_huhu said...

apsal sp berempat?

laki cikgu kimia said...

hepiperson, baby sendirik pon gua sitter kan jugak lah nanti. in future.

esan, memang ade trick sikit cara nak kira dia.

Maryam said...

ah! benci.. benci.. cuti sekolah nanti saya ditinggalkan. oleh bonda dan adinda. adeii!! orang pegi mekah, diorang pegi melawat obama. huhuhu

:: eyeNa :: said...

hahaii.. pindah umah lak ke. heee

CIKGU NAMAN said...

anak sendiri sorg..ank yg nk di baby sitter sorg..jdlah berempat..

ke anak sendiri kembar???

hahaha..pandai je gua berspekulasi

Inah said...

harap dipermudahkan..nanti boley housewarming :D

l.i.f.e said...

whoaaa bestnya cikgu kimia bercuti kat sana...kirim kat cikgu kimia beruang koala sekor boleh? :) :P

laki cikgu kimia said...

maryam, ai jaoh benor berjalan nyer?

eyena, itulah.. merempat jer huhuu

naman, salah tekan kalkulator tak lu ni?

inah, bleh jer. ko tlg masak skali.

life, bulih aih.. a.p. ada lagi ni.

Anonymous said...

sayang isteri tinggal tinggalkan kannns.. ehehe

balqissy said...

qissy suke kalo orang dah kawen nak jiwang2 laki bini. sila-sila. ^.^

laki cikgu kimia said...

en me, wah encik itu sempat singgah juga ya. tq

qissy, hihi saye mmg suke. ^_^

DrSam said...

sebulan tak lame. Sabor membawa bahagia.

laki cikgu kimia said...

dr sam.. sahaja aku sabar lima waktu setiap hari.. di bulan ini..