Friday, March 13, 2009

Walimatul Urus

Assalammualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.

Sahabat-sahabat handai sekalian. Dijemput datang ke majlis walimah manusia ini.

Sudi-sudilah singgah di Buku Tamu link tersebut.

Sekian dan terima kasih.

Sunday, March 8, 2009

Rupanya webcam boleh capture gambar jugak

Aku sedang lebam. Aku mengira tiap detik yang berlalu. Mengharap ia kan bergerak pantas.

*

Aku mahu pulang.

-PIC REMOVED-

*Heh! Aku baru tahu guna webcam capture pic. Hoho pandainya..

Tuesday, March 3, 2009

Suci dalam debu

Pernah dengar Thomas Alva Edison? Manusia berjaya bukan? Buat lampu bukan? Anda kagum bukan? *cih macam dalam soalsiasat mahkamah jek

Mamat ni kalu tak silap aku, die berjaya buat lampu setelah beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta kali gagal dalam usaha-usahanya. Ada yang kata die ni ade penyakit ‘short term memory loss’ ala-ala ‘Tom 10 seconds’ n heroin cerita ‘50 first kiss’. Macam heroin tu lepas die bangun pagi esok paginya, die dah tak ingat apa yang berlaku semalam. Ingatan die cuma sampai masa sebelum dia eksiden yang kasi rosak kepala dia tu. Dah dah aku bukan nak cerita pasal muvi nih.

Aku nak cerita mamat TAE ni. Die ni tabah gila lah kan. Die tak anggap kegagalan itu adalah kegagalan. Setiap kegagalan adalah satu kejayaan menemukan sesuatu cara yang salah, satu cara yang perlu dielak dari berlaku lagi dikemudian hari.

Semalam aku meeting. Bajet keje aku dah siap. Aku dah boleh tulis jurnal paper.. so called. Meeting punya meeting, aku baru perasan aku sudah salah nilai A (area) untuk projek aku itu. Maka, nilai Q, V, Mdot, Re, efficiency, dan semuanya sudah salah. Maka lagi, segala simulasi aku yang beribu lemon itu juga salah. Best! Memang best! Aku telah BERJAYA menemukan satu cara yang tidak betul untuk mereka sebuah alat penyimpanan tenaga haba yang hebat itu. Jadi perlu avoid kesilapan ini di masa depan. *catit2

Aduh. Jadi hari ini duduk rumah, buat semula simulasi sambil makan kebab dan hirup nescafe panas.

*

Heran aku apasal summer pon sejuk nih?

Sunday, March 1, 2009

Extreme (jangan cuba-cuba.. cuba takpa)

Akhir-akhir ini aktiviti malam hari aku dipenuhi dengan memancing ikan, crabbing, majlis makan-makan birthday party anak kawan-kawan, menonton DVD original dan melepek di rumah. Tidak lagi berteleku di depan laptop sahaja.

Jiwa aku ini sekarang ingin sesuatu yang extreme. Aku tengok cerita Anak Halal itu ari, tengok Fasha Sandha terjun bangunan, aku pon rasa nak buat. Nak jugak rasa macam mana rasa dia. Angin kuat, depangkan tangan, senyum atau jerit kegembiraan, fikir yang indah-indah. Tapi aku rasa bangunan itu perlu cukup tinggi, supaya aku boleh ubah kedudukan kaki aku landing dulu, jangan kepala atau badan. Aku rasa boleh la, landing kaki dulu ko kena bend sikit untuk absorb. Tapi aku rasa aku takkan try kot terjun bangunan ni. Kamu orang pon JANGAN cuba ini tahu! Ini memerlukan skill yang tinggi.

Selain itu, aku nak try naik Glider, melayang-layang di udara beberapa minit. Aku dah check. Mahal jugak lah. Bungee Jumping pon nak try jugak. Cikgu Kimia berani orangnya. Aku nak ajak dia sekali nanti. Tapi aku kena check die hanya berbadan satu pada masa tersebut. *chi am ni, bukan boleh kira!

Lepas tu semalam aku tengok cerita Resident Evil, aku memang suka layan balik cerita-cerita lama. Aku tengok pompan hero ni boleh lompat keluar tingkap kaca. Aku rasa memang kaca tu tak sempat cucuk badan dia. Aku pernah tak sengaja buat benda ni masa kecik dulu. Pastu arwah opah marah aku. Tapi sekarang aku rasa macam nak try lagi la.

Semalam petang aku naik basikal cabuk aku pergi main bola. Biasa la melayu, janji 1830 tapi biasa aku akan tambah 30 minit akan janji dorang tuh. Asik aku je melengung tunggu depa. Tak pasai! So aku lepak skate park dekat west terrace tu. Aku port tepi je tengok, budak-budak sini macam advance sikit la dari mesia. 360 flip n inward heelflip tu senang-senang je landed. Kaki depa panjang la aku rasa. Ade jugak budak-budak ni jeling helemt skate yang aku pakai tuh *kat sini nek beskal kena pakai helmet. tak kurang jugak yang kalih dua tiga kali kat kasut Vans aku. heh! perasan.

Balik dari Mesia ni aku nekad nak bawak board 70 lengget beli kat KodaiSopan ke? kat kedai Pa’Din, Climax? Kedai pa’din aku rase. Biar la orang kate ape. Sekali sekala aku nak release jugak la, main skate. Biar tua (dah kawin) asal kool. Oyeah!