Tuesday, March 3, 2009

Suci dalam debu

Pernah dengar Thomas Alva Edison? Manusia berjaya bukan? Buat lampu bukan? Anda kagum bukan? *cih macam dalam soalsiasat mahkamah jek

Mamat ni kalu tak silap aku, die berjaya buat lampu setelah beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta kali gagal dalam usaha-usahanya. Ada yang kata die ni ade penyakit ‘short term memory loss’ ala-ala ‘Tom 10 seconds’ n heroin cerita ‘50 first kiss’. Macam heroin tu lepas die bangun pagi esok paginya, die dah tak ingat apa yang berlaku semalam. Ingatan die cuma sampai masa sebelum dia eksiden yang kasi rosak kepala dia tu. Dah dah aku bukan nak cerita pasal muvi nih.

Aku nak cerita mamat TAE ni. Die ni tabah gila lah kan. Die tak anggap kegagalan itu adalah kegagalan. Setiap kegagalan adalah satu kejayaan menemukan sesuatu cara yang salah, satu cara yang perlu dielak dari berlaku lagi dikemudian hari.

Semalam aku meeting. Bajet keje aku dah siap. Aku dah boleh tulis jurnal paper.. so called. Meeting punya meeting, aku baru perasan aku sudah salah nilai A (area) untuk projek aku itu. Maka, nilai Q, V, Mdot, Re, efficiency, dan semuanya sudah salah. Maka lagi, segala simulasi aku yang beribu lemon itu juga salah. Best! Memang best! Aku telah BERJAYA menemukan satu cara yang tidak betul untuk mereka sebuah alat penyimpanan tenaga haba yang hebat itu. Jadi perlu avoid kesilapan ini di masa depan. *catit2

Aduh. Jadi hari ini duduk rumah, buat semula simulasi sambil makan kebab dan hirup nescafe panas.

*

Heran aku apasal summer pon sejuk nih?

14 comments:

en_me said...

ko dok kat hemisfera lain kottss..

Inah said...

dah nak masuk autumn la cik am!!

Maryam Abu Ahmad said...

nampak sangat tak sabar nak balik jumpa ehem ehem.. hihi

chi am said...

en me, dah betul rasanya nie.. hemm..

inah, autumn tu maksud die musim ujan ke inah? huhu. asal slalu ujan skang ek? basah la penunggang basikal cam aku ni wowowo

maryam, nampak sangat ek? ala malu.. hahah

Pewaris Reformasi said...

ya, edison bagi alasan tu - dia hanya menemukan sejuta cara yg silap (ayat mau positif)..

betul la, summer kat US tahun lepas pun seminggu pertama tu agak sejuk..

-SRISUFI- said...

silap tu mesti akibat terkena sindrom nak balik kpg.

cecepat pulang.Ingatlah org2 tersayang.-->pesanan khidmat masyarakat.

N a b i L said...

"Ala malu" <---- saba je la dengo.Ade fb?

chi am said...

pewaris reformasi, oye? climate US plak ye.. x cukup lagi ilmu geografi aku ni sebenarnye hik

srisufi, dun drin k n drive n dun sms-ing as well..

nabil, cih cari gado betol hahah
ada tp belakang2 sket la.. MALU la gitau kt sni kwang3.. *ym lah

AkiM said...

duduk d bawah penghawa dingin mungkin..??

♥«m!stAkêñ^!dêÑt!tÿ»♥ said...

huhuuu...anda mengalami sindrom metabolisma dlm bdn yg tak brape nak stabil kowt...hiks...jom gi olidayyyy~!!!...hiks....;p

chi am said...

akim, gua rasa tidak lah akim..

sk8gurl, nak oliday le ni puan. lagi seminggu je.. wawawawa

ihsan_huhu said...

summer dh abes daaa...

or cinta ko x cukop hangat kot

chi am said...

wanita datang atas nama cinta...... ape syial

Joe Max of yellow & orange (e-fanzine & blog) said...

bicara tentang Thomas Alva Edison, enak juga jikalau di selit nama Nikolai Tesla...