Sunday, March 1, 2009

Extreme (jangan cuba-cuba.. cuba takpa)

Akhir-akhir ini aktiviti malam hari aku dipenuhi dengan memancing ikan, crabbing, majlis makan-makan birthday party anak kawan-kawan, menonton DVD original dan melepek di rumah. Tidak lagi berteleku di depan laptop sahaja.

Jiwa aku ini sekarang ingin sesuatu yang extreme. Aku tengok cerita Anak Halal itu ari, tengok Fasha Sandha terjun bangunan, aku pon rasa nak buat. Nak jugak rasa macam mana rasa dia. Angin kuat, depangkan tangan, senyum atau jerit kegembiraan, fikir yang indah-indah. Tapi aku rasa bangunan itu perlu cukup tinggi, supaya aku boleh ubah kedudukan kaki aku landing dulu, jangan kepala atau badan. Aku rasa boleh la, landing kaki dulu ko kena bend sikit untuk absorb. Tapi aku rasa aku takkan try kot terjun bangunan ni. Kamu orang pon JANGAN cuba ini tahu! Ini memerlukan skill yang tinggi.

Selain itu, aku nak try naik Glider, melayang-layang di udara beberapa minit. Aku dah check. Mahal jugak lah. Bungee Jumping pon nak try jugak. Cikgu Kimia berani orangnya. Aku nak ajak dia sekali nanti. Tapi aku kena check die hanya berbadan satu pada masa tersebut. *chi am ni, bukan boleh kira!

Lepas tu semalam aku tengok cerita Resident Evil, aku memang suka layan balik cerita-cerita lama. Aku tengok pompan hero ni boleh lompat keluar tingkap kaca. Aku rasa memang kaca tu tak sempat cucuk badan dia. Aku pernah tak sengaja buat benda ni masa kecik dulu. Pastu arwah opah marah aku. Tapi sekarang aku rasa macam nak try lagi la.

Semalam petang aku naik basikal cabuk aku pergi main bola. Biasa la melayu, janji 1830 tapi biasa aku akan tambah 30 minit akan janji dorang tuh. Asik aku je melengung tunggu depa. Tak pasai! So aku lepak skate park dekat west terrace tu. Aku port tepi je tengok, budak-budak sini macam advance sikit la dari mesia. 360 flip n inward heelflip tu senang-senang je landed. Kaki depa panjang la aku rasa. Ade jugak budak-budak ni jeling helemt skate yang aku pakai tuh *kat sini nek beskal kena pakai helmet. tak kurang jugak yang kalih dua tiga kali kat kasut Vans aku. heh! perasan.

Balik dari Mesia ni aku nekad nak bawak board 70 lengget beli kat KodaiSopan ke? kat kedai Pa’Din, Climax? Kedai pa’din aku rase. Biar la orang kate ape. Sekali sekala aku nak release jugak la, main skate. Biar tua (dah kawin) asal kool. Oyeah!

15 comments:

na.ni said...

btol!
even dh kawen, ko wajib main skate so that skill tu x hilang..cewohh~
pastu..sumpah mmg kewl~
klo aku jd anak ko, mmg bangga..
"itu..bapak aku la tu yg main skate..hebat kn? ye2..aku tau even perut dia boncit..tp dia kewl apa??!"

hehe.jk am.wiwiwi~

(if aku phm bnda yg btol la..klo aku slh phm ,aku mintak maaf..hehe)

laki cikgu kimia said...

betol la ape yang ko paham tu kema, cume yang aku xphm tu, nape mesti boncit? uhuhu

Amin Ahmad said...

wah, kasut Vans aku dah rosak beberapa tahun lepas dan tak pernah mahu beli lagi. tapi itulah yang paling tahan!

kirim salam kat tony hawk ok? hehe

Anonymous said...

haa...bila baca ni baru tringt. nati nak pegi buat bungee jumping lah. hahaha.

oh, mmg cool main skate. nti aku pon nak bli skate. nti pegi skolah tak payah jalan kaki. pastu pakai baju kurung, naik skateboard. woo, itu cool tak? hahaha. cacat gila!

Inah said...

wei..aku nak cite anak halal tu!! :D

chekgu Bani Hassim said...

ape bende ko merepek ni chi am...
dah takde masalah berat bdan lagi ke???

JatBee said...

waduh2 lama btoi xjenguk ke blog che am ni..heheh, take care bro!!

Anonymous said...

ang skater rupenyer..

mmg betui2 extreme a ang nih..

laki cikgu kimia said...

pewaris reformasi, aku punya jenis yang Geoff Rowley pakai tu oke. *muke blagak haha

aimi, pakai baju kurung tu macam sangat rare oke!

inah, hah amik kat mawson lakes! hoho

laki cikgu kimia said...

chekgubanihashim, masalah nak menten berat badan lak skang nih.. hoho

jatbee, u 2.. *ko gi mane, senyap je?

akim, tak ade makne nyer! aku insan sepi yang kerinduan masa muda aku rasa..uhuuu

en_me said...

cool bro.. ehehe

.: Sugar-cRave :. said...

huhuuu...sesekali teringat zaman muda2 mcm best gak....lepas skuwl lepak skatepark..uhukkks...

hiks....;p

laki cikgu kimia said...

en me, yea.. its cold ere.. even in summer. huhu

sk8gurl, area mane tuh? silap2 kita penah jumpe x.. maybe laaa..

pink_butterfly said...

waahh.chi am mat skater rupanya...


sgt kool!


*amik ati*

Ain Mardhiah said...

waaaaa.. bestnyer semua tu! Nak join! flting fox pun dah lama tak buat..