Sunday, January 25, 2009

Itu Mendewasakan

Terikan
Kaki tiada
Poket berjahit
Graf x kuasa enam
Keberkesanan negatif
Keseimbangan emosi lara
Cabaran jurnal masa terdekat
Antara jaringan merangkak lesu
Kesediaan persembahan sekitar asing
Rindu pembeza zon masa dua jam setengah
Lalu dijumlahkan takat didih dan takat beku bahagi dua
Supaya molekul jiwa tidak statik dan berfasa lakuran terlalu lama..

Monday, January 19, 2009

Kempis..

Malam tadi agak panas jadi pemakaian fabrik pada tubuh badan adalah minimum. Bangun pagi. Tercegat aku di hadapan cermin besar. Huduh.

Sudah. Tidak boleh tunggu lagi. Kena lakukan senaman rapid. Ringkas dan berkesan. Oh Google lah.

Senaman ringkas kempiskan perut.

Tara.

Siot. Sakit pinggang aku. Lenguh satu badan. Perot krem. Macam tak berbaloi perut kau cantik tapi sakit pinggang.

Kawan-kawan aku usik masa aku sakit belakang masa degree dulu. Pinggang jammed camana nak kawen wei. Oke aku belom dapat kaitkan pinggang dan kawen. Sebab aku belom kawen. *nerdy

Belakang aku problem dulu jatuh bangunan satu tingkat masa form 2 main panjat-panjat. Jatuh dalam longkang, pinggang kena bucu. Effect? 5 6 tahun selepas itu. Tapi dah baik aku main skate. Kawan-kawan macam tak percaya.

*

Esok pagi aku nak buat senaman ni lagi. Tak nak la buat extreme sangat nanti bahaya pinggang kau.

Senaman RINGKAS kempiskan perut. Aje nye pemaleh die ni..

Tuesday, January 13, 2009

Kembali ke bentuk asal..


Panas gila kot hari ni.. 41C ada ni. Panas dan kering. Tidak sama dengan Malaysia yang panas tapi berkelembapan tinggi. Bila buka paip air tulis Cold hari ini aku melompat kena air panas, lalu aku teringat masa kerja Port n Starboard boiler modification, panas sampai peluh ko meluru dari atas kepala ke celah-celahan belakang badan. Sungguh tidak selesa. *euwww

Jadi aku tidak melakukan aktiviti luar hari ini. Jadi kurang berlaku pembakaran lemak. Jadi aku masih gemok.



Ini nampaknya jadi kenangan terindah aku kot. Golden Boot semasa Ade***** Cup 2008. Belum ade orang gemok boleh lari laju-laju, lambat penat, score gol banyak-banyak. Jadi ko kena fit balik, cepat!

Thursday, January 8, 2009

Fakta ini







Award dan Tag dari Kema

Kema adalah seorang perempuan lawa. Beliau ini bukan kecil cinonet. Beliau tinggi orangnya. Kema lawa. Namun, dalam adik beradiknya, beliau lah yang paling kecil sekali. Itu fakta dari pengakuan beliau. Beberapa perkara yang tidak terteka oleh saya adalah beliau ini tidak pandai membawa basikal dan tidak makan pedas. Kema lawa. Saya pernah tersalah teka tempat pembelajaran beliau di peringkat matrix. Tapi beliau telah membetulkannya. Beliau juga selalu mengetag saya. Beliau lawa. Saya tahu beliau sudah bekerja tapi tidak tahu pekerjaan sebenar beliau melainkan blogger separuh masa. Saya rasa beliau sesuai menjadi pendidik. Beliau lawa.

*oke cepat banje gua char koey teow


10 fakta tentang diri saya

1. BMI saya terkeluar dari normal range. Saya percaya kerana tulang saya berat.

2. Seluar saya ketat. Saya percaya ia disebabkan saya tak suka pakai seluar besar-besar.

3. Hanya certain2 tshirt saje yang boleh saya pakai supaya tidak kelihatan ganjil di perot. Bukan sebab saya boroi, tapi sebab ia ‘macam’ buncit.

4. Jantung saya sihat. Ia cepat menjadi normal walau selepas berlari. Itu kata doctor itu hari.

5. Saya anak lelaki harapan keluarga. Bunyi macam hebat. Taklah. Sebab saya anak lelaki seorang tapi saya tidak lembut.

6. Saya tidak mudah percaya apa-apa tanpa bukti. Mungkin saya tidak cakap. Tapi ia fakta. Saya mampu membiarkan penipuan dilakukan ke atas saya dengan muka bersahaja.

7. Saya beruban. Bukan sebab keturunan kot. Sebab saya bukan keturunan SultanAzlan. Saya bercita-cita mempunyai rambut seperti beliau. Sungguh cool.

8. Saya suka mempermudahkan otak saya mencongak. Misalnya soalan; tiga setengah tahun samadengan berapa bulan? Dulu saya kira, tiga tahun samadengan 3 x12 bulan dan tambahkan dengan setengah tahun @ 6 bulan jadi 42 bulan. Ia boleh dipermudahkan dengan pengiraan 7 x 6. Dapat tak?

9. Saya tak suka orang tangkap gambar saya. Sebab saya suka tangkap gambar sendiri. Luzer.

10. Saya manusia paling happy hari ini kerana cita-cita, sudah hampir ke sana. Sudah approved. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Syukur pada tuhan.

10a. Saya tidak mahu mengetag sesiapa. Tapi kalau mahu buat, bererti kamu samada kacak atau cun terlajak. Itu pasti. Sekian.


Sunday, January 4, 2009

Entri terakhir cuti ini..

Sekarang jam 2239 malam ahad. Esok isnin. Malam ni aku nak lepas segala mak nenek semua benda yang tak settle dalam kepala ni. bukan persoalan bukan-bukan. Tapi apa saja yang aku teringat aku nak tulis kat sini. Kerana ini adalah entri terakhir untuk musim cuti yang sangat panjang ini. Dan cuti ini aku tidak buat apa-apa. Ingat! Aku cuba taknak berhenti menulis blog. Jadi support aku.

Tadi sementara tunggu isya aku layan cerita Iron Man. Entah dah berapa kali ulang pon aku tak ingat. Aku suka tengok cerita-cerita macam ni. Design-design dan cerita tipu-tipu yang boleh difikirkan macam ni.

Dulu aku pernah terfikir nak buat skateboard terbang macam cerita Back to the Future. Itu mase sekolah menengah kot.. aku lepak tepi padang sekolah izzuddin tengok langit sambil berangan-angan. Sampai la aku dengar budak-budak senior jerit.. Form two! Tutup lampu! Maknanya dah pukul 12 malam, standard dorm kena tutup lampu. Idea ni terhenti sebab masa tu, aku fikir susah sangat nak dapatkan bahan anti gravity. Dengar-dengar sekarang ni macam dah ada.

Mase kecik dulu. Aku duduk kampong. Ada parit. aku pulak muntot tak memilih. Jadi pergi atas titi dan melepas. Lama aku tengok stoking abah aku terbuai-buai ditiup angin di penyampaian. Aku teringat cerita ape ke, diorang pakai ‘kaki itik’ mase berenang. Jadi aku assume itu adalah seerti dengan stoking abah aku. Biasa la.. balik mak marah.

Aku heran kenape instuisi aku semakin hilang masa kini. aku rasa sebab aku asyik focus satu benda saja dalam otak aku jadi aku tak heran benda lain. Jadi aku sekarang sangat susah ingat jalan. Congak-mencongak juga sudah kurang. Hasil darab mudah juga sudah limited. Aku perlu menerbalikkan soalan, nombor yang besar darab yang kecil.. misalnya 9 x 7 = 63.. kalau tanye aku 7 x 9 aku lambat sikit nak jawab sebab kene terbalikkan dulu dalam otak. Tapi kalau suruh aku congak 279 x 19, aku kira lambat jugak lah..

Dulu kecik lagi aku dah siap boleh baca ape ade dalam fikiran kawan-kawan aku. Mase tadika aku ajak kawan-kawan main teka apa aku fikir dalam hati. Gila. Tapi aku boleh teka dalam hati kawan-kawan mesti fikir mende di sekitar tabika enam tahun kat Kuala Dipang aja. Ala.. pemikiran kanak-kanak. Senang je nak teka. Aku suka tok aku hantar pergi pagi-pagi naik vespa hijau. Aku berdiri kat depan main-main angin. Aku suka buat flip flap macam wing kapal terbang. Nampak sangat aku suka fluid dan aerodynamic start kecik lagi.

Enam tahun aku dah boleh baca paper dengan lancar. Itu hasil abah aku kejar taknak baca buku mase lima tahun dengan rotan. Aku panjat pokok kelape depan rumah tak berani turun. Mak aku pujuk turun suruh makan nasik gaul kicap dengan lauk ikan rebus. Memang feveret. Aku memang suke pergi sekolah, main bukan belajar. Sebab mase aku empat tahun, aku siap ikat botol ubat batuk dengan tali raffia, simpan air oren. Itu aku nak bawak mase ikut along pergi tabika kat Taman Kerian. Along mase lima tahun dah pegi tabika. Aku ingat kaklong pakai skirt mase kecik pastu ikat rambut tocang memang cute.

Mase aku lima tahun yang kene kejar tak nak baca buku tu. Aku duk kat Menglembu. Selain dari bau taik lembu, aku juga ingat masa banjir dulu aku bela berudu dalam tin. Sebab ingat dah besar nanti die jadi ikan haruan. Boleh makan. Tapi mak aku kate bukan. Suruh buang. Aku tak ingat sangat mase tabika kat situ. Umor mude lagi lima tahun kan. Yang aku ingat kalau nak ajak aku pergi check gigi abah kene belikan aku ‘baju rock’ dan keta mainan. Yang aku ingat abah kasi satu baju ni kaler kuning ade bunga-bunga, pastu lipat kat lengan die, pastu ikat kat perot. Aku percaye itu ‘baju rock’. Keta tu pulak warna merah dunhill. Aku tak ingat dah ending cerita keta tu. Tapi yang aku ingat ramai misi-misi kejar aku kat klinik tu. Sebab aku lari takut nak check gigi.

*

Oke skarang dah pukul 2313. aku rasa aku nak kene stop. Sebab esok aku nak kena set up balik badan dan minda aku untuk menjadi seorang penyelidik yang tabah. Aku tulis 3 azams kat bawah ni dulu bukan saje-saje. Aku memang cabar diri aku. Ade setengah orang tak nak cakap ape plan die sebab takut tak jadi. Malu. Aku lebih suka bagitau. Sebab lagi malu kalau ko dah cakap nak tapi tak usaha. Usaha gigih dan berdoa, tuhan mesti tolong..

Aku kata kat kawan aku siang tadi. Aku tak suka pakai tshirt tadi sebab nampak gemok. Member aku kata dia nampak sama je kalau aku tak pakai baju pon. Cis. Kawan aku memang lurus.

Tapi aku tengok badan aku tak lah gemok mane.. ala-ala Tony Stark dalam cerita Iron Man ni je pon.. biase la umo dah meningkat.. kan? Ye kan? Ye la ye la aku nak diet la ni.. oke.. doakan usaha aku untuk 2009 ni ye! aku declare new year start hari isnin esok ni.