Sunday, January 4, 2009

Entri terakhir cuti ini..

Sekarang jam 2239 malam ahad. Esok isnin. Malam ni aku nak lepas segala mak nenek semua benda yang tak settle dalam kepala ni. bukan persoalan bukan-bukan. Tapi apa saja yang aku teringat aku nak tulis kat sini. Kerana ini adalah entri terakhir untuk musim cuti yang sangat panjang ini. Dan cuti ini aku tidak buat apa-apa. Ingat! Aku cuba taknak berhenti menulis blog. Jadi support aku.

Tadi sementara tunggu isya aku layan cerita Iron Man. Entah dah berapa kali ulang pon aku tak ingat. Aku suka tengok cerita-cerita macam ni. Design-design dan cerita tipu-tipu yang boleh difikirkan macam ni.

Dulu aku pernah terfikir nak buat skateboard terbang macam cerita Back to the Future. Itu mase sekolah menengah kot.. aku lepak tepi padang sekolah izzuddin tengok langit sambil berangan-angan. Sampai la aku dengar budak-budak senior jerit.. Form two! Tutup lampu! Maknanya dah pukul 12 malam, standard dorm kena tutup lampu. Idea ni terhenti sebab masa tu, aku fikir susah sangat nak dapatkan bahan anti gravity. Dengar-dengar sekarang ni macam dah ada.

Mase kecik dulu. Aku duduk kampong. Ada parit. aku pulak muntot tak memilih. Jadi pergi atas titi dan melepas. Lama aku tengok stoking abah aku terbuai-buai ditiup angin di penyampaian. Aku teringat cerita ape ke, diorang pakai ‘kaki itik’ mase berenang. Jadi aku assume itu adalah seerti dengan stoking abah aku. Biasa la.. balik mak marah.

Aku heran kenape instuisi aku semakin hilang masa kini. aku rasa sebab aku asyik focus satu benda saja dalam otak aku jadi aku tak heran benda lain. Jadi aku sekarang sangat susah ingat jalan. Congak-mencongak juga sudah kurang. Hasil darab mudah juga sudah limited. Aku perlu menerbalikkan soalan, nombor yang besar darab yang kecil.. misalnya 9 x 7 = 63.. kalau tanye aku 7 x 9 aku lambat sikit nak jawab sebab kene terbalikkan dulu dalam otak. Tapi kalau suruh aku congak 279 x 19, aku kira lambat jugak lah..

Dulu kecik lagi aku dah siap boleh baca ape ade dalam fikiran kawan-kawan aku. Mase tadika aku ajak kawan-kawan main teka apa aku fikir dalam hati. Gila. Tapi aku boleh teka dalam hati kawan-kawan mesti fikir mende di sekitar tabika enam tahun kat Kuala Dipang aja. Ala.. pemikiran kanak-kanak. Senang je nak teka. Aku suka tok aku hantar pergi pagi-pagi naik vespa hijau. Aku berdiri kat depan main-main angin. Aku suka buat flip flap macam wing kapal terbang. Nampak sangat aku suka fluid dan aerodynamic start kecik lagi.

Enam tahun aku dah boleh baca paper dengan lancar. Itu hasil abah aku kejar taknak baca buku mase lima tahun dengan rotan. Aku panjat pokok kelape depan rumah tak berani turun. Mak aku pujuk turun suruh makan nasik gaul kicap dengan lauk ikan rebus. Memang feveret. Aku memang suke pergi sekolah, main bukan belajar. Sebab mase aku empat tahun, aku siap ikat botol ubat batuk dengan tali raffia, simpan air oren. Itu aku nak bawak mase ikut along pergi tabika kat Taman Kerian. Along mase lima tahun dah pegi tabika. Aku ingat kaklong pakai skirt mase kecik pastu ikat rambut tocang memang cute.

Mase aku lima tahun yang kene kejar tak nak baca buku tu. Aku duk kat Menglembu. Selain dari bau taik lembu, aku juga ingat masa banjir dulu aku bela berudu dalam tin. Sebab ingat dah besar nanti die jadi ikan haruan. Boleh makan. Tapi mak aku kate bukan. Suruh buang. Aku tak ingat sangat mase tabika kat situ. Umor mude lagi lima tahun kan. Yang aku ingat kalau nak ajak aku pergi check gigi abah kene belikan aku ‘baju rock’ dan keta mainan. Yang aku ingat abah kasi satu baju ni kaler kuning ade bunga-bunga, pastu lipat kat lengan die, pastu ikat kat perot. Aku percaye itu ‘baju rock’. Keta tu pulak warna merah dunhill. Aku tak ingat dah ending cerita keta tu. Tapi yang aku ingat ramai misi-misi kejar aku kat klinik tu. Sebab aku lari takut nak check gigi.

*

Oke skarang dah pukul 2313. aku rasa aku nak kene stop. Sebab esok aku nak kena set up balik badan dan minda aku untuk menjadi seorang penyelidik yang tabah. Aku tulis 3 azams kat bawah ni dulu bukan saje-saje. Aku memang cabar diri aku. Ade setengah orang tak nak cakap ape plan die sebab takut tak jadi. Malu. Aku lebih suka bagitau. Sebab lagi malu kalau ko dah cakap nak tapi tak usaha. Usaha gigih dan berdoa, tuhan mesti tolong..

Aku kata kat kawan aku siang tadi. Aku tak suka pakai tshirt tadi sebab nampak gemok. Member aku kata dia nampak sama je kalau aku tak pakai baju pon. Cis. Kawan aku memang lurus.

Tapi aku tengok badan aku tak lah gemok mane.. ala-ala Tony Stark dalam cerita Iron Man ni je pon.. biase la umo dah meningkat.. kan? Ye kan? Ye la ye la aku nak diet la ni.. oke.. doakan usaha aku untuk 2009 ni ye! aku declare new year start hari isnin esok ni.

24 comments:

N a b i L said...

hm gud lak

Inah said...

:)

good luck to u chi am :)

one journal paper by this year yea..same here :)

aku kena tdo awal..esok nak g sekolah..kembali menjadi pelajar yang busy :)

dah2 pi tdo!!

Inah said...

oh yea..x yah berenti tulis blog..bila u need to unwind urself, just come to ur space and let it out :)

aku nak tanya..gambo kat profile ko tu gambo apekah??

pink_butterfly said...

trus2kan mnulis blog ya enchek am...

slamat ber'diet!!! tp sy tgk awk ni tak la gemuk mana pon... ok je...

laki cikgu kimia said...

nabil, thank.. u 2.. gd luck!

inah, dah2.. dak sekolah kene tido awal. gambar itu tajuknye abstrak.

pink_butterfly, see.. i ve told em.. keskeskes

fahruzzaman.Ismail said...

yeah...entri yg menarik.
zaman kanak-kanak mmg paling bahagia wpun perit bukan!

TAHNIAH!

semoga anda berjaya dlm misi yg sedang dirangka.

Amin Ahmad said...

haha, boleh tak aku nak guling2 ketawa?

pehal pun gudlak gak la bro!

en_me said...

ko dah aderr awek blommm.. ehehe

Ain Mardhiah said...

dah stat cuti atau dah habis cuti?

go.. go.. go chi am!! ^_^

laki cikgu kimia said...

iffahruzzaman, oh terima kasih kawan.

amin, bulih2.. guling macam gasing. *gaya shinchan

en_me, er.. ade satu.

chinul, dah habis cuti, masa untuk bekerja dengan semangat!

pink_butterfly said...

amboi3, chi am...

awek ade 1??? kih3...

nape nak tgu 23hb ni chi am? ada apa dgn 23hb?=p

Maryam said...

er diet tu takut awek lari atau takut tak muat baju pengantin nanti? ehe~

entri terakhir? sila-sila.. jangan wat gimik aje sudah la... huhu~

laki cikgu kimia said...

pink_butterfly, 23 haribulan? sebab hari tu jumaat.. hahaha

maryam, ni la die.. baca tak abis ke atau baca tak paham ni.. ini entri terakhir musim cuti hari tu. berapa kali cikgu kate kena baca banyak kali? tak boleh jugak, rebus buku minum air.. hahha

na.ni said...

gile pnjg entry T_T
woi ko kene tag. tenkiu..

pink_butterfly said...

chi am- sbb ari jumaat? ceiitt!

=p

OJENG said...

aku pon lembab math.gegege

laki cikgu kimia said...

kem, ko memang suke tag aku kan? jage ko.

pink_butterfly, theheheeee..

ojeng, aku ingat kite kene blaja sempoa la..

chekgu Bani Hassim said...

haha...pjg pulak entri ko kali nih...
sblm tido sempat membebel kan??
haha

Anonymous said...

gudluck tuk chi am. selamat bercuti jugak. haha

laki cikgu kimia said...

chekgubanihashim, tu la.. dah bajet dah.. mmg akan bz sket mgu ni. so tulih byk siap2 huhuu..

aimi, aku dah stat masuk opis balik de..

Anonymous said...

gemok baru la seksi...

laki cikgu kimia said...

tipu dose wooo.. hahah

MaHlukPerOSaK said...

lawak lah ko nie....huhuhuhu

laki cikgu kimia said...

lawak ke? kes3..