Friday, November 26, 2010

Dalam gua tapis-tapis..

Baby Cot. Kena white tau. Kena!



Warna merah kira universal kan? kot-kot la baby tu keluar nanti jantina lain dari yang masa scan tu kan..



Mobile cot. Ada Pooh terbang, Duck terbang, Horse terbang, Tiger terbang, Elephant terbang pon ade. Maybe sebab die kecik kot, die boleh terbang.



Gua tak paham. Breast pump pun kene ade? Bukan bini gua ni fulltime housewife ke? Kan ke bekas yang macam bekas kuih tu kan? Haa yang itu untuk 'sterilise' kan botol dan puting. Macam-macam. Yang kotak purple tu penting oke. Leesa Formula Confine Mum Premium untuk kembali bergetah hahah...



Gua rasa bini gua ni belajar 'manufacturing subject' kot masa degree dulu. Labeling tuuu.. Sistem kanban siap!



Masa baby atas katil, nak menyusukan ke hape ke, kena ada 'sleeper', midwife kata takut kalau-kalu kita tergolek atas baby masa tidur.



Nampak tak tempat baring ni? Internet 'kata' elok untuk baby berfikir. (Cikgu Kimia kata). Musik dan gerakan. Takkan la bapak die tak belikan ye dak?


Baby bath tub n bekas Elmo ijau tu untuk mandikan baby la apa lagi.. dulu ada experience sikit-sikit mandi anak adik gua macam lembik-lembik susah nak pegang wo!



Stroller macam lambat lagi nak pakai. Tapi jenis ini boleh baring punya macam Pram. Sesuai untuk baby dan infant or even toddler. Baik punya reason Cikgu Kimia bagi. AB King Pro tu pulak bukan untuk baby. Untuk bapak die. Sebab badan bapak dia dah totally wrecked dan tak boleh repair, so simpan storage!



Yang kat bawah ni lagi gua tak paham. Mengikut pembacaan Cikgu Kimia, main keyboard atau piano nih boleh menjana minda ibu mengandung justeru memberi impak positif pada minda baby. Untung betul dia sebab gua akhirnya percaya dan terjebak membeli ini..



Setiap kali lepas dapat barang baby, Cikgu Kimia kata yang rezeki baby mencurah-curah. Sebenarnya duit gua pon mencurah-curah jugak.. wuuuu..

Kebetulan gua sedang bizi. Apa bini mintak gua main sua je.. Tak perasan pulak dah macam-macam ni ha.. Hadoyai..

11 comments:

piNky LuCiA said...

hahahaha.. aduhai. semangatnya.. =) semua comey3.. aku suka betul tengok. buat aku tak sabar nak dapat baby sendiri. haha

L.e.y.h.a said...

perghhhh......kembali bergetah yg penting tu...dan kembali menipis poketmuu...muahahahah

Penulis.Sahaja. said...

fuh dpt baby.
best oh!
duit laju keluar.
tp jgn lupa rezeki anak tu buat byk lg rezeki laju masuk. hehe. tahniah bro!

nobody said...

impressive !

bertuah dapat isteri comel camni :D

saaaanggaatt comel ^^

by the way, breast pump memang penting. bley pakai if breast engorgement occur.

lagi 1, pasal piano tu pun betul.
kajian oleh Dr. Stephen Carr Leon tentang orang yahudi menunjukkan ibu yahudi yang mengandung
akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Ini adalah untuk anak yang masih didalam kandungan --> melatih otak anak, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak ...

nak tahu lebih lanjut tentang tips anak bijak yang di amalkan oleh diorang --> http://myjourneymylife-nobody.blogspot.com/2010/11/langkah-bermula-tips-anak-bijak.html

(yang rasa excited melihat usaha ibu bapa muda untuk pendidikan anak -- chaiyuk !)

aida said...

wah..seronok betul barang2 baby...semangat itu penting..

yang penting breastpump even housewife pun..bukan ape..kadang kite x expect jadi..nanti baby warded ke..so better boleh pump.hantar.pastu..kalau nipple refuse ke..lagi..dalam pantang, susu banyak..rugi membazir..boleh pump buat stok..

مريم أبو أحمد said...

instead of bagi baby dengar muzik, it is better to recite al-Quran, zikrullah and at least nasyid (maher zain ke...). good name is not enough, bro!

all mommy's act akan diwarisi si anak.. tak lupa daddy jua. this is fact, if we thought about it in deep.

pendidikan bermula dari dalam perut...

ihsan_huhu said...

abkingpro tuh simpan dlm stor je r sbb abs owner die dh tahap pro dah hahahah

sebelas said...

hehehe..gua tgk dh macam kedai baby dah umah lu nie..lengkap tu !

selamat menimang cahaya mata :D

Ainul Arina Madhiah said...

chiam!
tahniah2! comel sungguh nama dia..
selamat jadi bapak mithali~ ^_^

nazrin zaidi said...

dah selamat kot?

sepi tanpa berita gamaknya.

Puan Capa said...

untung la bini ko..hahaha