Friday, November 26, 2010

Dalam gua tapis-tapis..

Baby Cot. Kena white tau. Kena!



Warna merah kira universal kan? kot-kot la baby tu keluar nanti jantina lain dari yang masa scan tu kan..



Mobile cot. Ada Pooh terbang, Duck terbang, Horse terbang, Tiger terbang, Elephant terbang pon ade. Maybe sebab die kecik kot, die boleh terbang.



Gua tak paham. Breast pump pun kene ade? Bukan bini gua ni fulltime housewife ke? Kan ke bekas yang macam bekas kuih tu kan? Haa yang itu untuk 'sterilise' kan botol dan puting. Macam-macam. Yang kotak purple tu penting oke. Leesa Formula Confine Mum Premium untuk kembali bergetah hahah...



Gua rasa bini gua ni belajar 'manufacturing subject' kot masa degree dulu. Labeling tuuu.. Sistem kanban siap!



Masa baby atas katil, nak menyusukan ke hape ke, kena ada 'sleeper', midwife kata takut kalau-kalu kita tergolek atas baby masa tidur.



Nampak tak tempat baring ni? Internet 'kata' elok untuk baby berfikir. (Cikgu Kimia kata). Musik dan gerakan. Takkan la bapak die tak belikan ye dak?


Baby bath tub n bekas Elmo ijau tu untuk mandikan baby la apa lagi.. dulu ada experience sikit-sikit mandi anak adik gua macam lembik-lembik susah nak pegang wo!



Stroller macam lambat lagi nak pakai. Tapi jenis ini boleh baring punya macam Pram. Sesuai untuk baby dan infant or even toddler. Baik punya reason Cikgu Kimia bagi. AB King Pro tu pulak bukan untuk baby. Untuk bapak die. Sebab badan bapak dia dah totally wrecked dan tak boleh repair, so simpan storage!



Yang kat bawah ni lagi gua tak paham. Mengikut pembacaan Cikgu Kimia, main keyboard atau piano nih boleh menjana minda ibu mengandung justeru memberi impak positif pada minda baby. Untung betul dia sebab gua akhirnya percaya dan terjebak membeli ini..



Setiap kali lepas dapat barang baby, Cikgu Kimia kata yang rezeki baby mencurah-curah. Sebenarnya duit gua pon mencurah-curah jugak.. wuuuu..

Kebetulan gua sedang bizi. Apa bini mintak gua main sua je.. Tak perasan pulak dah macam-macam ni ha.. Hadoyai..

Wednesday, November 10, 2010

mishuhanixoxo

Esok genaplah sembilan bulan tepat, bini gua mengandung. Macam yang gua cakap dekat bos gua Selasa lepas, "Its about time!"

Gua tengok Cikgu Kimia masih cergas, ligat macam biasa. Memang dia selalu lincah amat. Lebih-lebih lagi di pasaraya bila time gua ada duit lebih sikit.

Semalam pergi swimming lagi. Dengan bentuk perut yang sedemikian memanglah gua menang kalau lawan seratus meter Lap Swimming. Tapi sampai tahap kedalaman 1.7m, kesian jugaklah tengok beliau terkedek-kedek berenang dengan perut besar macam tu. Walau dalam hati gua terkekeh-keh melihat aksi lawak tersebut.

Ikut-ikutkan lagi sepuluh hari la due. Atau ikut kira 40wks, ada dalam 4wks to go.

Semoga bini gua selamat beranak dengan bahagianya. Risau jugak gua. Walaupun muka gua yang garang tapi kiut ni selalu nampak sombong dan keras, tapi gua ni sayang bini gua nih. Cumanya gua dah tak selalu sms mishu2 je sekarang nih.. Heh.

Saturday, November 6, 2010

How small is small..?

Ahad. Cuaca baik. Gua baru pulang dari pasar. Membeli barang-barang dapur sepenuh satu bag sorong besar yang berwarna merah.

Itu tadi. Sekarang gua di rumah, di depan PC lebih spesifik. Fikiran melayang-layang. Teringat kata-kata uncle tua tadi. Katanya dia pasti anak kami nanti adalah anak lelaki. Yakin sampai mahu bet!

"Oh god.. most of the things we bought were pink in colour..," kata gua seraya bergurau. Hahah..

Oh ya. Semasa beli betik tadi, penjual itu juga kata nanti keluar mesti Baby Boy.

Memang ada kes dimana, bila scan nampak jantina lain, tapi keluar lain. Pernah gua ceritakan pada rakan gua dahulu, kadang-kadang sonographer akan declare girl kalau tak nampak 'anu' baby dalam perut.

Tapi tegas gua lagi," But there is a possibility that the 'thing' is so small so that we cant see it.."

Balas rakan gua, "Yeah.. like father like son...".

.
.

Sungguh kurang sopan kan? Macam pernah tengok je. Hahah