Wednesday, June 30, 2010

Ikan Bandaraya

Dum! Dum! Dum! Merdu sekali bunyi lesung hayunan ayu Cikgu Kimia. “Nak buat kerisik”, katanya.

Selesai tadi pagi sarapan gua dengan pulut dengan kuah durian. Fuh! Memang rare! Sebab yang ke dua ratus ribu lapan belas kenapa gua mengahwini beliau adalah kerana pandai membuat kuah durian. Hehe.

Oh ya! Semalam beli durian beku dengan mangga muda. Sangat jarang ada dan mahal pulak tu. Seperti mana kata Cikgu Kimia, “Hari ni lah hari yang paling gembira”. Telahan beliau sambil minum air tin cincau dalam perjalanan pulang dari Asian Grocery berkenaan. Oh ya sekali lagi. Air tin tersebut bila sampai turn gua, sudah tinggal sedikit. Nak minum pun kena tonggang habis dan ketuk-ketuk dekat gigi kapak gua ni.

Perkembangan baby sangat baik. Baby tolong mengingatkan Mommy supaya tidak membeli barang-barang yang mahal dengan membuat sedikit gerakan di dalam perot, menyebabkan Mommy menjadi kurang selesa dan terus tidak jadi membeli. Baby dan Daddy adalah geng.

Perkembangan gua juga sangat baik. Semakin kembang. Alamat kena bayar dam la kot, sebab azam tak tercapai. Bagaimana mahu kurus jika tugas gua sekarang adalah seperti seekor Ikan Bandaraya?

Bagaimanapun, boleh gua simpulkan di sini bahawasanya bini gua ini semakin perfect hari ke hari. Selalu bikin gua jatuh cinta!

Thursday, June 24, 2010

Cerita bilik tidur..

Ngeri la lately.. Malam-malam masa tidur Cikgu Kimia asyik nyanyi-nyanyi dalam tidur. Gaya mendodoi budak pon ada.

Gua check mata dia. Pejam.

Ish ngeri..

Friday, June 18, 2010

Di pinggir buku lali Messi..

Bola sepak piala dunia mengingatkan gua pada zaman muda dan zaman muda+1.

Tengok Argentina berpesta-pesta buat gua rasa ingin menegatif-satukan zaman gua sekarang ini supaya gua dapat kembali muda.

Sekalis pandang gua tengok gaya larian Messi tu ada jugak iras-iras gua. Tapi sikit la. Sikit sangat. Boleh la. Sikit... Oke lah. Gua perasan.

Tevez mungkin? Tak juga. Gua tidak serajin beliau.

Ah yang hampir pasti adalah Diego Maradona. Bukan yang dulu yang legend tu. Bukan. Yang sekarang.

Agak-agak kalau rambut gua panjang dan kerinting, tambah jambang pulak serumpun dua, pasti ada yang mintak sain. Dekat dada.



Inibetul-betulkejadian: Pernah dekat Bazaar Ramadhan Batu Pahat beberapa tahun yang lampau, sepasang pemuda terteleng melihat gua sambil menyebut, “Wuih, Michael Owen!” :P

Saturday, June 12, 2010

Cukuplah..

Gua kena gerak dulu. Dah lama sangat berehat minda.

-PIC REMOVED-

Malam bola. Siang kerja keras!

Thursday, June 10, 2010

Kesan Toyota Estima, gua tersilap on wiper kereta...

Assalammualaikum semua. Apa khabar?

Gua di sini baik-baik sahaja. Oh ya. Semenjak kepulangan keluarga mertua tempoh hari. Percakapan gua bertukar lebih matang dah manis bak halwa telinga.

Terima kasih ayah bonda dan adik-adik semua kerana datang melawat kami di sini. Terubat juga rindu pada semua. Makanan Melayu dan sebagainya. Heh.

Gua dan bini ke Melbourne juga hari itu menghantar pulang gerombolan keluarga. Selepas aktiviti mengesat air mata, kami pulang berbekalkan Krispy Kreme setengah dozen.

Bersama keluarga belah isteri di sini, sering mengingatkan gua pada keluarga belah suami kepada isteri tersebut juga. Sering kali gua gunakan talian hayat di malam hari bertanya khabar.

Dengarnya adik gua ke Beijing satu keluarga. Sengaja senyap-senyap. Takut gua order percuma barangan buatan China agaknya.

Agak-agak banyak tarikan tak di sana?

Tuesday, June 1, 2010

Persediaan ke bawah duli..

Tukar cadar.
Lap tingkap.
Susun pinggan mangkuk dalam almari.
Cuci fridge.
Empty bin.
Vacuum rumah.
Mop lantai.
Cuci toilet.
Mesin rumput.

Aduh.. banyak jugak kerja nak kena settle. Gua amik alih sementara. Bini perlu rehat dan famili mertua nak datang esok.

Kemas rumah weh!!