Monday, April 12, 2010

Harapan ayah.

Anak-anak semua.

Pertama sekali Daddy minta maaf sebab terpaksa meninggalkan anak-anak bersama Mommy mu hari itu. Daddy pergi beriadah bersama rakan-rakan jauh lapan ratus kilometer di seberang sana. Daddy ada tanggungjawab mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

Tapikan akhirnya Daddy menang. Iya. Menang satu perlawanan sahaja. Yang lain seri dan satu kalah. Kalau orang tanya “Bagaimana tournament hari itu?”. “Seri”, jawab Daddy sekonyong-konyong.

Harap kamu semua membesar gigih bertarung secara sihat ya.

*

Kamu semua tahu bahawa Daddy ini ada juga sekelumit dua peribadi contoh yang boleh kamu ikuti. Tak nampak? Tak apa. Tanya Mommy kamu sebab mungkin tak banyak sangat.

Bukan benda baik sahaja concern Daddy sekarang ini. Tapi benda bukan baik juga. Diharap kamu semua tidak ada bakat-bakat jahat dari Daddy ini. Sebab banyak juga difikir-fikir.

Ambil saja yang baik-baik. Yang jahat-jahat disempadankan di pulau sana.

*

Tak tahu bila kamu semua mula membaca di blog ini. Harap kamu dapat tersenyum tawa keriangan. Ada bahagian entri yang boleh menyebabkan kamu menggeleng-geleng kepala. Lakukan juga dengan senyuman. Jadikan ia suatu contoh titik tolak permulaan hidup seorang manusia alpa.

Daddy kamu ini banyak dosa nistanya pada tuhan. Mohon ampun dari keEsaan tuhannya. Atas semua salah silap haram segala.

Dosa dengan makhluk, Daddy pohon ampun dan halal makan minum, redha atas segala tanpa rela. Daddy cuba mohon ampun pada semua. Minta ampun dari hujung rambut terpanjang sampai hujung kaku terjulur.

Satu nasihat Daddy yang perlu kamu ikut tanpa dolak; Jangan melampaui batas atas apa jua urusan kamu. Itu sahaja.

*

Lagi satu. Doakan Daddy n Mommy bahagia dan selamat di akhirat sana.

Salam.

18 comments:

CIKGU NAMAN said...

amin!

laki cikgu kimia said...

tq naman!

Kensi Ell Byle said...

amin!

entri berbentuk kebapaan sekrg ni bro...hehehehe....

cikgu kimia ape cite? sihat?

laki cikgu kimia said...

besa la leha.. prektis kate omputih.. huuu

♥ Cik NaD ♥ said...

touchingnye..(amiiiin)

✿farahwir✿ said...

waaa...sangat touching
semoga berbahagia..aminnnn

p i j a h said...

daddy...

;(

sob sob sob.

Rembo said...

gaya penulisan lu dah macam ke arah dr fadzilah kamsah

nazrinzaidi said...

rembo,lu punya komen pulak gila tak boleh bla.gua ada sokong.

bapa mithali in the making.

renung2kan dan selamat beramal!!

Maryam said...

okeh daddy n mommy.. sejahtera kamu di kampung sana nanti.

(haha terima kasih kerana menjana otak mengarang saya... :P )

laki cikgu kimia said...

cik nad, ade bersentuhan meh? hihi

farahwir, tq tq. tqvm

pijah, nanti Daddy beli cokolet ye.

rembo, die ade menulis ek? eh iye ar.. *perasan

nazrin, ko plak da macam ostat dalm radio plak haha

maryam, jana? dana? dana pendidikan ke heheh

morsmode said...

amin

daddy, npe sayu sangat post ni?

mamai said...

baik dady

Ain Mardhiah said...

lagi berbelas tahun nanti saya nak datang tengok entry ni balik, nak tngok 'adik' reply apa kat daddy. hehe. ^_^

laki cikgu kimia said...

matadore, mood swing agaknye huuhuu

mamai, ccomel betol anak yg sorang ni ehik

chinul, itulah by that time, x tau la ade lg x kt dunia ni.. uuu sedih2

ihsan_huhu said...

hi dedi!

(kl anak ko pompuan)

Anonymous said...

semoga panas sampai ke petang tuh,

salamm,

laki cikgu kimia said...

esan, meh check EA form or Borang J dulu. hahah

tun, semoga semoga.. salamm