Sunday, January 10, 2010

Dirumah ini ada anak-anak yang membahagiakan..

Bini gua nampaknya sedang sedap terlentok ayu di sisi budak-budak kat depan tu. Di luar empat puluh dua degree Celsius. Gua tak salahkan mereka tidur lama-lama secara berjemaah di ruang tamu beraircond sana.

Gua dalam bilik sedang sambung kerja-kerja simulasi. Kipas yang ada gua halakan tepat ke laptop gua biar jangan overheated. Lebam jugak gua nak kena repeat semua kerja-kerja gua selama ni nanti. Aircond bising, gua kurang gemar.

Budak-budak ni lebih manja dengan gua sebenarnya. Iya lah. Bini gua asyik bizi memasak, mengemas rumah dan sebagainya. Tambah pula tadi pagi gua baru mula tidur jam tujuh pagi angkara idea kajian tiba lewat malam semalam. Langsung pagi ini, bini yang buat semua kerja rumah. Memang isteri gua isteri mithali.

Selepas acara jadi kingkong, raksasa sotong, spiderman dan sebagainya pulak ada acara kejar-kejar suap nasi. Itu lah nampaknya aktiviti senaman gua hari-hari sebagai gantian futsal di malam hari seperti masa muda dolu-dolu. Cara menurunkan berat badan ke tahap terbaik. Gua kira-kira BMI gua sekarang dah overweight sebenarnya. Aduhai..

Oh kakak semakin bijak. Buang air misalnya. Tak perlu lah gua jiruskan dari jarak dua meter dan sebagainya. Hahah. Mata adik masih selalu berair-air lagi. Tak tahan panas agaknya budak laki sorang nih. Kuat jugak dia wrestling gua tadi. Adeh sakit..

Ok lah. Gua rasa macam nak tidur lagi plak. Esok gua mahu highlight dalam meeting pasal penemuan hebat gua malam tadi. Excited. Bye.



p/s: Bila nanti tiba-tiba tuhan kurniakan sepasang anak. Oh bahagianya.

20 comments:

I'm Seri said...

Wah Am. Semoga cepat2 dikurniakan anugerah anak tu ye.


Amin

:: eyeNa :: said...

wah mmg bahagia.. tahniah laa sbb kamu ada cikgu kimia yg mithali..hehe mst anak2 kamu pon comey2 kan.. eh tgh tunggu anak kembar eh..

moga2... amin..

Maryam said...

ini imiginasi kah?..

moga jadi kenyataan..

Rembo said...

Fantasi macam ni gua suka. sikit lagi dah bole tulis buku.

chekgu Bani Hassim said...

korg boleh jadi bapak2 ngn mak2 laa...
ade talent...

mudah2an...

Kensi Ell Byle said...

semoga dipermudahkan jalan untuk mndpat rezeki yg bermakna..=)

btw..anak sape korg jage tue?huhu

~cinonet~ said...
This comment has been removed by the author.
laki cikgu kimia said...

Iris, semoga2. InsyaAllah..

Eyena, iya. Cikgu Kimia ini mmg isteri mithali :)

maryam, ini benar2 kejadian! hendaknya..

rembo, nanti gua bukukan paper2 gua attachkan skali part ini :P

cikgubanihassim, mudah2an..

cikleha, moga dipermudahkan rezeki yg halal..

ihsan_huhu said...

beranak r cpt.

ckLah @xiiinam said...

Musim sejuk ni...
Dingin kejur salji di luar....









InsyaAllah....sembilan bulan lagi lahir bayi kembar!


:)

daun kesum said...

insyaAllah la dpt zuriat,.
doa bnyk2.

Solehah said...

imaginasi tu bagus..

laki cikgu kimia said...

esan, kalu gue yg lo dambakan, gua masih belom tahu bila..

xiinam, hehe insyaAllah..

cikti, tq atas doanya.

solehah, imaginasik = imagine + nasik. langsung gua lari tajuk. :P

DrSam said...

harta paling bernilai...memang bahagia.

pink_butterfly said...

smoga cpt2 dpt rzeki yg satu itu!

good luck!

ehee~

laki cikgu kimia said...

drsam, wah memang berpengalaman!

yan, tq atas doanya yan. :D

Anonymous said...

am
ber'awang kejapan bila baca..
cet!

laki cikgu kimia said...

oney, huih.. perkataan baru nih. hebat ko.

l.i.f.e said...

tinggi nya imaginasi dia :)

semoga tercapai k...insyaAllah :)

laki cikgu kimia said...

life, biase lah kak. sekali sekala layan perasaan.. huhu